Minda Pengarang Melayu: Melestarikan Hubungan antar-Budaya Melayu-Jawa dalam Sulalat al-Salatin

Authors

  • Hashim Awang
  • Hashim Ismail

DOI:

https://doi.org/10.51200/manu.v23i.279

Keywords:

Kajian budaya, kepengarangan Melayu, Sulalat al-Salatin, identiti Melayu, puitika Melayu

Abstract

Kepengarangan Melayu menampilkan ciri jati diri tertentu yang dapat diikuti daripada sumber-sumber teks tradisional Melayu. Kajian yang dikemukakan sebelum ini mendapati terdapat kaedah kepengarangan yang membentuk pola dan konsep kepengarangan Melayu. Misalnya, Hashim Awang (1989) dan Muhammad Haji Salleh (1991) mengemukakan pendekatan dalam menganalisis kepengarangan Melayu. Muhammad Haji Salleh mengemukakan konsep Puitika Melayu, sebaliknya Hashim Awang mengemukakan pendekatan Pengkaedahan Melayu. Kedua-dua pendekatan didapati penting bagi mengenal pasti minda pengarang Melayu. Sebagai kajian kes, artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis ciri jati diri kepengarangan Melayu di dalam Sulalat al-Salatin melalui bentuk dan puitika minda pengarang Melayu dalam melestarikan hubungan antar-budaya. Penemuan kajian turut menjawab bagaimana jati diri minda pengarang Melayu dalam menggambarkan imej antar-budaya. Adakah interaksi antar-budaya dilaksanakan atas dasar fungsional atau kepentingan hubungan kebudayaan atau kemungkinan lain yang mampu dianalisis sebagai satu bentuk amalan kepengarangan? Dengan itu juga, kajian ini turut memfokuskan hubungan antar-budaya serumpun yang dilestarikan melalui teks Sulalat al-Salatin.

Downloads

Published

2021-10-04

How to Cite

Awang, H., & Ismail, H. (2021). Minda Pengarang Melayu: Melestarikan Hubungan antar-Budaya Melayu-Jawa dalam Sulalat al-Salatin. MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa, 23. https://doi.org/10.51200/manu.v23i.279

Issue

Section

Artikel/Article
Total Views: 1236 | Total Downloads: 2261