NILAI KEPAHLAWANAN DALAM TANGON TERPILIH SUKU KIMARAGANG DI SABAH

Heroism Values in Selected Tangon of the Kimaragang Community in Sabah

Authors

  • JAMAIL MASADOR nstitut Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • ABDUL HALIM ALI Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • AZHAR WAHID Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.51200/manu.v32i1.2954

Keywords:

Tangon, Suku Kimaragang, nilai kepahlawanan, cerita rakyat, Kimaragang community, heroism values, floklore

Abstract

Tangon (cerita rakyat) sering diperdengarkan dalam masyarakat suku Kimaragang. Pada umumnya, cerita-cerita rakyat (tangon) suku Kimaragang melambangkan sosiobudaya, falsafah dan gambaran nilai kepahlawanan bagi masyarakat tersebut. Namun, dewasa ini, nilai-nilai yang terkandung dalam tangon sering dilupakan, terutama oleh generasi muda. Oleh itu, kajian ini memberi perhatian pada nilai-nilai kepahlawanan yang terkandung dalam cerita rakyat suku Kimaragang di Sabah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan kaedah kajian lapangan dan temu bual untuk mendokumentasi tangon. Seterusnya, data akan dianalisis menggunakan pendekatan Alamiah salah satu pendekatan dalam teori Pengkaedahan Melayu yang dikemukakan oleh Hashim Awang bagi memahami aspek-aspek kepahlawanan seperti keberanian, rela berkorban, semangat juang dan keterbukaan yang terkandung dalam cerita rakyat. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa elemen kepahlawanan penting dikuasai, terutama dalam norma masyarakat yang kucar-kacir demi mengangkat martabat diri dan menjaga kehormatan. Sememangnya, masyarakat suku Kimaragang pada masa lampau mengamalkan nilai-nilai kepahlawanan dalam kehidupan untuk memastikan sebuah kehidupan yang aman dan sejahtera. Mengaplikasi nilai-nilai kepahlawanan dalam kehidupan masa kini merupakan suatu daripada usaha untuk mengupaya dan mengekalkan warisan yang semakin dilupakan.

The telling of ‘tangon’ (folklore) is a common practice in the Kimaragang community. In general, the ‘tangon’ of the Kimaragang symbolises the socio-culture, philosophy and description of the heroism values for the community. However, nowadays, the values in ‘tangon’ are often forgotten, especially by the younger generation. This study therefore
focused on the heroism values as portrayed in the folklore of the Kimaragang. Using a qualitative approach, the field work and interview methods were utilised to document the ‘tangon’. Data was analysed using the Alamiah
approach, one of the approaches in the ’Pengkaedahan Melayu’ theory by Hashim Awang as a means to understand heroism aspects such as bravery, sacrificial spirit, fighting spirit, and openness as embodied in the folklore. The findings of this study prove that the element of heroism is important to master especially in the norms of a chaotic society in order to improve self-esteem and maintain honour. Indeed, the Kimaragang in the past practised heroism values to ensure a peaceful and prosperous life. Applying these values in life today is one of the efforts to activate and sustain an increasingly forgotten heritage.

References

A. Halim Ali. (2018). Inti sari teori sastera: Barat dan Malaysia. Shah Alam: NHA Excell Resources.

A. Halim Ali. (2019). Pengetahuan asas penyelidikan dalam Kesusasteraan Melayu. Klang: MZ Edu Publications.

Abdul Halim Ali. (2013). Bingkisan sastera. Selayang Baru: Diwangsa Publications & Distributors.

Abdul Halim Ali. (2016). Ikhtisar teori & kritikan sastera: Barat dan Malaysia. Tanjung Malim: Profesional Baharu.

Abdul Halim Ali. (2016). Mendekati puisi Melayu tradisional. Tanjung Malim: Profesional Baharu.

Abdul Halim Ali, Siti Nor Amalina Ahmad Tajuddin, Mazdi Marzuki & Miftachul Huda. (2020). Digital approach of Malay Literature through Interactive Computer Method (ICM): A Proposed framework model. Solid State Technology, 63(6), 12651-12666.

Ain Apainah Yuni & Asmiaty Amat. (2019). Pironok: Mantera pemimpin Dusun Kimaragang. Jurnal Gendang Alam, 9.

Al Ashadi Alimin & Saptiana Sulastri. (2018). Nilai keberanian dalam Novel Negeri di Hujung Tanduk karya Tere Liye. Jurnal Pendidikan Bahasa dan Sastra Indonesia, 3 (1), 1-5.

