PEMERINTAHAN TRADISIONAL SEMASA ZAMAN SULTAN ABDUL MOMIN DI SUNGAI TUARAN (1877-1885)

Traditional Government During the Time of Sultan Abdul Momin in Tuaran River (1877-1885)

Authors

  • YUSRY SULAIMAN
  • MOSLI TARSAT
  • RIZAL ZAMANI IDRIS

DOI:

https://doi.org/10.51200/manu.v33i2.3841

Keywords:

Sungai Tuaran, Sultan Abdul Momin , masyarakat Bajau , Sungai Kuripan, Tuaran River, Bajau community, Kuripan river

Abstract

Sungai Tuaran terletak di sebelah pantai barat Borneo Utara sejak dua atau tiga abad yang lalu. Nama Sungai Tuaran telah wujud pada era pemerintahan Sultan Abdul Momin seperti dijelaskan dalam dokumentasi surat geran perjanjian di antara “Maharajah Overbeck” dengan baginda pada 29 Disember 1877. Sungai Tuaran telah ditadbir oleh golongan pembesar Brunei yang dilantik oleh Sultan Abdul Momin berdasarkan sistem dan struktur pentadbirannya. Antara golongan pembesar yang dimaksudkan ialah Pengiran Muda Muhammad Hassan, Pengiran Muda Muhammad, Pengiran Siti Anak Khatijah dan Pengiran Abdul Rauf. Dalam konteks kepimpinan di Sungai Tuaran, mereka memimpin kelompok masyarakat tersendiri, terutama masyarakat Bajau yang mana kebanyakan mereka berkampung di pinggir Sungai Tuaran. Mengikut sistem pemilikan wilayah tradisional Brunei, Sungai Tuaran merupakan kawasan tunggal kerana berstatus “Sungai Kuripan” di pantai barat Borneo Utara. Hal ini menunjukkan bahawa Sungai Tuaran ditadbir oleh golongan pembesar Brunei yang dilantik oleh Sultan Abdul Momin. Terdapat beberapa sumber yang dicatatkan oleh golongan orientalis yang menyatakan bahawa Sungai Tuaran merupakan pusat pertemuan di antara pelbagai etnik sama ada di darat mahupun laut. Sebagai contoh, masyarakat Bajau dan Dusun. Perkara ini bukanlah asing kerana Sungai Tuaran merupakan sungai yang paling dominan bagi kedua-dua masyarakat ini memandangkan masyarakat Bajau dan Dusun saling memerlukan antara satu sama lain bagi memenuhi keperluan harian mereka. Penempatan di Sungai Tuaran didominasi oleh golongan masyarakat
Bajau kerana mereka merupakan penduduk asal, terutamanya kawasan di sepanjang pinggir Sungai Tuaran. Menariknya, pada 5 April 1884, semasa pemerintahan Sultan Abdul Momin, baginda telah menyerahkan Sungai Tuaran kepada British North Borneo Company. Metode kajian ini berbentuk deskriptif melibatkan kajian perpustakaan yang menampilkan arkib sebagai sumber rujukan utama. Kajian ini membincangkan sistem pemerintahan tradisional Sultan Abdul Momin di Sungai Tuaran (1877 – 1885).

 

Since two or three centuries ago, Tuaran River has been located on the west coast of North Borneo. The name Tuaran River existed during the reign of Sultan Abdul Momin as explained in the grant agreement documentation between “Maharajah Overbeck” and Sultan Abdul Momin on 29 December 1877. Tuaran River was administered based on Sultan Abdul Momin’s system and structure of the administration by a group of Brunei officials appointed by the Sultan, namely Pengiran Muda Muhammad Hassan, Pengiran Muda Muhammad, Pengiran Siti Anak Khatijah and Pengiran Abdul Rauf. In the context of leadership in Tuaran River, they led their own community groups, especially the Bajau community where most of them live in the village on the banks of Tuaran River. According to Brunei’s traditional territorial ownership system, the Tuaran River is a unique area due to its status as the “Kuripan River” on the west coast of North Borneo. This shows that the Tuaran River was administered by Brunei’s nobles appointed by Sultan Abdul Momin. There are several sources recorded by orientalists that state that Tuaran River is a meeting point between various ethnic groups whether on land or sea. For example, the Bajau and Dusun communities. This is common because Tuaran River is the most dominant river for both communities as the Bajau and Dusun communities depended on each other to meet their daily needs. The settlement in Tuaran River was dominated by Bajau people because they are the original inhabitants, especially the area along the banks of Tuaran River. More interestingly, on 5 April 1884, during the reign of Sultan Abdul Momin, Tuaran River was handed over to the British North Borneo Company. This research method is descriptive and involved library research that features archives as the main reference source. This study discusses the traditional government system of Sultan Abdul Momin in Tuaran River (1877 - 1885).

