UNSUR ESTETIKA BAHASA DALAM NOVEL-NOVEL PEMENANG SAYEMBARA FIKSYEN SAINS DAN TEKNOLOGI DARI TAHUN 2012 SEHINGGA 2017

Aesthetic Language in the Winner of Fiction Science and Technology Novels from 2012 to 2017

Authors

  • ROSNANI MD ZAIN Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor
  • NIK RAFIDAH NIK MUAHAMAD AFFENDI Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor

DOI:

https://doi.org/10.51200/manu.v30i.1926

Keywords:

Estetika, gaya bahasa, kiasan, pengulangan, novel, fiksyen sains, Puitika Sastera Melayu, Aesthetic, style of language, figurative, repetition, science fiction

Abstract

ABSTRAK

Estetika merujuk kepada cabang ilmu yang membahaskan perihal keindahan dalam karya sastera. Unsur estetika memainkan peranan penting dalam penghasilan sesebuah karya kreatif, iaitu dijadikan sebagai medium bahasa dalam menyampaikan mesej yang jelas kepada pembaca. Kajian yang dilakukan ini berdasarkan pengamatan pengkaji tentang pendapat sarjana sastera yang mendakwa novel-novel fiksyen sains yang terhasil daripada Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi tidak memaparkan unsur keindahan bahasa kepada pembaca. Sehubungan dengan itu, untuk merungkai permasalahan ini pengkaji menggunakan lima buah novel pemenang Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi iaitu Bekamorfosis (2012) karya Jali Kenoi, Petaka Bakteria (2012) karya Mohd Kasim Mahmud, Puranakila (2015) karya Saadiah Ibrahim, Ajal (2015) karya Ruhaini Matdarin dan Yang Diselindung Samudera (2017) karya Nor Azida Ishak, Fadli al-Akiti dan Ted Mahsun. Kajian yang dilakukan ini juga mempunyai dua objektif kajian iaitu mengklasifikasi dan menganalisis unsur estetika bahasa iaitu penggunaan gaya bahasa yang terdapat dalam novel-novel kajian. Oleh itu, kajian ini menggunakan kaedah kajian kepustakaan, analisis teks dan penerapan Teori Puitika Sastera Melayu yang diasaskan oleh Muhammad Haji Salleh sebagai sokongan terhadap hujahan pengkaji. Hasil kajian yang dilakukan terhadap novel-novel fiksyen sains tersebut pengkaji mendapati dua jenis gaya bahasa yang diketengahkan oleh pengarang iaitu gaya bahasa perbandingan dan gaya bahasa pengulangan. Gaya bahasa tersebut juga dapat dikaitkan dengan konsep estetika dalam Teori Puitika Sastera Melayu iaitu keindahan dalam mendidik atau mengajar, keindahan dalam pengungkapan kesusahan dan kesedihan serta keindahan dalam rasa seperti yang dinyatakan oleh Muhammad Haji Salleh.

 

ABSTRACT

Aesthetics refers to the branch of knowledge that debates the subject of beauty in literary works. The aesthetic element plays an important role in the production of a creative work, which serves as a language medium in delivering clear messages to the reader. This study is based on the study of literary scholars who claim that science fiction novels from the Science and Technology Fiction Contest do not present the language’s beauty element to readers. To this end, the researcher used the five novels of Science and Technology Fiction Contest winners namely Bekamorfosis (2012) by Jali Kenoi, Petaka Bakteria (2012) by Mohd Kasim Mahmud, Puranakila (2015) by Saadiah Ibrahim, Ajal (2015) by Ruhaini Matdarin and Yang Diselindung Samudera (2017) by Nor Azida Ishak, Ted Mahsun and Fadli Al-Akiti. The study also has two objectives of the study which is to classify and analyze the aesthetics of language which is the use of language style found in the research novels. Therefore, this study uses the method of literature review, analysis and application of the theory of poetic text Malay literature founded by Muhammad Haji Salleh in support of the submissions from researchers. As a result of the study of science fiction novels, researchers have identified two types of language styles that the author promotes: comparative language style and repetition language style. The style of these languages can also be associated with the aesthetic concept in the theory of poetic beauty of Malay literature in educating or teaching, discovery of beauty in distress and sadness and beauty in the sense as described by Muhammad Haji Salleh. 

Published

2019-12-31

How to Cite

MD ZAIN, R., & NIK MUAHAMAD AFFENDI, N. R. (2019). UNSUR ESTETIKA BAHASA DALAM NOVEL-NOVEL PEMENANG SAYEMBARA FIKSYEN SAINS DAN TEKNOLOGI DARI TAHUN 2012 SEHINGGA 2017: Aesthetic Language in the Winner of Fiction Science and Technology Novels from 2012 to 2017. MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa, 30, 189–212. https://doi.org/10.51200/manu.v30i.1926

Issue

Section

Artikel/Article
Total Views: 2541 | Total Downloads: 3934