BAGANG BUGIS : KEARIFAN ETIKA ALAM SEKITAR DALAM MELESTARIKAN SUMBER IKAN BILIS DI SABAH

KEARIFAN ETIKA ALAM SEKITAR DALAM MELESTARIKAN SUMBER IKAN BILIS DI SABAH

Authors

  • Abdul Hair Beddu Asis kota kinabalu
  • Asmiaty Amat
  • Syamsul Azizul Marinsah
  • Mahadirin Ahmad

Keywords:

kearifan tempatan, kelestarian, perikanan, bagang, Bugis

Abstract

Matlamat Pembangunan Berterusan atau Sustainable Development Goals (SDG) merupakan matlamat yang digariskan bagi setiap negara untuk dicapai dalam konteks pembangunan. Negara-negara mempunyai sistem keselamatan jaminan makanan yang dipraktikkan untuk mengelakkan daripada sebarang masalah kekurangan makanan atau terputus bekalan makanan. Peranan kerajaan dalam merangka pelan pembangunan telah mengukuhkan lagi jaminan makanan di Malaysia. Salah satu pihak yang menyumbang kelestarian sumber makanan adalah golongan marginal yang menjalankan aktiviti ekonomi secara tradisional. Masyarakat Bugis terkenal sebagai pelaut dan mempunyai banyak pengetahuan (kearifan tempatan) dalam berinteraksi dengan alam sekitar. Bugis Sabah sangat terkenal dalam kearifan mereka menangkap ikan bilis melalui sistem bagang. Bagang merupakan kaedah penangkapan ikan bilis dengan menggunakan pentas yang diperbuat daripada bambu. Kajian ini melihat keupayaan kearifan tempatan masyarakat Bugis dalam penangkapan ikan bilis dan sumbangan kepada keperluan sumber makanan serta sumbangan kaedah ini kepada kelestarian alam sekitar. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif untuk melihat fenomena yang berlaku. Perbincangan dalam kumpulan (FGD) dijadikan kaedah pengumpulan data. Seramai tujuh orang nelayan Bugis yang terlibat melalui proses perbincangan dalam kumpulan untuk memberikan kebebasan kepada mereka menceritakan tentang bagang yang mereka usahakan. Kajian ini menunjukkan kearifan tempatan dalam kalangan masyarakat Bugis telah berjaya menyumbang bekalan sumber ikan bilis di Sabah sebanyak 20 peratus. Kaedah yang digunakan juga adalah selamat dari kemusnahan alam sekitar. Bahan bambu yang bersifat terurai tidak memberikan kesan negatif kepada pencemaran laut. Kearifan tempatan yang dimiliki oleh masyarakat Bugis telah berjaya memberikan pulangan ekonomi, sosial dan alam sekitar yang lestari.

Author Biographies

Abdul Hair Beddu Asis, kota kinabalu

Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa,
Universiti Malaysia Sabah,
Jalan UMS, 88400, Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia

Asmiaty Amat

Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa,
Universiti Malaysia Sabah,
Jalan UMS, 88400, Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia

Syamsul Azizul Marinsah

Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Malaysia Sabah,
Jalan UMS, 88400, Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia

Mahadirin Ahmad

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Universiti Malaysia Sabah,
Jalan UMS, 88400, Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia

References

Abdullah, M. A., & Sulaiman, A. (2005). Pemelayuan: Pengalaman etnik Bugis di Johor berdasarkan nashkah-nashkah sejarah tradisional Melayu Johor.

Ahmad Amin, Al Akhlak. (1995). Etika (Ilmu Akhlak) (Cet. VII). Bulan Bintang.

Albantani, A. M., & Madkur, A. (2018). Think globally, act locally: The strategy of incorporating local wisdom in foreign language teaching in Indonesia. International Journal of Applied Linguistics and English Literature, 7(2), 1-8.

Ariff, M. R. M., & Raduan, M. S. M. (2008). Penguasaan nelayan Bugis dalam perusahaan bagang di pantai timur, Sabah: The monopoly of Bugis fishermen in bagang Industry in the East Coast of Sabah. Borneo Research Journal, 2, 41-57.

Bahtiar A., & MA, F. I. (2005). Filsafat Ilmu. Cet. II; PT. RajaGrafindo Persada.

Baskoro, M. S., Taurusman, A. A., & Sudirman, H. (2011). Tingkah laku ikan hubungannya dengan ilmu dan teknologi perikanan tangkap. CV Lubuk Agung.

