DEIKSIS SOSIAL DALAM DIALEK MELAYU SABAH: SATU TINJAUAN AWAL

Social Deixis in Sabah Malay Dialect: A Preliminary Research

Authors

  • SAIDATUL NORNIS HAJI MAHALI
  • WINDDY KINDUO

DOI:

https://doi.org/10.51200/manu.v35i1.5164

Keywords:

Dialek Melayu Sabah, deiksis sosial, kosa kata, keragaman kata, Sabah, variasi etnik, Sabah Malay dialect, social deixis, vocabulary, word diversity, ethnic variation

Abstract

Abstrak Deiksis sosial merupakan salah satu konsep yang meneliti aspek makna dalam konteks tutur masyarakat yang dikemukakan oleh Huang (2014), dan ia dapat dikesan melalui perbendaharan kata. Perbendaharan kata mampu mendedahkan latar belakang penutur, budaya dan wilayah tutur bahasa berkenaan. Fenomena deiksis adalah kaedah yang paling terang untuk memperlihatkan kaitan antara konteks tutur dan bahasa dalam struktur bahasa itu sendiri. Titik tumpuan deiksis adalah terhadap penuturnya, maka secara tidak langsung akan dapat diketahui makna sesuatu kata, diketahui latar penutur, latar penuturan serta tempoh pengucapan sesuatu kata itu. Beracuankan teori Huang, maka hasil kajian ini telah dilaksanakan dalam konteks penutur dialek Melayu Sabah (DMS), yakni untuk meneliti kata-kata yang diguna oleh penutur-penutur DMS. Kajian ini telah dilakukan terhadap para guru di SMK Simpangan (SMKS), Beluran, Sabah melalui lima mesyuarat pengurusan, bermaksud kesemua rakaman berkenaan adalah peristiwa bahasa yang bercirikan ragam rasmi. Kesemua mesyuarat telah dirakam dan ditranskripsi dan dianalisis menggunakan perisian AntConc untuk memudahkan proses mengenal pasti leksikal DMS yang memiliki ciri-ciri DS. Hasil analisis mendapati terdapat tujuh leksikal DMS, iaitu kasi, anu, inda, bulih, tingu, pigi serta bisuk yang memaparkan elemen deiksis. Perkataan-perkataan berkenaan mempunyai perbezaan dari aspek sebutan dan ejaan, di samping wujud perbezaan makna dari segi konteks penggunaannya. Oleh yang demikian, dirumuskan bahawa kesemua kata yang memiliki DS itu berhasil menampilkan identiti penutur DMS, selain turut memperlihatkan kekayaan ragam kata yang wujud di Sabah.

 

Author Biographies

SAIDATUL NORNIS HAJI MAHALI

Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa,
Universiti Malaysia Sabah,
Jalan UMS, 88400,
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

WINDDY KINDUO

Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa,
Universiti Malaysia Sabah,
Jalan UMS, 88400,
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

References

Asmah Hj. Omar. (1991). Aspek bahasa dan kajiannya. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Huang, Yan. (2014). Pragmatics (2nd ed.). Oxford University Press.

Huang, Yan. (2016). Pragmatics: Language use in context. In Allan, K. (ed.). The Routledge Handbook of Linguistics (pp. 205-220). Routledge.

Johnny Tjia. (1992). Partikel-partikel dalam klausa, kalimat, dan wacana Melayu Ambon: Catatan pendahuluan. Cakalele, 3, 43-61.

Kamus Dewan. (2016). Edisi ke-5. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kartini Abd. Wahab. (2018). Ciri dan fungsi komunikatif Bahasa Melayu Sabah dalam media sosial. Malaysian Journal of Communication, 34(4), 58-74. doi.org/10.17576/JKMJC-2018-3404-04

Nik Safiah Karim. (2017). Sikap terhadap bahasa kebangsaan. Dlm. Nik Safiah Karim (ed.), Perancangan Bahasa: Ideologi Bahasa Melayu. (pp.42). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noriah Mohamed. (1998). Sosiolinguistik bahasa Melayu di Malaysia. Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Rosliah Kiting & Shira Eariy Janedeh. (2023). Pengaruh dialek terhadap penguasaan kemahiran komunikasi Bahasa Melayu standard pelajar bumiputera di UPSI. e-Jurnal Bahasa dan Linguistik (e-JBL), 5(2), 75-87.

Saidatul Nornis Hj. Mahali. (2012a). Pesona dialek Melayu Sabah. Universiti Malaysia Sabah.

Saidatul Nornis Hj. Mahali. (2012b). Perpaduan pelbagai etnik melalui bahasa Melayu. Jurnal Dewan Bahasa, 12(12), 14-18.

Saidatul Nornis Hj. Mahali. (2017). Kedudukan bahasa kebangsaan di Sabah. Dlm. Nik Safiah Karim (ed.), Perancangan Bahasa: Ideologi Bahasa Melayu (pp.150). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Saidatul Nornis Hj. Mahali. (2020). Repositori budaya dan kognitif menerusi leksikal sesuatu bahasa. Dlm. Halina Sendera Mohd Yakin, Rosmah Derak & Abdul Hair Beddu Asis (eds.), Pengajian Liberal dan Kelangsungan dalam Landskap Pendidikan Negara (pp. 83-106). Penerbit Universiti Malaysia Sabah.

Saidatul Nornis Hj. Mahali & Alice Alim. (2021). Kata-kata etnik sebagai identiti penutur dialek Melayu Sabah. International Journal of the Malay World and Civilisation, 9(3), 65-75. doi.org/10.17576/jatma-2021-0903-06.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2010). Pragmatik linguistik. Penerbit Universiti Malaya.

Winddy Kinduo & Saidatul Nornis Hj. Mahali. (2022). Peranan komunikatif deiksis sosial ‘bah’ dalam dialek Melayu Sabah. International Journal of the Malay World and Civilisation, 10(3), 39-50.

Published

2024-06-28 — Updated on 2024-06-30

Versions

How to Cite

MAHALI, S. N. H. ., & KINDUO, W. (2024). DEIKSIS SOSIAL DALAM DIALEK MELAYU SABAH: SATU TINJAUAN AWAL : Social Deixis in Sabah Malay Dialect: A Preliminary Research. MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa, 35(1), 47–67. https://doi.org/10.51200/manu.v35i1.5164 (Original work published June 28, 2024)
Total Views: 175 | Total Downloads: 44