PENGARABAN NAMA MELAYU DALAM KALANGAN MASYARAKAT MELAYU: SATU ANALISIS KESALAHAN BAHASA

Arabization Malay Names in Malay Community: An Error Language Analysis

Authors

  • ASIAH ABAS Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
  • NOOR FADILAH DAWI Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah

DOI:

https://doi.org/10.51200/manu.v30i.1947

Keywords:

Penggunaan nama Arab, masyarakat Melayu, nama Melayu, analisis kesalahan, bahasa Arab, Using Arabic names, Malay community, Malay names, Error analysis, arabic language

Abstract

ABSTRAK 

Nama melambangkan identiti bagi seseorang yang dapat menggambarkan tradisi, agama, sejarah dan budaya masyarakat tertentu. Timbul persepsi dengan tekaan yang pelbagai apabila kita mendengar nama individu buat pertama kalinya. Identiti keislaman misalnya akan tergambar dalam pemikiran secara tidak langsung ketika mendengar nama yang dipinjam daripada bahasa Arab dan realitinya masyarakat Melayu kini lebih cenderung dengan nama yang dipinjam daripada bahasa Arab berbanding nama Melayu yang sinonim digunakan oleh masyarakat Melayu pada zaman dahulu. Budaya ini merupakan satu perkembangan yang positif dalam masyarakat Melayu kerana menonjolkan imej Islam dan jati diri serta kesantunan masyarakat Melayu itu sendiri. Namun demikian, pemberian nama Arab tanpa asas atau pemahaman bahasa Arab yang betul boleh membawa kepada kesalahan tatabahasa, sekali gus memberikan maksud yang tidak tepat. Justeru, kajian ini dilakukan untuk menganalisis kesalahan penggunaan nama Arab dalam kalangan masyarakat Melayu menggunakan kaedah kualitatif, manakala teori analisis kesalahan dijadikan sebagai panduan dalam menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat kesalahan fonetik dan fonologi, semantik, morfologi dan sintaksis dalam penggunaan nama Arab. Kesalahan semantik merupakan kesalahan yang paling ketara, diikuti kesalahan fonetik dan fonologi, seterusnya kesalahan sintaksis dan yang terakhir kesalahan morfologi. Oleh hal yang demikian, dicadangkan agar pemilihan nama Arab dilakukan berdasarkan pemahaman bahasa Arab dan tidak dilakukan sewenang-wenangnya dan hanya bergantung pada maklumat atau terjemahan di laman sesawang.

ABSTRACT

The name symbolizes the identity of an individual that reflects the traditions, religions, histories and cultures of a particular community. Perception with a variety of assumptions arises when we hear someone’s name for the first time. Islamic identity will be reflected indirectly when we hear names borrowed from Arabic and the reality nowadays Malay community is more likely to borrowed names from Arabic rather than Malay names that was used by the Malay community in the past. This culture is a positive development in the Malay community because it is projecting the image of Islam, self-esteem as well as the Malays modesty. However, giving Arabic names without the basic or proper understanding of the Arabic language can lead to grammatical errors and thus give incorrect meanings. Therefore, this study is to analyse the common errors of using the Arabic names among the Malay community by using qualitative methods, while the theory of error analysis was used as a guideline in analysing the data. The findings show that there are phonetic and phonological errors, semantic errors, morphological errors and syntactic errors in the use of Arabic names. Semantic error is the most significant error, followed by phonetic and phonological error, syntactic error and finally morphological error. Thus, it is recommended that the selection of Arabic names is based on the understanding of the Arabic language and not arbitrary and based only on information or translations on the website.

Author Biography

ASIAH ABAS, Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah



Published

2019-12-18

How to Cite

ABAS, A., & DAWI, N. F. (2019). PENGARABAN NAMA MELAYU DALAM KALANGAN MASYARAKAT MELAYU: SATU ANALISIS KESALAHAN BAHASA: Arabization Malay Names in Malay Community: An Error Language Analysis. MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa, 30, 169–188. https://doi.org/10.51200/manu.v30i.1947

Issue

Section

Artikel/Article
Total Views: 1925 | Total Downloads: 2986