Meninjau Amalan Leksikografi Vocabulary of the English and Malay Languages oleh F.A. Swettenham

Authors

  • Shamsul Aizuwani Nawi ATMA, Universiti Kebangsaan Malaysia, 36000 Bangi, Selangor Darul Ehsan
  • Chong Shin ATMA, Universiti Kebangsaan Malaysia, 36000 Bangi, Selangor Darul Ehsan

DOI:

https://doi.org/10.51200/manu.v24i.515

Keywords:

Sebutan, Swettenham, amalan leksikografi, kamus, buku kosa kata

Abstract

Makalah ini mengupas amalan-amalan leksikografi yang terkandung dalam karya Frank A. Swettenham, Vocabulary of the English and Malay Languages. Tujuannya ialah untuk meninjau status karya ini sebagai sebuah buku kosa kata Inggeris-Melayu ataupun kamus berdwibahasa. Makalah ini bermula dengan meneliti aspek bunyi (vokal, konsonan dan diftong) yang digunakan untuk melambangkan sebutan bahasa Melayu. Swettenham didapati amat menitikberatkan ketepatan penyebutan sehingga simbol-simbol penanda sebutan digunakan sebagai perlambangan bunyi. Dari segi amalan-amalan leksikografi, entri kata buku ini disusun mengikut abjad. Terdapat pelbagai bentuk kata entri misalnya entri kata dasar, terbitan, majmuk dan sebagainya. Pemerian entri-entri didapati dilakukan dengan menggunakan pendekatan padanan, leksikografi, ensiklopedia dan antonimi. Antaranya, pendekatan padanan terjemahan amat menyerlah dalam menghasilkan karya ini. Justeru, hasil analisis mendapati karya ini lebih berupa sebuah buku padanan kosa kata daripada sebuah kamus dwibahasa.

Downloads

Published

2016-12-29

How to Cite

Nawi, S. A., & Shin, C. (2016). Meninjau Amalan Leksikografi Vocabulary of the English and Malay Languages oleh F.A. Swettenham. MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa, 24. https://doi.org/10.51200/manu.v24i.515

Issue

Section

Artikel/Article
Total Views: 1225 | Total Downloads: 1537