FAKTOR-FAKTOR PENCEROBOHAN VESEL NELAYAN ASING DI PERAIRAN PANTAI BARAT SABAH

Factors of Enroachment by Foreign Fishing Vessels into Sabah’s West Coast Waters

Authors

  • ASTRI BINTI M FADZLI
  • DAYANG SURIA HJ MULIA
  • SYAHRUDDIN HJ AWANG AHMAD

DOI:

https://doi.org/10.51200/manu.v33i2.3824

Keywords:

Pencerobohan, khazanah perikanan , nelayan, sempadan, perikanan haram, Encroachment, fisheries, fisherman , border , illegal fishing

Abstract

Sabah dikelilingi oleh tiga laut utama iaitu Laut Sulawesi, Laut Sulu dan Laut China Selatan (LCS). LCS berada di perairan pantai barat Sabah yang dikenali sebagai antara 12 tapak mega biodiversiti di dunia. Geostrategik dan kekayaan khazanah laut ini merupakan tarikan yang menjadikan perairan pantai barat Sabah rentan kepada pencerobohan nelayan asing. Rentetan itu juga, Jabatan Perikanan Sabah telah menyatakan bahawa kini terdapat 36 spesies marin yang terancam termasuklah ikan yu dan spesies ikan pari. Salah satu puncanya adalah disebabkan oleh pencerobohan nelayan asing. Selain mewujudkan persaingan sumber dengan nelayan tempatan di pantai barat Sabah, nelayan asing mengeksploitasi sumber marin menggunakan kaedah pukat tunda yang bersifat destruktif dan tidak selektif dalam kaedah penangkapan ikan. Hal ini menjejaskan ekosistem marin untuk jangka masa panjang. Sehubungan dengan itu, antara objektif artikel ini adalah bagi menerangkan mengenai faktor-faktor pencerobohan vesel nelayan asing di pantai barat Sabah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menemu bual secara mendalam informan daripada 12 penguat kuasa maritim dan 30 nelayan tempatan yang aktif menjalankan aktiviti perikanan dan mengendalikan satu temu bual kumpulan berfokus terhadap nelayan pesisir pantai Pasir Putih. Selain itu, data sekunder turut digunakan bertujuan mengukuhkan data empirikal dalam artikel ini. Dapatan awal kajian ini menunjukkan faktor pencerobohan nelayan asing adalah disebabkan negara seperti Vietnam sudah mengalami eksploitasi perikanan dan kemahiran beroperasi seperti menggunakan lesen palsu mengurangkan risiko mereka tertangkap. Hal ini seterusnya mendorong mereka untuk berani menceroboh perairan yang masih mempunyai sumber perikanan mencukupi bagi memenuhi bekalan tempatan mereka. Maritime presence yang kurang seperti penguat kuasa maritim dan nelayan tempatan di laut untuk membuat laporan dan pemantauan menyebabkan kegiatan mereka
sukar dikenal pasti. Rentetan itu, kegiatan ini telah mengganggu gugat kelangsungan hidup nelayan tempatan. Nelayan tempatan harus menambah bilangan hari penangkapan ikan daripada 7 ke 14 hari bermula pada tahun 2015 untuk mengganti modal dan memperoleh keuntungan.

 

Sabah is surrounded by three main seas: the Sulawesi Sea, Sulu Sea and South China Sea (LCS). The LCS is in the west coast waters of Sabah, which is known as one of the 12 mega-biodiversity sites in the world. The geostrategic and the richness of this marine treasure is an attraction that makes the west coast waters of Sabah vulnerable to the invasion of foreign fishermen. Sabah Fisheries Department has reported that there are currently 36 endangered marine species including sharks and stingrays. One of the
reasons resulting to the marine species endangerment is the encroachment by foreign fishermen. In addition to creating resource competition with local fishermen in the west coast of Sabah, the foreign fishermen exploit marine resources with destructive and non-selective trawling methods in fishing. This affects the marine ecosystem in the long run. Therefore, one of the objectives of this article is explaining the factors of the encroachment of foreign fishing vessels on the west coast waters of Sabah. This study employed a qualitative approach by conducting in-depth interviews with informants that consist of 12 maritime enforcement officers and 30 local fishermen who are actively engaged in fishing activities, and conducting a focus group interview with Pasir Putih coastal fishermen. In addition, secondary data were also used to strengthen the empirical data presented in this article. The findings show that the encroachment by foreign fishermen is due to countries (such as Vietnam) that have experienced fisheries and operational exploitation such as using fake licences to reduce their risk of being caught. This further encourages them to dare to invade on waters that still have sufficient resources to meet their local supply. The lack of maritime presence, such as maritime enforcement and local fishermen in the sea to lodge reports and monitor, makes their activities difficult to detect. As a result, these activities have disrupted the livelihood of local fishermen. Local fishermen have to increase the number of fishing days from 7 to 14 days starting in 2015 to reimburse their capital and make a profit.

