Pengalaman Terhadap Perlakuan Jenayah dan Keselamatan Pekerja Perusahaan Rumpai Laut di Semporna, Sabah: Satu Penemuan

Authors

  • Nor Ina Kanyo Unit Penyelidikan Etnografi dan Pembangunan, Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah, 88400, Jln UMS, Sabah
  • Ahmad Tarmizi Abdul Rahman Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, 88400, Jln UMS, Sabah

DOI:

https://doi.org/10.51200/manu.v24i.522

Keywords:

Perlakuan jenayah, pekerja, rumpai laut, Semporna, Sabah

Abstract

Pelakuan jenayah merupakan permasalahan sosial yang menimbulkan kebimbangan pelbagai pihak, sama ada di pihak pembuat dasar atau masyarakat secara keseluruhannya. Peningkatannya adalah selari dengan kemajuan pembangunan dan perkembangan perbandaran sesuatu wilayah. Kajian tentang jenayah lazimnya dilakukan di kawasan bandar dan kajian daripada pelbagai disiplin ilmu di Malaysia masih kurang. Kekurangan pengkajian jenayah di negara ini daripada pelbagai aspek yang merentasi ruang wilayah menjadi antara penyumbang kepada kelemahan mengatasi permasalahan jenayah di negara ini. Justeru, kajian jenayah berasaskan disiplin geografi telah diperluaskan skop dan ruang lingkupnya merentasi wilayah bandar dan luar bandar. Makalah ini mengetengahkan penemuan awal kajian terhadap perlakuan jenayah dalam perusahaan rumpai laut di daerah Semporna, Sabah yang merupakan antara kawasan yang dikenal pasti dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program National Key Economic Areas (NKEAs) bagi strategi pembasmian kemiskinan dan pemerkasaan pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara hasil daripada kedudukan geografi yang strategik dan kekayaan khazanah alamnya. Bagi memudahkan perbincangan, pengalaman terhadap perlakuan jenayah dalam kalangan pekerja perusahaan rumpai laut di daerah kajian diketengahkan. Kajian ini bukan sekadar mendedahkan perlakuan dan pengalaman terhadap perlakuan jenayah dalam kalangan pekerja perusahaan rumpai laut, tetapi juga sebagai sumber rujukan bagi kajian jenayah bagi konteks kawasan kajian.

Downloads

Published

2016-12-29

How to Cite

Kanyo, N. I., & Abdul Rahman, A. T. (2016). Pengalaman Terhadap Perlakuan Jenayah dan Keselamatan Pekerja Perusahaan Rumpai Laut di Semporna, Sabah: Satu Penemuan. MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa, 24. https://doi.org/10.51200/manu.v24i.522

Issue

Section

Artikel/Article
Total Views: 668 | Total Downloads: 3372