FALSAFAH LOGIK ARISTOTLE: IMPLIKASI, REAKSI DAN INTERAKSI TERHADAPNYA DALAM DUNIA KEINTELEKTUALAN ISLAM

History and Philosophy of Aristotle’s Logic: Implications, Reactions and Interactions in The World of Islamic Intellectuality

Authors

  • MUHAMMAD HAZIM MOHD AZHAR Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Cawangan Perlis
  • KHALID ISMAIL Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Cawangan Perlis

DOI:

https://doi.org/10.51200/manu.v32i1.2896

Keywords:

Falsafah logik, fikir, Aristotle, ilmu mantik, budaya ilmu Islam, Philosophy of logic, thought, 'Ilm al-Mantiq, Islamic intellectual culture

Abstract

Falsafah logik disinonimkan sebagai metodologi akal dalam keupayaan berfikir seorang  insan. Secara tidak langsungnya, ia menjadi suatu abstrak sejak kewujudan manusia pertama lagi kerana ia saling bergantungan antara kedua-duanya. Manakala penataan dan pembukuan falsafah logik secara sistematik dikatakan telah dimulai oleh seorang tokoh falsafah Yunani yang terkenal iaitu Aristotle sehinggakan beliau digelar sebagai "Guru Pertama" dan seterusnya mempengaruhi budaya intelek serta tamadun manusia. Bahkan penataan dan pembukuan tersebut turut melebar ke wilayah keilmuan Islam lalu diindetifikasikan sebagai ilmu mantik. Melalui kaedah sorotan pensejarahan dan klasifikasi deskriptif, kajian ini menekankan berkenaan sejarah perkembangan falsafah logik gagasan Aristotle yang bermula sebelum kelahiran beliau sehinggalah pengaruh beliau tersebar masuk ke dunia Islam melalui aktiviti dan gerakan penterjemahan serta meninjau reaksi para intelek Muslim berdasarkan beberapa klasifikasi disiplin ilmu Islam. Kajian ini mendapati bahawa terdapat beberapa tokoh atau aliran yang bersikap terbuka dan mesra dengan falsafah logik Aristotle, tetapi ada juga yang menentang keras terhadapnya. Manakala reaksi al-Ghazali yang bersifat wasatiyyah menerimanya tetapi perlu melalui proses penyaringan dan Islamisasi. Reaksi al-Ghazali tersebut menyebabkan falsafah logik berasimilasi dengan pelbagai disiplin ilmu Islam. Interaksi sebegini secara tidak langsung mengambarkan Islam menganjurkan sikap keterbukaan dalam meraikan ilmu walaupun ia datang dari bukan Islam dan dalam masa yang sama tetap teguh menjaga prinsip-prinsip ajaran agama. Pengkaji juga turut menyentuh beberapa hujah sokongan dan kritikan-kritikan yang dikemukakan ketika mana para cendekiawan berinteraksi dengan ilmu mantik. Reaksi dan metode interaksi mereka perlulah ditekuni dan dinilai seterusnya diadun situasi masa kini dalam usaha pembinaan wacana keilmuan dunia Islam yang lebih mekar.

Published

2021-06-30

How to Cite

MUHAMMAD HAZIM MOHD AZHAR, & KHALID ISMAIL. (2021). FALSAFAH LOGIK ARISTOTLE: IMPLIKASI, REAKSI DAN INTERAKSI TERHADAPNYA DALAM DUNIA KEINTELEKTUALAN ISLAM: History and Philosophy of Aristotle’s Logic: Implications, Reactions and Interactions in The World of Islamic Intellectuality. MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa, 32(1). https://doi.org/10.51200/manu.v32i1.2896
Total Views: 10961 | Total Downloads: 16708