Author Biographies

ASTRI BINTI M FADZLI

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,

Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS,

88400 Kota Kinabalu, Sabah.

DAYANG SURIA HJ MULIA

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,

Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS,

88400 Kota Kinabalu, Sabah.

SYAHRUDDIN HJ AWANG AHMAD

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,

Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS,

88400 Kota Kinabalu, Sabah.

References

Aaron Hatcher Container. (2004). University of Portsmouth Publisher: Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) Year: 2022 URL: https://researchportal.port.ac.uk/en/publications/incentives-for-investment-in-iuu-fishing- capacity

Aghilinejhad, Seyed Mostafa & Gorgin, Saeid & Uhm, Daan, P. van & Joolaie, Ramtin & Ghorbani, Rasoul & Paighambari, Seyed & Mohammadi, Jahangir & Jalali, Ali. (2018). What are the drivers of the occurrence of illegal fishing and conservation barriers of sturgeons in the Caspian Sea? Aquatic Conservation: Marine and Freshwater Ecosystems, 28. 10.1002/aqc.2897

Agnew & Barnes. (2014). Economic aspects and drivers of IUU fishing: Building a framework. OECD Fish Piracy: Combating Illegal, Unreported and Unregulated Fishing, 169, 180-181.

Agnew, D., Pearce, J., Pramod, G., Peatman, T., & Watson, R. et al. (2009). Estimating the worldwide extent of illegal fishing. PLoS ONE, 4(2), e4570.Doi:10.1371/journal.pone.0004570.http://journals.plos.org/plosone/art icle?id=10.1371/journal.pone.0004570

Andrea Valentino. (2019). How North Korea built a fleet of ghost ships | Hakai Magazine. Hakai Magazine; Hakai Magazine. https://hakaimagazine.com/features/how-north-korea-built-a-fleet-of-ghost- ships/

Bailey, K. M. (2011). An empty donut hole: The Great Collapse of a North American fishery. Ecology and Society, 16(2). https://doi.org/10.5751/es-04124-160228

Baird, R. J. (2006). Aspects of illegal, unreported and unregulated fishing in the Southern Ocean. In Reviews: Methods and Technologies in Fish Biology and Fisheries. Springer Netherlands. https://doi.org/10.1007/1-4020-5339-8

Borneo Today. (10 June 2021). Junz: Utamakan Nelayan Tempatan, Bukan Nelayan Asing. Borneo Today. https://www.borneotoday.net/junz-utamakan-nelayan-tempatan-bukan- nelayan-asing/

Fau. (2015). Research for PECH Committee - Fisheries in Vietnam. Policy Department for Structural and Cohesion Policies Directorate-General for Internal Policies PE 629.175 - October 2018.

Glaser, S. M., Roberts, P. M., & Hurlburt, K. J. (2019). Foreign illegal, unreported, and unregulated fishing in Somali waters perpetuates conflict. Frontiers in Marine Science,6. https://doi.org/10.3389/fmars.2019.00704

Gunawan, Yordan & Yogar, Hanna. (2019). Law enforcement on illegal fishing of illegal foreign vessels within EEZ of Indonesia. KnE Social Sciences. 3. 656. 10.18502/kss.v3i14.4345.

Kementerian Pertanian dan Industri asas Tani. (8 Ogos 2019). Di bawah Jabatan Perikanan Malaysia (DOF). Polis Marin Cekup 85 Nelayan Vietnam Curi Ikan di Laut Negara. Laporan Media Harian. 8-33.

Magdaline Mukami. (2020). Illegal fishing: 112 Iranian ships in Somalia flagged. Aa.com.tr. https://www.aa.com.tr/en/africa/illegal-fishing-112-iranian-ships-in-somalia- flagged/1889814

Meaghan Brosnan & Mark Gleason. (Ogos 2015). Poached crab from Russian waters. A seafood Industry. White Paper, Frequentz. Page 4-8.

