Persepsi Kumpulan Multietnik di Sabah terhadap Etnik Diri

Authors

  • Chua Bee Seok Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial, Universiti Malaysia Sabah, Jln UMS, 88400 Kota Kinabalu
  • Jasmine Adela Mutang Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial, Universiti Malaysia Sabah, Jln UMS, 88400 Kota Kinabalu
  • Lailawati Madlan Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial, Universiti Malaysia Sabah, Jln UMS, 88400 Kota Kinabalu

DOI:

https://doi.org/10.51200/manu.v24i.519

Keywords:

Persepsi, etnik, stereotaip, prejudis dan diskriminasi

Abstract

Malaysia merupakan sebuah negara berpluraliti tinggi yang terkenal dengan keunikan budaya dan kepelbagaian etnik khususnya di Sabah dan Sarawak. Kemajmukan negara ini telah lama wujud dan kini sifat pluralitinya semakin berkembang setelah negara ini memasuki era pasca-moden. Disebabkan wujudnya kepelbagaian identiti bangsa dalam masyarakat Malaysia, maka semangat muhibah, hormat-menghormati, bekerjasama, bertoleransi dan pemahaman identiti bangsa sesuatu kelompok masyarakat terutamanya antara kelompok majoriti dan minoriti amat penting. Kajian ini dijalankan bertujuan mengupas pemahaman konsep stereotaip, prejudis dan diskriminasi dalam kalangan etnik utama (Kadazandusun, Bajau, Murut dan Cina) di Sabah dengan mengkaji bagaimanakah kumpulan etnik tertentu mempersepsikan etnik mereka sendiri dan persepsi etnik ini terhadap kumpulan etnik lain. Responden kajian ini terdiri daripada 36 ahli persatuan etnik yang mewakili empat kumpulan etnik yang berbeza (Kadazandusun, Bajau, Murut dan China) di Sabah. Data dikumpul melalui kaedah perbincangan kumpulan berfokus dan temu bual in-depth. Keputusan dan perbincangan dibentangkan dalam kertas kerja ini.

Downloads

Published

2016-12-29

How to Cite

Bee Seok, C., Mutang, J. A., & Madlan, L. (2016). Persepsi Kumpulan Multietnik di Sabah terhadap Etnik Diri. MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa, 24. https://doi.org/10.51200/manu.v24i.519

Issue

Section

Artikel/Article
Total Views: 2646 | Total Downloads: 7859