PERSEKITARAN YANG MEMBENTUK MODAL INSAN DALAM NOVEL KANAK-KANAK

Environment that Form Human Capital in Children’s Novels

Authors

  • ROHAYATI BINTI JUNAIDI Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur

DOI:

https://doi.org/10.51200/manu.v31i1.2268

Keywords:

Persekitaran, novel kanak-kanak, Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979), mikrosistem, modal insan, nilai-nilai moral, Environment, children’s literature, Bronfenbrenner’s Ecological Theory (1979), microsystem, human capital, moral values

Abstract

Kajian ini menganalisis persekitaran dalam novel kanak-kanak, iaitu sama ada persekitaran memainkan peranan penting terhadap sahsiah, tingkah laku, emosi dan akademik kanak-kanak. Bertitik-tolak daripada kesedaran tersebut, kajian terhadap novel kanak-kanak yang pernah memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) yang sarat dengan nilai-nilai murni dijadikan fokus kajian. Persekitaran yang difokuskan dalam kajian ini merangkumi hubungan kanak-kanak dengan ahli keluarga, rakan, guru dan jiran. Setiap persekitaran yang digarap oleh pengarang merupakan cerminan realiti masyarakat yang ditulis dengan bahasa yang indah. Oleh itu, menerusi kajian ini pengkaji telah menggunakan novel Beruk (2010) dan novel Azrul Wira Anak Laut (2006) untuk dijadikan bahan kajian. Novel ini dipilih kerana memperlihatkan persekitaran yang berhubungan secara langsung dengan kanak-kanak dalam mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak. Novel kanak-kanak terpilih dianalisis dengan menggunakan salah satu prinsip dalam Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979), iaitu mikrosistem. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah analisis teks. Dapatan kajian menunjukkan bahawa novel kanak-kanak terpilih memperlihatkan persekitaran positif dan negatif untuk membentuk kanak-kanak menjadi modal insan yang berkembang seimbang dari segi emosi, jasmani dan akademik. Kesimpulannya, novel yang dihasilkan untuk bacaan kanak-kanak menerapkan persekitaran realiti yang kaya dengan nilai-nilai moral dalam membentuk modal insan yang diperlukan oleh negara.

 

This study analyze the environments in children’s novels and their important roles on children’s personality, behavior, emotion and academic. This study focuses on children’s novels, which are laden with pure values that have won the Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM). The study focuses on children’s relationship with their family member, friend, teacher and neighbour. Each environment in the novel reflects the reality of the community and its beautiful language. Therefore, the researcher has adopted Beruk (2010) and Azrul Wira Anak Laut (2006) as the study materials. These
novels were chosen because they depict the environments that are directly related to children and influence their behavior. These children’s novels were analyzed using one of the principles in Bronfenbrenner’s Ecological Theory (1979 namely microsystem. This study utilized text analysis. The findings of the study showed that both children’s novels demonstrated an environment that can be applied in shaping human capital such as children’s behavioral, emotional and social balance. In conclusion, novels that are designed for children’s reading incorporate real environment that is rich in moral values and capable of shaping human capital.

References

Abdullah Nasih Ulwan. (1988). Pendidikan anak-anak dalam Islam. Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd.

Abdullah Nasih Ulwan. (1988). Pendidikan anak-anak dalam Islam (2nd Ed.). Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd.

Abd. Razak Zakaria. (2011). Hubungan konteks keluarga dengan penglibatan ibu bapa dan pencapaian akademik anak-anak di sekolah menengah. Tesis PhD (Tidak diterbitkan). Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.

Ab. Halim Tamuri & Mohamad Khairul Azman Ajuhary. (2010). Amalan pengajaran guru Pendidikan Islam berkesan berteraskan konsep mu’allim. Journal of Islamic and Arabic Education, 2 (1), 43–56.

Aras, G. (2015). Personality and individual differences: Literature in psychologypsychology in literature. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 185, 250–257.

Arba’ie Sujud & Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi. (2011). Pembentukan emosi kanak-kanak melalui bahan bacaan sastera. Jurnal Pengajian Melayu, 22, 66–89.

Azizi Abdullah. (2010). Beruk. Kuala Lumpur: Al-ameen Serve Holdings.

Bettina Kummerling-Meibauer. (2014). What goes on in Strangers’ Minds? How reading children’s books affects emotional development. Narative Works: Issues, Investigations & Interventions, 4 (2), 64–65.

Burhan Nurgiyantoro. (2010). Sastra Anak dan Pembentukan Karakter. Cakrawala Pendidikan Edisi Khusus, 25–40.

Bronfenbrenner, U. (1979). The ecology of human development: Experiments by nature and design. Cambridge, London: Harvard University Press.

Charlesworth, R. (2011). Understanding Child Development (8th ed.). Wadsworth: Cengage Learning.

Denis, C. M. (2012). Attention deficit hyperactivity disorder and bronfenbrenner’s ecology of human development. PhD Thesis (Unpublished) Georgia Southern University, Georgia, USA. Retrieved from https://digitalcommons.georgiasouthern.edu.

Hassan Omar. (2006). Azrul Wira Anak Laut. Selangor: ‘K’ Publishing Sdn. Bhd.

Jas Laile Suzana Jaafar. (2016). Psikologi kanak-kanak dan remaja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khairul Anum Mohd Ali. (1 Mei, 2017). Karya Sastera Perakam Keperihalan Kemanusiaan. Dilayari daripada http://tcipta.dbp.my.

Mohd Firdaus Che Yaacob & Normaliza Abd Rahim. (2014). Cerita rakyat membentuk moral positif kanak-kanak melalui nilai murni. Journal of Business and Social Sciences, 2 (2), 74–85.

Muhammad Nur Abdul Hafiz Suaid. (2010). Asas membina generasi berkualiti. Selangor: Al-Hidayah Publication.

Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi & Awang Azman Awang Pawi. (2016). nilai sosiobudaya dalam cerita kanak-kanak pilihan. Persidangan Antarabangsa Sains Sosial & Kemanusiaan, 3, 2–15.

Noralina Omar. (2016). kajian ekologi keluarga dan kesejahteraan hidup kanak-kanak. Dlm. Haris Abd. Wahab & Siti Hajar (Eds.). Kaedah penyelidikan kerja Sosial: Pengalaman di Lapangan (hlm.127–144). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Noralina Omar. (2018). Kesejahteraan hidup kanak-kanak. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Norazimah Zakaria. (2015). Penghayatan nilai murni dalam pembangunan modal insan melalui Kesusasteraan Melayu Tradisional. Dilayari daripada https://www.researchgate.net/publication.

Rohayati Junaidi, Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali & Madiawati Mamat @ Mustaffa. (2018). Persekitaran kanak-kanak dalam Novel Beruk. Gema Online® Journal of Language Studies, 18 (1), 106–120.

Salmah Ayob. (1981). Sastera untuk kanak-kanak: Fungsi dan implikasinya. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 3 (1), 73–82

Published

2020-06-30

How to Cite

JUNAIDI, R. B. (2020). PERSEKITARAN YANG MEMBENTUK MODAL INSAN DALAM NOVEL KANAK-KANAK: Environment that Form Human Capital in Children’s Novels. MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa, 31(1). https://doi.org/10.51200/manu.v31i1.2268
Total Views: 2291 | Total Downloads: 2408