PEMBANGUNAN MINDA REMAJA PERSPEKTIF ‘ULWAN: TINJAUAN TERHADAP AMALAN KELUARGA DI PUTRAJAYA

‘Ulwan Perspective on Adolescent Mind Development: An Overview of Family Practice in Putrajaya

Authors

  • IZZAH NUR AIDA BT ZUR RAFFAR Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka, 78000 Melaka.
  • ZURIANI IBHRIM Kolej Universiti Poly-Tech MARA, 56100 Kuala Lumpur.
  • MOHAMMAD FAHMI ABDUL HAMID Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka, 78000 Melaka.

DOI:

https://doi.org/10.51200/manu.v33i1.2404

Keywords:

Remaja, pembangunan minda, ‘Ulwan, keluarga, Putrajaya, Adolescents, mind development, family

Abstract

Remaja adalah khazanah dan tonggak kekuatan negara. Namun, segelintir remaja Islam kini terperangkap dengan tingkah laku yang tidak baik, budaya pergaulan bebas antara lelaki dan wanita, gaya hidup dan ideologi yang jauh dari agama, serta gejala sosial yang akan membinasakan generasi. Kesilapan dalam cara berfikir dan gaya hidup remaja yang terpesong ini mesti diperbetulkan dengan membangunkan dan memperkukuh nilai intelek mereka sendiri. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis kaedah pengamalan keluarga di Putrajaya dalam pembangunan minda anak remaja berteraskan perspektif ‘Ulwan. Reka bentuk kajian ini adalah kajian tinjauan menggunakan alat soal selidik untuk meninjau 384 responden yang dipilih dalam kalangan ibu bapa beragama Islam yang mempunyai remaja di Putrajaya. Data dianalisis menggunakan SPSS dengan teknik statistik deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan kebanyakan ibu bapa menghantar anak ke sekolah agama untuk mendalami ilmu agama (min = 3.44), mengenal pasti bakat dan potensi anak (min = 3.44), dan mengenal pasti kecenderungan serta minat anak (min = 3.41). Implikasi daripada kajian ini dapat membantu ibu bapa memantapkan ilmu keibubapaan dan seterusnya dapat diterapkan kepada remaja di rumah. Penyelidikan ini turut menyumbang kepada pihak bertanggungjawab agar lebih progresif menguruskan pembangunan belia dan keluarga di Malaysia.

 

Adolescents are a valuable asset and pillar of strength for a country. However, a handful of Muslim adolescents now practise behaviour based on lust, free association between men and women, lifestyle and ideology far removed from religion, and social symptoms that would destroy generations. The mistakes in the way of thinking and lifestyle of these wayward young people must be corrected by developing and strengthening their personal intellectual values. This study was aimed at analysing the family practice methods in Putrajaya     in terms of adolescent mind development based on the perspective of ‘Ulwan. This study was designed as a survey using a questionnaire instrument with 384 respondents comprised of purposefully selected Muslim parents with adolescents in Putrajaya. Data was analysed with descriptive statistical techniques using SPSS. Findings of the study showed that the majority of parents sent their children to religious school to further their religious knowledge (mean = 3.44), identify the child's talents and potential (mean = 3.44), and ascertain the child's inclinations and interests (mean = 3.41). The implications of this study may help parents strengthen their parenting knowledge and skills, and subsequently inculcate this among the adolescents in the family. This study may also contribute knowledge and understanding to enable those responsible in managing adolescent and family affairs in Malaysia to be more progressive and effective.

References

Abd. Rahman Rohaily. (2014). Remaja idaman syurga. Kuala Lumpur: Mustread Sdn. Bhd.

Abdul Aziz Ismail. (2013). Indahnya akhlak warisan Rasulullah. Kuala Lumpur: Power Press & Design.

Abdul Halim Abdul Jalil. (1990). Masalah perkembangan dan tingkahlaku kanak-kanak. Suatu panduan untuk ibu bapa. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd.

Aishah Adam, Alini Marzuki, Musalmah Mazlan, Nafeeza Mohd Ismail, Noraini Abbas, Noraziah Md. Zin, Norhani Mohidin, & Waheeda Banu Abdul Salam. (2007). Membentuk keperibadian cemerlang: Panduan untuk ibu bapa. Bangi: Kuala Lumpur. Kelab Wanita, Universiti Kebangsaan Malaysia.

al-Bukhari, Abu Abdullah Muhammad bin Ismail al-Jafiyyi. (1999). Sahih Bukhari. Riyadh: Dar al-Salam.

al-Najar, Amin al-Najar. (2004). Ilmu Jiwa dalam Tasawwuf. (Terj. Hassan Abrori). Jakarta: Pustaka Azzam.

