FUNGSI DAN IMPLIKASI PUSAT INTERNET TERHADAP MASYARAKAT LUAR BANDAR DI SABAH DALAM ERA PANDEMIK COVID-19

The Functions and Implications of Internet Centre Among The Rural Community in Sabah During The Era of COVID-19 Pandemic

Authors

  • HALINA SENDERA MOHD YAKIN Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah
  • ODETTA YAHCOB Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah
  • JUNAIDAH JANUIN Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah

DOI:

https://doi.org/10.51200/manu.v32i1.3214

Keywords:

Pusat Internet, masyarakat luar bandar, Pantai Barat Utara, Sabah, fungsi, implikasi, Internet centre, rural communities, northwest coast, Sabah, functions, implications

Abstract

Pusat internet telah ditubuhkan oleh kerajaan di seluruh negara sebagai salah satu usaha untuk memperkasa sistem komunikasi serta tahap sosioekonomi dan merapatkan jurang digital antara komuniti bandar dan luar bandar. Bagi masyarakat luar bandar yang menghadapi halangan berhubung kebolehcapaian dan pemilikan internet serta gadget, pusat internet yang kebanyakannya terletak di lokasi tertentu menjadi tumpuan bukan sahaja dalam kalangan pelajar, malah para pekerja serta penduduk kampung. Penularan pandemik COVID-19 yang melanda masyarakat telah melonjakkan lagi kepentingan komunikasi alam maya ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah membataskan komunikasi dan transaksi secara konvensional. Makalah ini diusahakan untuk mengkaji fungsi dan implikasi pusat internet terhadap masyarakat luar bandar semasa pandemik COVID-19 berlaku, khususnya di daerah Kudat, Pitas dan Kota Marudu yang terletak dalam zon Pantai Barat Utara, Sabah. Gabungan kaedah pemerhatian, soal selidik dan temu bual diaplikasikan bagi mendapatkan data primer bersifat kuantitatif dan kualitatif yang melibatkan seramai 133 responden dan 13 informan terdiri dalam kalangan pengurus serta pekerja di pusat internet, pelajar sekolah, Giatmara dan universiti, guru sekolah dan KAFA, kakitangan kerajaan serta swasta dan ketua serta penduduk kampung. Penemuan kajian mendapati fungsi pusat internet tidak menyerlah dalam kalangan masyarakat luar bandar khususnya semasa pelaksanaan PKP. Tambahan lagi, terdapat dalam kalangan masyarakat yang belum sedar tentang keberadaan serta lokasi pusat internet di daerah masing-masing. Di samping itu, bilangan yang terhad dan lokasi yang jauh dari petempatan penduduk kampung menyebabkan pusat internet tidak dapat berfungsi sewajarnya sebagai medium komunikasi komuniti. Kajian ini turut menyarankan beberapa langkah penyelesaian bagi mengatasi kemelut berhubung internet. Diharapkan kertas kerja ini dapat menjadi pemangkin kepada usaha untuk memperkasakan komunikasi alam maya atau mewujudkan komuniti digital khususnya dalam kalangan masyarakat luar bandar. 

 

The internet centre has been established by the government throughout the country as an effort to strengthen the communication system as well as the socioeconomic level and also to bridge the digital divide between urban and rural communities. For rural communities facing restrictions pertaining to internet accessibility and gadget, the internet centre which mostly located at certain locations has become a centre of attraction among students, employees and villagers. The COVID-19 pandemic that swept the community has boosted the importance of virtual communications due to the Movement Control Order (MCO) that has restrained conventional communication and transactions. This paper has been undertaken to study the functions and implications of the internet centre among rural communities during the COVID-19 pandemic particularly in Kudat, Pitas and Kota Marudu districts which are located at the Northwest Coast zone of Sabah. A combination of participant observation, survey and in-depth interview were applied to obtain quantitative and qualitative primary data involving 133 respondents and 13 informants comprising of managers and employees at the internet centre; secondary, university and Giatmara students; KAFA teachers; government and private employees and also the villagers. The findings showed that the internet centre was not standing out or functioning well among the rural communities especially during the MCO. In addition, some villagers did not aware of the existence and location of internet centre at their respective areas. In addition, the limitation in terms of quantity and distance or location of the internet centre has contributed and resulted towards its malfunction as a medium of communication among the rural communities. The study suggests several solutions to overcome the internet crisis pertaining to internet centre among the rural communities. It is hoped that this paper will become a catalyst in an effort to empower virtual communications or create a digital community particularly among rural communities.