Baskoro, M.S., & Suherman, A.A. (2007). Teknologi penangkapan ikan dengan cahaya. Badan Penerbit Universitas Diponegoro. Jabatan Perikanan Sabah. (2023). Program Libat Urus Pengusaha Nelayan bagang Daerah Pitas. https://fishdept.sabah.gov.my/2023/09/program-libat-urus-pengusahanelayan-bagang-daerah-pitas/

Jundiani. (2018). Local wisdom in the environmental protection and management. In IOP Conference Series: Earth and Environmental Science (Vol. 175, No.1, p. 012130). IOP Publishing.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (1991). Dewan Bahasa dan Pustaka. Laman Rasmi Kerajaan Negeri Sabah. (2023). Geografi dan alam sekitar. https://sabah. gov.my/ms/content/geografi.

Mamat, M. N. (2002). Prinsip dan etika Islam dalam pemuliharaan alam sekitar. Jurnal Tasawwur Islam, 5, 71-81.

Marsuki, M. Z., & Ghazali, A. S. (2002). Etika alam sekitar: Daripada perspektif Islam, Timur dan Barat. PTS Pub. & Dist.

Nikoronov. (1975). Interaction of fishing gear with fish aggregations. Keter Publishing House Jerisalem Ltd. Israel Program Frome Scientific Translation, Jerusalem.

Puspito, G. (2012). Pengaruh pemusatan cahaya terhadap efektivitas bagan. S. Baskoro, M., & Suherman, A. (2017). Teknologi penangkapan ikan dengan cahaya.

Sinar Harian. (2022). Udang kering, Ikan Bilis Sabah bakal di eksport ke UAE. 22 Februari 2022. Malaysia.

Sopher, D. E. (1977). The sea nomads: A study of the maritime boat people of Southeast Asia. (No Title).

Stacey, N. (2007). Boats to burn: Bajo fishing activity in the Australian fishing zone (p. 222). ANU Press.

Stacey, N., & Allison, E. H. (2019). Sea nomads. At home on the waves: Human habitation of the sea from the Mesolithic to today, 309-331.

Stacey, N., Steenbergen, D. J., Clifton, J., & Acciaioli, G. (2018). Understanding social wellbeing and values of small-scale fisheries amongst the Sama-Bajau of archipelagic Southeast Asia. Social wellbeing and the values of smallscale fisheries, 97-123.

Subani, W., & Barus, H. R. (1989). Alat penangkapan ikan dan udang laut di Indonesia. Jurnal Penelitian Perikanan Laut, 50, 248.

Thenu, I. M., Puspito, G., & Martasuganda, S. (2013). Penggunaan Light Emitting Diode pada lampu celup bagan (The use of Light Emitting Diode on sunked lamps of lift net). Marine Fisheries: Journal of Marine Fisheries Technology and Management, 4(2), 141-151.

Vipriyanti, N. U. (2008). Banjar adat and local wisdom: Community management for public space sustainability in Bali province. http://hdl. handle. net/10535/2351.

TEMU BUAL

Encik Ariff. Nelayan, Persatuan Nelayan Kawasan Tawau, Sabah, di rumahnya pada 12.03.2023 pukul 10.35 pagi.

Encik Bachotang. Nelayan, Persatuan Nelayan Kawasan Papar, Sabah, di rumahnya pada 10.04.2023 pukul 11.35 pagi dan 12.35 pagi.

Encik Zamri, Nelayan, Persatuan Nelayan Kawasan Tawau, Sabah, di rumahnya pada 12.03.2023 pukul 11.35 pagi.

Encik Mahmud. Nelayan, Persatuan Nelayan Kawasan Tawau, Sabah, di rumahnya pada 12.03.2023 pukul 1.00 petang.

Hasil temu bual dua orang nelayan (tidak mau nama didedahkan), Persatuan Nelayan Kawasan Tawau, Sabah, di rumahnya pada 12.03.2023 pukul 1.00 petang.

Published

2024-05-06

How to Cite

Beddu Asis, A. H., Asmiaty Amat, Syamsul Azizul Marinsah, & Mahadirin Ahmad. (2024). BAGANG BUGIS : KEARIFAN ETIKA ALAM SEKITAR DALAM MELESTARIKAN SUMBER IKAN BILIS DI SABAH: KEARIFAN ETIKA ALAM SEKITAR DALAM MELESTARIKAN SUMBER IKAN BILIS DI SABAH. MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa, 35(1), 28–46. Retrieved from https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/MANU/article/view/4552
Total Views: 390 | Total Downloads: 301