PENGUASAAN MURID TENTANG PENGGUNAAN IMBUHAN MeN-, di- DAN BeR- DALAM PENULISAN KARANGAN RESPONS TERBUKA

Students’ Mastery of MeN-, di- and BeR- Affixations in Open Response Essay Writing

Authors

  • ANNE JEFFREY KIHOB Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.
  • SAIDATUL NORNIS BT HJ MAHALI Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.

DOI:

https://doi.org/10.51200/manu.v32i2.3613

Keywords:

Imbuhan, karangan respons terbuka, ketidakgramatisan ayat, analisis kandungan, rumus pengimbuhan, affixes , open response essay , ungrammatical sentence , content analysis , affixation formula

Abstract

Kata berimbuhan mudah ditemui dalam mana-mana bentuk penulisan kerana morfem imbuhan yang diimbuhkan pada kata dasar akan membentuk kata kerja aktif transitif, tak transitif dan penanda pasif bagi ayat yang dibina. Walaupun sering digunakan dalam penulisan, pengimbuhan yang tidak tepat boleh mengganggu kegramatisan bahasa Melayu standard. Berdasarkan analisis kandungan terhadap 31 teks karangan respons terbuka murid-murid tingkatan empat daripada sebuah sekolah menengah di daerah Tuaran, Sabah, didapati 27 sampel karangan melakukan kesalahan penggunaan imbuhan awalan kata kerja meN- , di-, dan beR- . Kelemahan penguasaan varian imbuhan awalan menyebabkan kesalahan morfologi, ejaan dan ketidakgramatisan ayat yang dibina oleh murid. Pada masa yang sama, kesan daripada kelemahan penguasaan imbuhan murid, mereka telah mencipta istilah baharu yang jelas telah melanggar peraturan tatabahasa bahasa Melayu. Oleh itu, kesalahan yang didapati tidak wajar dipandang remeh kerana hal tersebut akan menyebabkan keterbiasaan murid untuk sewenang-wenangnya menggabungkan imbuhan dengan kata dasar bahasa Melayu yang lain tanpa merujuk sistem pengimbuhan yang betul. Malahan, dikhuatiri murid akan melakukan hal yang serupa dalam bentuk imbuhan yang lain. Akhirnya, murid sendiri tidak mengetahui fungsi sebenar proses pengimbuhan. Aspek pengimbuhan merupakan nahu bahasa Melayu yang wajib dikuasai oleh murid kerana agak sukar untuk membina ayat yang tidak melalui proses penerbitan. Bagi menangani masalah penguasaan imbuhan dalam kalangan murid, latih tubi yang berterusan dan pengajaran rumus pengimbuhan perlu didedahkan kepada murid.

 

It is easy to spot affixes in students’ essays as they formed transitive active verbs, intransitive verbs and passive verbs in their sentences. However, wrong use of affixation could cause ungrammatical use of the standard Malay language. Based on a content analysis of 31 open response essays written by form four students from a secondary school in Tuaran, Sabah, there were errors of affixation with meN-, di-, and beR- found in 27 essays. Improper usage of affix variants has led to morphology error, misspelling and ungrammatical sentences. The lack of knowledge on using appropriate affixes has led students to create new terms which clearly do not follow the rules of Malay grammar. The findings suggest that it should not be taken for granted as it would trigger students to bind affixes with other Malay basic words according to their wish without referring to the proper affixation system. Moreover, they may do the same to other affixes. In the end, students themselves could not figure out the function of affixation.
Affixation should be mastered by students as many sentences are built from the process of combining a morpheme with other words. In order to resolve this matter, students need to be taught affixation formula and given continuous exercises.

Author Biographies

ANNE JEFFREY KIHOB, Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.



SAIDATUL NORNIS BT HJ MAHALI, Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.





References

Agustina Putri Reistanti. (2017). Analisis kesalahan berbahasa pada penulisan cerita fabel oleh Siswa Kelas VIII E di SMP 2 Muhammadiyah Surakarta. Kajian Linguistik dan Sastra, 2(2), 126-140.

Ahmed Hafizainol Ahmed Adris & Karim Harun. (2020). Penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar Pondok Bantan Thailand. Jurnal Melayu, Isu Khas Disember, 457-477.

Alhaadi Ismail & Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2018). Analisis kesalahan dalam penulisan pelajar bahasa kedua dari aspek morfologi. Jurnal Linguistik, 22(1), 24-31.

Amirra Shazreena Aminul Razin & Vijayaletchumy Subramaniam. (2019). Kesalahan penggunaan imbuhan awalan dan akhiran dalam kalangan murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil berdasarkan Teori Analisis Kesalahan Corder (1973). International Journal of the Malay World and Civilisation, 7(1), 3-13.

Ang, L.H., & Che Radiah Mezah. (2012). Masalah penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar etnik Cina di Malaysia. SOSIOHUMANIKA, 5(2), 215-226.

Fazal Mohamed Mohamed Sultan, Junaini Kasdan, Zaharani Ahmad & Nor Hashimah Jalaluddin. (2010). Struktur kata kerja transitif + lagi dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Jurnal Linguistik, 10, 36-47.