Mohd Hazrizal Mohd Hanapiah. (23 July 2021). Ikan kita milik orang asing. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/39529/SUARA- SINAR/Analisis- Sinar/Ikan-kita-milik-orang-asing

Raja Hisyam Raja Zaid. (18 Julai 2020). Kerugian lebih RM6 bilion hasil laut kepada nelayan asing perlu dihentikan segera. Astro Awani. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerugian-lebih-rm6-bilion-hasil-laut-kepada-nelayan-asing-perlu-dihentikan-segera-amzad-251830

Ruzaini Zulkefli. (1 Julai 2019). APMM rampas 500kg balat, tahan 5 nelayan Vietnam. Astro Awani. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/apmm-rampas-500kg-balat-tahan-lima-nelayan-vietnam-211500

Statista Survey. (2020). Leading exporting countries of fish and fishery products worldwide in 2020 (in billion U.S. dollars). https://www.statista.com/statistics/268269/top-10-exporting-countries-of-fish-and-fishery-products/

Toan Dao. (8 Januari 2020). Vietnam misses 2019 seafood export target of USD 10.5 billion. SeafoodSource.https://www.seafoodsource.com/news/supply-trade/vietnam-misses-2019-seafood-export-target-of-usd-10-5-billion

Urbina, I. (2020). China’s outlaw fishermen. LeMond Diplomatique. https://mondediplo.com/2020/11/05fishing

Zaid Salim. (2020). Pasang bendera Malaysia cuba perdaya APMM [METROTV]. Harian Metro; New Straits Times. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/07/596888/pasang-bendera- malaysia-cuba-perdaya-apmm-metrotv

INFORMAN

Abdul. 44 tahun. Kampung Pasir Putih Putatan. Nelayan tempatan pesisir pantai. Ditemu bual pada 23 Ogos 2021.

Ah Chong. 28 tahun. Nelayan pukat tunda. Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah. 12 Disember 2020

Chee Ho Wee Ing. 56 tahun. Restoran Nasali, Kota Kinabalu, Tuaran. Nelayan pukat tunda. Ditemu bual pada 14 Ogos 2020.

Encik Azlan. 50 tahun. Nelayan tempatan pesisir pantai. Ditemu bual pada 22 Januari 2020.

Encik Musa. 57 tahun. Penolong Pengarah Kanan Pembangunan Marin. Ditemu bual pada 5 Februari 2020.

Encik Rosli. 60 tahun. Kampung Pulau Gaya. Nelayan tempatan pesisir pantai. Ditemu bual pada 29 Ogos 2020.

Encik Shahrul. 22 tahun. Kampung Gentisan. Nelayan tempatan pesisir pantar. Ditemu bual pada 17 Jun 2021.

Kapten (M) Asmawati bin Mohd Tujeri. 42 tahun. Pejabat Maritim Kota Kinabalu. Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Sabah. Ditemu bual pada 7 Februari 2020.

Komander Banggau Anak Limbing. 44 tahun. Kapal Bunga Mas 5, Kota Kinabalu. Pegawai Memerintah Kapal Auksiliari Bunga Mas 5. Ditemu bual pada 9 Januari 2020.

Leftenan Syafiq. 35 tahun. Pegawai navigasi TLDM. Ditemu bual pada 29 September 2021. Google meet.

Lt. Komander (M) Alex Raphael. 36 tahun. Pejabat Maritim Kota Kinabalu. Ditemu bual pada 27 Mac 2020.

Lt. Salehin bin Hashim. 39 tahun. Pejabat Maritim Kota Kinabalu. Pegawai Peperangan Kapal Maritim. Ditemu bual pada 15 Mac 2020.

Saiknato bin Hamzah. 28 tahun. Nelayan pukat linkong (Jerut). Ditemu bual pada 29 Mac 2020.

Published

2023-01-04

How to Cite

ASTRI BINTI M FADZLI, DAYANG SURIA HJ MULIA, & SYAHRUDDIN HJ AWANG AHMAD. (2023). FAKTOR-FAKTOR PENCEROBOHAN VESEL NELAYAN ASING DI PERAIRAN PANTAI BARAT SABAH: Factors of Enroachment by Foreign Fishing Vessels into Sabah’s West Coast Waters. MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa, 33(2), 129–146. https://doi.org/10.51200/manu.v33i2.3824
Total Views: 862 | Total Downloads: 471