Arba’ie Sujud. (2008). Sastera Melayu Suatu Pengantar. Kuala Lumpur: Tinta Press Sdn. Bhd.

Baumeister, Roy F. & Bushman, Brad J. (2014). Social psychology and human nature. Belmont, CA: Cengage Learning.

Dananjaja, J. (2002). Folklor Indonesia: Ilmu gossip, dongeng dan lain-lain. Jakarta: Gratifi.

Dewi Rukmini. (2009). Cerita rakyat Kabupaten Sragen (suatu kajian struktur dan nilai eduktif). Tesis Master (tidak diterbitkan). Universitas Sebelas Maret, Surakarta.

Ezzah Afifah & Che Ibrahim Salleh. (2015). Pemikiran Melayu dalam cerita lipur lara. Journal of Business and Social Development, 3.

Hamdan Yahya. (2012). Pemikiran Keris Mas dalam Rimba Harapan: Kerangka Pengkaedahan Melayu. Dalam pemikiran Sasterawan Negara Keris Mas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hashim Awang. (2002). Teori Pengkaedahan Melayu dan prinsip penerapannya. Bengkel Teori Sastera, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur di Riviera Bay Resort, Melaka pada 28-29 Jun. https://ms.wikipedia.org/wiki/Wikipedia_Bahasa_Melayu, keterbukaan, dimuat turun pada 25 Mei 2020.

Low Kok On. (2005). Membaca mitos dan legenda Kadazandusun. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Minah Sintian. (2014). Amalan Memotong Kepala dalam Masyarakat Primitif Kadazandusun: Survival atau Budaya? Dimuat naik daripada https://www. researchgate.net/publication/272357494_Amalan_Memotong_Kepala_

dalam_Masyarakat_Primitif_Kadazandusun_Survival_atau_Budaya

Minah Sintian. (2019). Nilai-nilai kearifan lokal dalam cerita rakyat Kadazandusun. Dlm. Kesusasteraan & Kebudayaan Borneo. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris, 25-42

Mohamad Mokhtar Hassan (2005) Teori Konseptual Kata Kunci. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Mohd. Firdaus Che Yaacob & Normaliza Abd Rahim. (2016). Nilai baik hati menerusi cerita rakyat Melayu terhadap masyarakat Melayu suatu aplikasi Teori Pengkaedahan Melayu. Journal of Business and Sosial Development,

(2), 48-57.

Muhammad Haji Salleh (2002) Puitika Sastera Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nensilia Makrina Tana, Gisela Nuwa & Abdul Muis Kasim. (2020). Menggali nilai-nilai kepahlawanan Mo’an Teka Iku ditinjau dari aspek Pembelajaran PKn. Jurnal Bhineka Tunggal Ika, 7, 134-142.

Norjietta Julita Taisin. (2015). Aspek metafora dalam pantun (Sundawil) tradisional Kadazandusun dalam aspek percintaan dan kasih sayang. Seminar foklor Nusantara. JKKN Perlis Indera Kayangan.

Nur Kayati (2017) Nilai Kepahlawanan dalam Novel Hanoman Karya Pitoyo Amrih Pendekatan Sosiologi Sastra dan Implementasinya sebagai Bahan Ajar Sastra di SD. Jurnal Stilistika, 3, (2), 49 – 58.

Roslina Abu Bakar & Aone van Engelenhoven. (2016). Alam dan budaya masyarakat Melayu dalam Hikayat Pelanduk Jenaka. Journal Kesidang, 1, 20-49.

Syaidul Azam Kamarudin & Arbai’e Sujud. (2017). Jati diri Melayu dalam Kumpulan Puisi terpilih A. Aziz Deraman: Analisis Teori Pengkaedahan Melayu. International Journal of Language Education and Applied Linguistics (IJLEAL), 7, 47-63

Zainal Kling. (1980). Sistem nilai tradisi Melayu. Kertas Kerja Seminar Nilai dan Norma Masyarakat Melayu. Kota Kinabalu, 10-11 Mac 1980.

Published

2021-07-01

How to Cite

JAMAIL MASADOR, ABDUL HALIM ALI, & AZHAR WAHID. (2021). NILAI KEPAHLAWANAN DALAM TANGON TERPILIH SUKU KIMARAGANG DI SABAH: Heroism Values in Selected Tangon of the Kimaragang Community in Sabah. MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa, 32(1). https://doi.org/10.51200/manu.v32i1.2954
Total Views: 616 | Total Downloads: 1037