Hasmidar Hassan, Mardian Shah Omar & Puteri Roslina Abdul Wahid. (2018). Kecelaruan morfologi dalam penulisan bahasa Melayu oleh penutur asing. Jurnal Linguistik, 22(2), 20-36.

Hidayah Shafiee, Ahmad Fahmi Mahamood, Abdul Rahman Abdul Manaf, Tengku Kastriafuddin Shah Tengku Yaakob, Abdul Jalil Ramli, Zuraidi Ahmad Mokhdzar, Jamsari Jamaluddin, Maskor Bajuri, & Mohd Erpi Mohd Ali. (2019). Pengaruh bahasa rojak di media baharu terhadap bahasa kebangsaan. International Journal of Law, Government and Communication, 4(15), 141-153.

Ismail Dahaman. (2017). Canggihnya bahasa Melayu: Sistem pembentukan kata, unsur bergabung tutur bersambung. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jaafar Jambi. (2008). Cabaran dan proses pemantapan bahasa Melayu. Jurnal Pengajian Melayu, 19, 68-90.

KPM. (2016). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Melayu Tahun 1. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

KPM. (2018). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tingkatan 4 dan 5. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Mohd Syuhaidi Abu Bakar & Aliffluqman Mohd Mazzalan. (2018). Aliran pertuturan bahasa rojak dalam kalangan pengguna Facebook di Malaysia. e-Academia Journal, 7(1), 61-71.

Mohd Syuhaidi Abu Bakar & Nor Audra Dayana binti Dahlan. (2018). Percampuran kod bahasa di dalam Filem: Satu kajian kualitatif terhadap filem J Revolusi (2017). e-Academia Journal, 7(2), 107–121.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2015). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nor Hashimah Jalaluddin & Adriana Santa Anak Tinggam. (2016). Percampuran kod dalam penulisan karangan bahasa Melayu pelajar Cina: Analisis pragmatik. Jurnal Bahasa,16(1),74-93.

Nor Hashimah Jalaluddin, Junaini Kasdan & Zaharani Ahmad. (2010). Sosiokognitif pelajar remaja terhadap bahasa Melayu. GEMA Online™ Journal of Language Studies, 10(3), 67-87.

Nurul Adzwa Ahamad, Nur Farahkhanna Mohd Rusli & Norfaizah Abdul Jobar. (2020). Analisis kesalahan imbuhan dalam penulisan karangan pelajar dan hubung kait dari segi makna gramatikal. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 10(1), 77-90.

Nurul Ain Alizuddin & Nik Nur Athirah Nik Mohd Arif. (2021). Analisis kesalahan bahasa dalam penulisan bahasa Melayu pelajar antarabangsa. International Social Science and Humanities Journal, 4(1), 113-127.

Nurul Huda Mohd Saad & Nor Hashimah Jalaluddin. (2020). Imbuhan meN- dengan kata nama konkrit unsur alam: Analisis Teori Relevans. GEMA Online® Journal of Language Studies, 20(3), 136-155.

Paul, D., Noor Aina Dani & Nalmon Goyi. (2020). Kewujudan bahasa antara dalam kalangan pelajar suku Dusun Tindal. MANU, 31(1), 25–50.

Roksana Bibi Abdullah. (2015). Penyerapan bahasa dalam pertembungan budaya: Kesalingan pinjam meminjam dalam kalangan tiga kelompok masyarakat di Singapura. PENDETA - Jurnal Bahasa dan Sastera Melayu, 6, 137-161.

Siti Rahayu Muhammad & Sharil Nizam Shari. (2020). Kesalahan tatabahasa bahasa Melayu dari aspek morfologi dalam penulisan karangan murid sekolah rendah. International Social Science and Humanities Journal, 3(2), 77-89.

Siti Rahimah Mustaffa, Raja Masittah Raja Ariffin & Normahdiah Sheikh Said. (2014). Kekeliruan jati diri punca bahasa bercampur aduk. Jurnal Bahasa, 14(1), 134–158.

Yong C. C., & Vijayaletchumy Subramaniam. (2012). Analisis kesilapan dalam pembelajaran bahasa Melayu oleh pelajar asing. Gema Online Journal of Language Studies, 12(2), 667-692.

Zaharani Ahmad & Teressa Jabar. (2010). Tahap penguasaan bahasa Melayu remaja Malaysia: Analisis aspek tatabahasa. Jurnal Linguistik, 10 (Edisi Khas), 48-62.

Published

2021-12-16

How to Cite

ANNE JEFFREY KIHOB, & SAIDATUL NORNIS BT HJ MAHALI. (2021). PENGUASAAN MURID TENTANG PENGGUNAAN IMBUHAN MeN-, di- DAN BeR- DALAM PENULISAN KARANGAN RESPONS TERBUKA: Students’ Mastery of MeN-, di- and BeR- Affixations in Open Response Essay Writing. MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa, 32(2), 89 –. https://doi.org/10.51200/manu.v32i2.3613
Total Views: 6047 | Total Downloads: 8322