Fadzilah Kamsah. (2008). 21 Kaedah mendidik anak cemerlang. Kuala Lumpur: PTS Islamika.

Fauziah Ibrahim, Ezarina Zakaria, Salina Nen, Norulhuda Sarnon & Nor Jana Saim. (2014). Pengguna dadah wanita di Malaysia: Pengalaman penagihan dan hubungan kekeluargaan. Jurnal Teknologi, 1 (67).

Hasan Langgulung. (1991). Integrated personality and integrated education: A psycho-spiritual approach. Muslim Education Quarterly, 8 (4), 32-43.

Ibn Khaldun, Abd al-Rahman bin Muhammad Khaldun al-Hadrami. (2002). Mukaddimah Ibn Khaldun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Johanson, G.A. & Brooks, G.P. (2010). Initial scale development: Sample size for pilot studies. Educational and Psychological Measurement, 70(3), 394-400.

Khalid Abdurrahman Al- ‘Akk. (2006). Tarbiyah al-Abna’ wa al-Banat fi Dhau’ al-Quran wa al- Sunah. (Terj. H. Muhammad Halabi Hamdi). Jogjakarta: Ad-Dawa’.

Muhammad Faisal Ashaari, Rosmawati Mohamad Rasit & Hasanah Abd Khafidz. (2016). Mengenali manusia dari perspektif al-Quran. Bangi: Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Muhammad Said Mursi. (2001). Fan Tarbiyah al-Aulad fi al-Islam. Kaherah: Dar al-Tauzi’ wa Al-Nasyr al-Islamiyah.

Nurul Ain Hamsari & Azizi Yahaya. (2012). Peranan motivasi pembelajaran, gaya keibubapaan dan sikap dengan pencapaian akademik. Journal of Educational Psychology & Counseling, 5, 30-57.

Razali Saaran. (2010). Hebatnya cara Rasulullah mendidik. Kuala Lumpur: Must Read Sdn. Bhd.

Salasiah Hanin Hamjah, Izzah Nur Aida Zur Raffar, Zaizul Ab. Rahman & Rosmawati Mohamad Rasit. (2020). Applying spiritual aspect of parenting skills to adolescents in the family. Jurnal al-Afkar, 22 (2), 313-346.

Sekaran, U. (2003). Research methods for business: A skill building approach. Singapore: John Wiley & Sons.

Sidek Baba. (2010). Keluarga sakinah. Shah Alam: Alaf 21 Sdn. Bhd.

Suwaid, Muhammad Nur bin Abdul Hafiz. (2006). Manhaj al-Tarbiyyah wa al- Nabawiyyah li al-Tifli ma’a Namāzuj Taṭbiqiyyah min Hayati al-Salaf al- Ṣalih wa Aqwal li al-Ulama’ al-ā’lammī. Makkah al-Mukarramah: Dār al-Ṭayyibah.

Syed Hassan Syed Ahmad Al-Mashoor. (2007). Cabaran keibubapaan, anak remaja dan dewasa. Dlm. Azrina Sobian (pnyt.). Keluarga Islam, kemahiran keibubapaan dan cabaran semasa. Selangor: MPH Group Publishing Sdn. Bhd.

‘Ulwan, Abdullah Nasih. (2015). Tarbiyah al-Aulad Fil Islam (Mencorak Peribadi Awal Anak). Selangor: PTS Publishing House Sdn Bhd.

Published

2022-06-28 — Updated on 2022-10-21

Versions

How to Cite

IZZAH NUR AIDA BT ZUR RAFFAR, ZURIANI IBHRIM, & MOHAMMAD FAHMI ABDUL HAMID. (2022). PEMBANGUNAN MINDA REMAJA PERSPEKTIF ‘ULWAN: TINJAUAN TERHADAP AMALAN KELUARGA DI PUTRAJAYA : ‘Ulwan Perspective on Adolescent Mind Development: An Overview of Family Practice in Putrajaya. MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa, 33(1), 157–169. https://doi.org/10.51200/manu.v33i1.2404 (Original work published June 28, 2022)
Total Views: 748 | Total Downloads: 424