Author Biographies

YUSRY SULAIMAN

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,

Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS,

88400 Kota Kinabalu, Sabah

MOSLI TARSAT

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,

Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS,

88400 Kota Kinabalu, Sabah

 

RIZAL ZAMANI IDRIS

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,

Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS,

88400 Kota Kinabalu, Sabah

 



References

Appell, G. V., & Harisson, R. (1969). The ethnographic classification of Dusun-

speaking peoples of Northern Borneo. Ethnology, 8(2), 212-227.

Bala, B. (2015). Petempatan masyarakat Melayu Brunei ke Sabah. Dlm. Saat Awang Damit (ed.), Sejarah dan Kesenian Masyarakat Brunei Sabah (hlm. 35-52). Kuala Lumpur: Jabatan Muzium Malaysia.

Bala, B. (2018). Kerajaan Tuaran di Sabah berdasarkan sumber Arab. Dlm. Eko Prayitno Joko (Penyelenggara), Deskripsi mengenai Sabah daripada Pelbagai Perspektif Esei-esei Sumbangsih untuk Sabihah Osman (hlm. 19-51). Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Buku Malaysia.

Bala, B., Baszley Bee Basrah Bee & Jakaria Dasan. (3 April 2008). Pengaruh Kesultanan Brunei kepada masyarakat Sabah (Siri I). Utusan Borneo, 13-14. Bala, B. (2005). A Thalassocracy: A history of medieval Sultanate of Brunei. Darussalam: Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.

Black, I. D. (1968). The ending Brunei rule in Sabah 1878-1902. JMBRAS, 41(2), 142-158.

C.O 874/200. Grant of Tuaran 5 November 1884.

C.O 874/54. Grant of Sultan Brunei of territory the Sulaman river of Paitan, 29 Disember 1877. http://www.lawnet.sabah.gov.my/Lawnet/SabahLaws/Treaties/viewdoc.aspx?document=GrantBySultanOfBruneiOfTerritoriesF romTheSulamanRiverToTheRiverPaitan.pdf. sumber diakses 20/11/2019.

Warren, J.F. (1981). The Sulu Zone 1768-1898. Singapore: Singapore University Press.

Wolters, O. W. (1999). History, culture and region in Southeast Asian perspective. Ithaca: Cornell Southeast Asia Program Publication.

Yusry Sulaiman & Bala, B. (2019). Maharaja Overbeck: Satu pandangan mengenai hak dan kedudukan pemerintah Borneo Utara (1877-1881). Journal of Borneo Social Transformation Studies (JOBSTS), 5(1), 120-139.

Yusry Sulaiman. (2021). Sejarah penyerahan wilayah Brunei di pantai barat Borneo Utara (1877-1902). Tesis Sarjana (tidak diterbitkan). Universiti Malaysia Sabah

Published

2023-01-04

How to Cite

YUSRY SULAIMAN, MOSLI TARSAT, & RIZAL ZAMANI IDRIS. (2023). PEMERINTAHAN TRADISIONAL SEMASA ZAMAN SULTAN ABDUL MOMIN DI SUNGAI TUARAN (1877-1885): Traditional Government During the Time of Sultan Abdul Momin in Tuaran River (1877-1885). MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa, 33(2), 147–174. https://doi.org/10.51200/manu.v33i2.3841
Total Views: 252 | Total Downloads: 247