Maskuliniti yang Diruntuhkan Feminiti: Satu Penelitian Stereotaip Gender dalam Novel Seri Dewi Malam Karya Affifudin Haji Omar

Authors

  • Wan Hasmah Wan Teh

DOI:

https://doi.org/10.51200/manu.v23i.280

Keywords:

feminis, sistem sosial, konsep gender, stereotaip, maskulin, feminin

Abstract

Ideologi feminis menyumbang kepada fahaman bahawa lelaki dan perempuan dipengaruhi oleh pengalaman kehidupan yang berbeza ketika menghasilkan sesebuah karya kreatif. Feminis percaya bahawa pengarang lelaki tidak dapat menampilkan dimensi kejiwaan perempuan kerana mereka tidak pernah merasai pengalaman sebagai seorang perempuan. Ideologi seperti ini muncul sebagai tindak balas terhadap kebanyakan karya yang dihasilkan oleh pengarang lelaki yang sering mempersembahkan watak perempuan sebagai the second sex, terpinggir, bisu dan lemah dalam sistem sosial yang didominasi oleh lelaki. Walau bagaimanapun, tindakan pengarang lelaki ini tidak boleh dihukum kerana kegagalan mereka memahami dimensi perempuan yang berbeza dari diri mereka. Pencitraan perempuan daripada perspektif pengarang lelaki harus dilihat daripada konteks masyarakat dan budaya yang meletakkan stereotaip tertentu mengikut jenis kelamin. Bertitik tolak daripada fahaman tersebut, makalah ini mengupas konsep gender yang dibentuk oleh masyarakat sosial serta meneliti imej stereotaip lelaki yang dikenali sebagai gender maskulin dan imej stereotaip perempuan yang dikenali sebagai gender feminin. Hasil dapatan makalah ini mendapati pengarang novel Seri Dewi Malam telah mengubah fahaman pembaca tentang pengarang lelaki dalam mencitrakan imej perempuan dan menolak stereotaip sedia ada dengan menonjolkan imej positif yang dimiliki oleh watak Rohana sebagai gender feminin yang meruntuhkan stereotaip gender maskulin watak-watak lelaki di dalam novel.

 

The feminist ideology argues that the production of a creative work amongst male and female authors is defined by their specific life and gender experience. Feminists believe that male authors are unable to tap into the thoughts and emotional dimension of female authors because they have never experienced the life of a female. This argument emerged as a form of reaction towards the production of novels by male authors who often portray the female characters as ‘the second sex’, forsaken, tacit and weak in the male-dominated social system. Understandably, these prejudiced portrayals reflect their failure in understanding the female gender as a whole. Narrating the female from the male perspective thus has to be approached from the social and cultural context that gives rise to these stereotypes. This paper addresses the notion of gender from the perspective of society and explores the conceptual division between the male representation as ‘masculine' and female representation as ‘feminine’ in the novel Seri Dewi Malam. It argues that the author of the novel has managed to transform the female stereotypes by instilling more positive representations to the protagonist Rohana and her femininity in challenging the masculinity of male characters.

References

Affifudin Omar. (2012). Seri Dewi Malam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Brannon, Linda. (2005). Gender: Psychological perspectives. (Edisi keempat).

Boston: Pearson.

Cheng, C. (1999). Marginalised masculinities and hegemonic masculinity: An

introduction. Journal of Men’s Studies, 7(3), pp. 295 – 310.

Djajanegara, Soenarjati. (1995). Citra wanita dalam lima novel terbaik Sinclair

Lewis dan gerakan wanita di Amerika. Depok: Universitas Indonesia.

Humm, Maggie. (1986). Feminist criticism. Great Britain: The Harvester Press.

Nicholson, Linda J. (1995). Feminism/Postmodernism. New York and London:

Routledge.

Ruzy Suzila Hashim. (2006). “Meniti duri dan ranjau: Pembikinan gender dan

seksualiti dalam konteks dunia Melayu.” SARI: Jurnal Alam dan Tamadun

Melayu 24. Halaman 15 – 34.

Schwarzer, A. (1984). After the second Sex: Conversations with Simone de Beauvoir

(Terj.). New York: Pantheon Books.

Tierney, Helen. (1999). Women’s studies encyclopedia. USA: Greenwood Press.

Downloads

Published

2021-10-04

How to Cite

Wan Teh, W. H. (2021). Maskuliniti yang Diruntuhkan Feminiti: Satu Penelitian Stereotaip Gender dalam Novel Seri Dewi Malam Karya Affifudin Haji Omar. MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa, 23. https://doi.org/10.51200/manu.v23i.280

Issue

Section

Artikel/Article
Total Views: 1306 | Total Downloads: 2731