References

Ainin Sulaiman, Noor Ismawati Jaafar & Rohani Jani. (2010). Diffusion of information communication technology (ICT) through the rural internet centre: The Malaysian experience. International Journal of Innovation and Technology Management, 7 (2), 129-143.

Asian Development Bank. (2017). Public ICT center for rural development: Inclusiveness, sustainability, and impact. Manila: Creative Commons Attribution 3.0 IGO license: Manila.

Azlizan Talib, Mohd Nazaruddin Yusof & Zainal Md Zan. (2017). Pembangunan luar bandar melalui penerapan teknologi maklumat dan komunikasi: Kajian di Daerah Kubang Pasu, Kedah. Journal of Advanced Research in Social and Behavioral Sciences, 9 (3), 36-49.

Jalaluddin Abdul Malek, Abdual Razaq Ahmad, Mohd Mahzan Awang & Alfitri. (2014). Symbiotic relationship between telecentre and lifelong learning for rural community development: A Malaysian experience. TOJET: The Turkish

Online Journal of Educational Technology, 13 (3), 148-155.

Marhaini Mohd Noor & Abdul Raufu Ambali. (2014). The significant roles of internet centre (Information Providers) to rural community in Malaysia. Journal of Administrative Science, 11 (2), 35-55.

Muhamad Sham bin Shahkat Ali. (2006). ICT: Peranan dan potensi dalam pembangunan pelajar. Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan Pelajar 2006 (NASDEC 2006), 8–9 Ogos, 2006 Hotel Grand Season, Kuala Lumpur.

Musa Abu Hassan. (2008). Memanfaat teknologi maklumat dan komunikasi ICT untuk semua. Serdang: Penerbit Universiti Putera Malaysia.

Nor Iadah Yusop, Zahurin Mat Aji, Huda Ibrahim, Rafidah Abd. Razak, & Wan Rozaini Sheik Osman. (2007). Rural Internet Centre (RIC) as catalysts for building knowledge-based society: The case of Northern States of Malaysia. In D. Schuler (Ed.), Online Communities and Social Comput. (pp. 485-490). Berlin, Heidelberg: Springer-Verlag.

Rancangan Malaysia Kesebelas (2016-2020): Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat. Ucapan YAB Perdana Menteri di Dewan Rakyat, 21 Mei 2015 menerusi capaian https://www.pmo.gov.my/dokumenattached/speech/files/RMK11_Ucapan.pdf

Zurinah Tahir, Jalaluddin Abdul Malek & Mohd Asruladlyi Ibrahim. (2016). Developing smart ICT in rural communities in Malaysia through the establishment of telecenters. e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 11 (1), 227-242.

https://www.malaysia.gov.my/portal/content/30631

Published

2021-06-26

How to Cite

HALINA SENDERA MOHD YAKIN, ODETTA YAHCOB, & JUNAIDAH JANUIN. (2021). FUNGSI DAN IMPLIKASI PUSAT INTERNET TERHADAP MASYARAKAT LUAR BANDAR DI SABAH DALAM ERA PANDEMIK COVID-19: The Functions and Implications of Internet Centre Among The Rural Community in Sabah During The Era of COVID-19 Pandemic. MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa, 32(1). https://doi.org/10.51200/manu.v32i1.3214
Total Views: 2800 | Total Downloads: 4134