Pantun Melayu: Analisis Ayat Majmuk Pancangan Bahasa Melayu

Authors

  • Ab. Razak Ab. Rahim
  • Nurul Ain Alizuddin

DOI:

https://doi.org/10.51200/manu.v23i.284

Keywords:

Ayat majmuk pancangan, pantun Melayu, Teori Transformasi Generatif, proses transformasi, rajah pohon

Abstract

Makalah ini berfokus pada ayat majmuk pancangan bahasa Melayu yang digunakan dalam pantun Melayu. Kajian ini berlandaskan Teori Transformasi Generatif Standard yang diaplikasikan dalam Tatabahasa Dewan (2010). Dalam menerbitkan ayat majmuk pancangan, berlaku prosesproses transformasi seperti pengguguran, peluasan dan penyusunan semula. Analisis ayat dilakukan berdasarkan struktur dalaman dan permukaan dengan rajah pohon dan keterangan-keterangan yang berkaitan dalam bidang sintaksis. Dapatan analisis memperlihatkan pantun merupakan satu medium terbaik dalam menganalisis ayat-ayat bahasa Melayu kerana banyak perkataan digugurkan. Pengguguran perkataan berlaku kerana jumlah perkataan dalam pantun dan bentuk rima akhir terkawal atau dihadkan.

Downloads

Published

2021-11-01

How to Cite

Ab. Rahim, A. R., & Alizuddin, N. A. (2021). Pantun Melayu: Analisis Ayat Majmuk Pancangan Bahasa Melayu. MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa, 23. https://doi.org/10.51200/manu.v23i.284

Issue

Section

Artikel/Article
Total Views: 5009 | Total Downloads: 5005