Peranan Guru Cemerlang Malaysia di Sekolah

Authors

  • Khaliza Saidin Fakulti Pendidikan dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia, Jitrah Kedah
  • Mohd Hasani Dali Fakulti Pendidikan dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia, Jitrah Kedah
  • Abdul Said Ambotang Fakulti Pendidikan & Psikologi, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu

DOI:

https://doi.org/10.51200/manu.v24i.521

Keywords:

Guru Cemerlang Malaysia, skim kenaikan pangkat, peranan guru cemerlang

Abstract

Guru Cemerlang Malaysia (GC) merupakan satu skim kenaikan pangkat bagi guru-guru yang menunjukkan kecemerlangan dengan mengekalkan mereka di bilik darjah tanpa kehilangan mereka sebagai pentadbir sekolah. GC ialah seseorang guru yang dikategorikan sebagai cemerlang dalam bidang kepakaran dan memiliki ciri-ciri kecemerlangan yang boleh membantu kecemerlangan sekolah, rakan sebaya dan para murid. Kajian ini menyiasat peranan yang dimainkan oleh GC terhadap rakan sekerja. Kaedah temu bual bersemuka dilakukan yang melibatkan sepuluh orang GC di salah sebuah negeri di Semenanjung Malaysia. Data dianalisis dengan mengenal pasti tema dan kategori. Dapatan kajian mendapati bahawa GC yang terlibat telah memainkan peranan dari sudut perkongsian ilmu pengetahuan dan kepakaran bidang, dari aspek profesional dan personal. Berdasarkan dapatan kajian, antara peranan yang dimainkan oleh peserta ialah seperti perkongsian kaedah-kaedah pengajaran yang berkesan, menarik di dalam kelas, penggunaan dan pembinaan soalan-soalan ujian dan peperiksaan yang pelbagai. Peserta kajian juga melaporkan berperanan sebagai jurulatih dan permentoran seperti penulisan kertas kerja dan penganjuran bengkel-bengkel di sekolah. Kajian juga mendapati yang GC turut berperanan sebagai orang tengah dalam menyelesaikan isu dalam kalangan guru dan pentadbir dan orang rujukan bagi masalah peribadi yang dihadapi oleh guru di sekolah mereka. Berdasarkan kepada dapatan kajian ini, disarankan agar lebih banyak sokongan diberikan kepada Guru Cemerlang bagi menggalakkan mereka memainkan peranan sebagai Guru Cemerlang di sekolah.

Downloads

Published

2016-12-29

How to Cite

Saidin, K., Dali, M. H., & Ambotang, A. S. (2016). Peranan Guru Cemerlang Malaysia di Sekolah. MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa, 24. https://doi.org/10.51200/manu.v24i.521

Issue

Section

Artikel/Article
Total Views: 8734 | Total Downloads: 7761