Simbol Binatang Ternakan dan Konsep Artifak sebagai Manifestasi Identiti Budaya dan Identifikasi Etnik Peribumi Sabah: Satu Kajian dari Perspektif Komunikasi

Authors

  • Halina Sendera Mohd. Yakin Pusat Penataran Ilmu & Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu
  • Andreas Totu Pusat Penataran Ilmu & Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu
  • Rosmah Derak Pusat Penataran Ilmu & Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu

DOI:

https://doi.org/10.51200/manu.v24i.523

Keywords:

Identiti budaya, identifikasi etnik, etnik peribumi, Sabah, simbol, artifak, komunikasi bukan lisan

Abstract

Pemaparan identiti budaya serta identifikasi etnik masyarakat di Sabah menerusi manifestasi dan signifikasi simbol serta objek yang diaplikasikan dalam kehidupan berbudaya masyarakat adalah inti pati makalah ini. Penelitian bersifat kualitatif berkenaan mengaplikasikan teknik pengamatan dan temu bual mendalam selain kaedah kepustakaan. Bertunjangkan perspektif komunikasi khususnya komunikasi bukan lisan, penulis mendeskripsikan dan mensignifikasikan makna, fungsi dan kepentingan simbol serta artifak terhadap tiga etnik peribumi Sabah, iaitu Dusun, Bajau dan Murut. Selain berfungsi sebagai identifikasi etnik, simbol binatang ternakan serta artifak seperti lembu, kerbau, kuda, ikan, gong, tajau dan perahu juga turut memaparkan nilai-nilai sosial, material serta spiritual yang melingkari kehidupan berbudaya etnik-etnik berkenaan. Makalah ini diharap mampu memberi sumbangan positif dalam usaha mempromosi dan melestarikan unsur kebudayaan masyarakat terbabit.

Downloads

Published

2016-12-29

How to Cite

Mohd. Yakin, H. S., Totu, A., & Derak, R. (2016). Simbol Binatang Ternakan dan Konsep Artifak sebagai Manifestasi Identiti Budaya dan Identifikasi Etnik Peribumi Sabah: Satu Kajian dari Perspektif Komunikasi. MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa, 24. https://doi.org/10.51200/manu.v24i.523

Issue

Section

Artikel/Article
Total Views: 1267 | Total Downloads: 4550