Rancangan Malayanisation dalam Dasar Pengambilan Kakitangan Awam di Persekutuan Tanah Melayu (1948 hingga 1970)

Authors

  • Sharifah Darmia Sharif Adam Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah

DOI:

https://doi.org/10.51200/manu.v24i.516

Keywords:

Rancangan Malayanisasi, warganegara, kakitangan awam dan perkhidmatan awam

Abstract

Artikel ini membincangkan tentang rancangan Malayanisasi dalam mempengaruhi dasar pengambilan kakitangan awam di Persekutuan Tanah Melayu (PTM) antara tahun 1948 hingga 1970. Perbincangan yang meliputi tempoh selama 22 tahun ini dibahagikan kepada dua tahap, iaitu tahap pertama adalah antara tahun 1948 hingga 1956 yang memperlihatkan tinjauan dibuat ke atas pelaksanaan rancangan Malayanisasi semasa PTM berada di bawah pentadbiran kerajaan kolonial British. Kemudian, tahap kedua pula merangkumi tahun 1957 hingga 1970 yang meninjau berkenaan pelaksanaan rancangan Malayanisasi dalam perkhidmatan awam selepas PTM mencapai kemerdekaan dan berada di bawah pentadbiran kerajaan PTM. Fokus utama dalam perbincangan ini adalah untuk mengenal pasti tindakan dan usaha yang dilakukan oleh kerajaan kolonial British dan kerajaan PTM untuk melaksanakan rancangan Malayanisasi dalam perkhidmatan awam yang telah meninggalkan kesan besar ke atas dasar pengambilan kakitangan awam di PTM. Hasilnya, rancangan Malayanisasi yang dilaksanakan melalui dasar pengambilan kakitangan awam dalam dua era pentadbiran tersebut didapati telah mempengaruhi peningkatan jumlah kakitangan daripada kalangan warganegara PTM yang dilantik untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

Downloads

Published

2016-12-29

How to Cite

Sharif Adam, S. D. (2016). Rancangan Malayanisation dalam Dasar Pengambilan Kakitangan Awam di Persekutuan Tanah Melayu (1948 hingga 1970). MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa, 24. https://doi.org/10.51200/manu.v24i.516

Issue

Section

Artikel/Article
Total Views: 2239 | Total Downloads: 1617