PEMIKIRAN ISLAH HASHIM A. GHANI (1927-2004) BERKAIT PERSOALAN TAKLID DALAM KALANGAN MASYARAKAT MELAYU

Islah's Thoughts by Hashim A. Ghani (1927-2004) Related to the Issue of Taqlid Among the Malay Community

Authors

  • MOHAMAD AQIL AZIZ BIN TUAH
  • MOHAMAD SHAUKHI MOHD RADZI

DOI:

https://doi.org/10.51200/manu.v35i1.5056

Keywords:

Islah, taklid, mazhab, Hashim A. Ghani, masyarakat Melayu, Negeri Sembilan, taqlid, madhhab, Malay community

Abstract

 Abstrak Hashim A. Ghani merupakan antara tokoh islah terawal di Negeri Sembilan yang lantang menyebarkan idea islah. Perjuangan islahnya terutama dalam menjelaskan tafsiran berkenaan persoalan taklid telah menimbulkan reaksi yang berbeza dalam kalangan masyarakat. Makalah ini bertujuan untuk mengkaji pemaknaan Hashim A. Ghani berkenaan taklid dan menganalisis pemikirannya tentang dua persoalan utama taklid dalam kalangan masyarakat Melayu. Kajian ini adalah sebuah kajian kualitatif dengan reka bentuk kajian analisis kandungan dan pensejarahan. Data-data kajian diperoleh daripada sumber primer dan sekunder daripada kajian teks dan temu bual. Kajian ini mendapati pemaknaan taklid menurut Hashim A. Ghani adalah perbuatan menerima sesuatu pendapat atau fatwa seseorang dalam urusan agama tanpa diketahui sumber asalnya. Menurutnya, perbuatan taklid bertentangan dengan konsep ittiba’. Hashim A. Ghani menegaskan bahawa mengamalkan taklid ialah haram, sedangkan melakukan ittiba’ ialah wajib. Dua persoalan taklid masyarakat Melayu yang telah menarik Hashim A. Ghani melakukan ulasan adalah berkenaan kekeliruan memahami taklid dan kewajipan bermazhab fiqh. Isu pertama dalam persoalan taklid adalah kekeliruan masyarakat Melayu dalam membezakan antara taklid dan ittiba’, keabsahan melakukan taklid, dan isu kelayakan berijtihad. Isu kedua dalam persoalan taklid adalah persoalan kewajipan bermazhab fiqh. Hashim A. Ghani melontarkan gagasan penilaian semula terhadap isu kewajipan masyarakat untuk bertaklid kepada mazhab Syafii sahaja, sekali gus dengan pengharaman melakukan talfiq.

Abstract Hashim A. Ghani is one of the earliest islah figures in Negeri Sembilan who loudly spread the idea of ​​islah. His struggle for reform, especially in explaining the interpretation of the issue of taqlid, has caused different reactions in the community. This paper aims to study Hashim A. Ghani's interpretation of taklid and analyze his thoughts on the two main issues of taklid among the Malay community. This study is qualitative and has a content analysis and historical research design. The study data was obtained from primary and secondary sources from textual studies and interviews. This study found that the meaning of taqlid, according to Hashim A. Ghani, is the act of accepting someone's opinion or fatwa in religious affairs without knowing the original source. According to him, the act of taqlid is against the concept of ittiba'. Hashim A. Ghani asserted that practicing taklid is haram, while doing ittiba' is obligatory. Two issues of the taqlid of the Malay community that have attracted Hashim A. Ghani's comments are the confusion of understanding taqlid and the obligation to follow the fiqh madhhab. The first issue in the question of taqlid is the confusion of the Malay community in distinguishing between taqlid and ittiba', the legality of performing taqlid, and the issue of eligibility for ijtihad. The second issue in the question of taklid is the obligation to follow the school of jurisprudence. Hashim A. Ghani put forth the idea of ​​re-evaluating the community's obligation to follow the Syafii madhhab only, along with the prohibition of performing talfiq.

Author Biographies

MOHAMAD AQIL AZIZ BIN TUAH

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Universiti Malaysia Sabah,
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.

MOHAMAD SHAUKHI MOHD RADZI

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS,
88400 Kota Kinabalu, Sabah.

References

A. Ghani, Hashim. (1978). Riwayat Hidup Ustaz Hashim Ghani. [Tidak diterbitkan]. Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

A. Ghani, Hashim. (1981). Gayung bersambut. KTF Institiut.

A. Ghani, Hashim. (1981a). Kenapa mesti menurut As Sunnah. KTF Institiut.

A. Ghani, Hashim. (1984). Gelanggang soal jawab. KTF Institiut.

A. Ghani, Hashim. (April 1984a). Penyatuan fikrah dan kepimpinan. Dalam Ijtimak Keluarga Sunnah (Muhammadiyah) Malaysia. Kuala Pilah, Negeri Sembilan, 1-4.

A. Ghani, Hashim. (1985). Gayung bersambut 2. KTF Institiut.

A. Ghani, Hashim. (1987). Aurad Muhammadiah menyeleweng. KTF Institiut.

A. Ghani, Hashim. (1988). Kata berbalas sesat dan haram bermazhab. KTF Institiut.

A. Ghani, Hashim. (Febuari 1982). Gelanggang karyawan al-Furqan. Risalah as Sunnah, Bil 15/2/MIS/JA/A/82, 2.

A. Ghani, Hashim. (Februari 1982a). Ustaz Abu Bakar Al Asy’ary. Risalah as Sunnah, Bil 15/2/MIS/JA/A/82, 1.

A. Ghani, Hashim. (t.t). Bahaya turun dari menara. KTF Institiut.

Abdullah, Abdul Rahman. (2010). Sejarah ikhtilaf mazhab di Malaysia. Karisma Publications Sdn. Bhd.

Abu Bakar, Mahyuddin. (2006). Pengaruh amalan bertaqlid kepada Mazhab Syafie di kalangan orang Melayu di Malaysia. ‘Ulum Islamiyyah, 5(1), 19-35.

Al-Ashaari, Abu Bakar. (1970). [Surat kepada Hashim A. Ghani]. [Tidak diterbitkan]. Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Alias, Adibah Yasmin, Saidin, Mohd Irwan Syazli, & Hamil, Jamaie. (2023). Pengaruh Muhammad ‘Abduh terhadap kemunculan fundamentalis-reformis Kaum Muda di Tanah Melayu (1900-1930). KEMANUSIAAN, 3(2), 119-141.

Amriz Ismail, Ainol. (13 November 2010). JHEAINS tahan tiga lelaki. Utusan Malaysia.

Hashim, Hazman. (2010). Jamaah Madrasah Ittiba’ As Sunnah (MIS) di Uji Lagi. [Tidak Diterbitkan]. Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Ismail, Hashim. (2010). Hermenutik: Reaksi Reformasi Kaum Muda. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail, Muhammad Zaid & Mohamed, Norhida. (2015). Islah dan tajdid: Pendekatan pembinaan semula Tamadun Islam. Dalam Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century. Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia, 679-690.

Jamil, Nahmar. (1988). Bermazhab haram dan sesat? Kritik terhadap pendakwah Hashim A. Ghani. Pustaka al-Mizan.

Man, Saadan & Ali, Abdul Karim. (2005). Ikhtilaf Fiqhi di kalangan aliran Syafi’iyyah dan Salafiyyah di Malaysia: Analisis retrospektif terhadap faktor pencetus. Jurnal Fiqh, 2, 73-96.

Mat Ton, A. A. (Peny.). (2006). Pengislahan masyarakat Melayu: Perbincangan al-Imam. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mat Zain, Farid & Mohd. Ghazali, Rabitah. (2021). Pengaruh Majalah Al-Manar di Mesir terhadap kemunculanmajalah berunsur islah di Tanah Melayu. Malaysian Journal of Islamic Movements and Muslim Societies, 1(1), 110-122.

Md. Akib, Harun. (22 Julai 1983). Ada golongan membuta-tuli dan taksub kepada guru. Medan Rakyat.

Memorandum. (1966). Memorandum Daripada Ahlis Sunnah Wal Jama’ah Kuala Pilah. Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Mohamad Yaakub, Mohamad Anas., & Ruskam, Aminuddin. (2019). Polemik amalan ibadah harian di Malaysia. E-Journal of Islamic Thought and Understanding, 2, 38-63.

Mohamad, Firdaus Mohamad, Engku Alwi, Engku Ahmad Zaki, & Sulaiman, Ruhaizan. (2023). Kaum Muda dan Majalah Pengasuh pemangkin penyelesaian masalah sosial menerusi pendidikan di Kelantan. International Journal of Islamic Products and Malay Civilization, 2(1), 54-64.

Mohd Sharif, Mohd Shahrul Azha, Mohd Noor, Arba’iyah, & Abdullah, Mohd Firdaus. (2021). Belenggu pemikiran masyarakat Melayu Islam di Tanah Melayu: Peranan Majalah Qalam sebelum merdeka (1950-1957). ISLAMIYYAT, 43(1), 15-26.

Muhammad Noor, Umar. (2021). Aliran Kritik Hadis Semasa. Penerbit Universiti Malaya.

Othman, M. R. & Rahmat, O.K. (1996). Gerakan pembaharuan Islam: Satu kajian di Negeri Perlis dan hubung kaitnya dengan Malaysia. Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Pengisytiharan As-Sunnah. (1982). Deklarasi wujudnya Keluarga As-Sunnah Malaysia. Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Penulis Khas. (Februari 1982). Ustaz goblok? Risalah as Sunnah, Bil. 17/2/MIS/SY/J/82, 3.

Penulis Undangan. (November 1980). Banyak guru agama jahil dengan ayat2 Allah – Ustaz Hashim. Watan.

Roff, W.R. (Terj. Ahmad Boestamam). (2003). Nasionalisme Melayu. Penerbit Universiti Malaya.

Published

2024-06-28

How to Cite

MOHAMAD AQIL AZIZ BIN TUAH, & MOHAMAD SHAUKHI MOHD RADZI. (2024). PEMIKIRAN ISLAH HASHIM A. GHANI (1927-2004) BERKAIT PERSOALAN TAKLID DALAM KALANGAN MASYARAKAT MELAYU: Islah’s Thoughts by Hashim A. Ghani (1927-2004) Related to the Issue of Taqlid Among the Malay Community. MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa, 35(1). https://doi.org/10.51200/manu.v35i1.5056
Total Views: 65 | Total Downloads: 38