PEMBAHARUAN PERUNDANGAN TANAH OLEH PENTADBIR BRITISH DI PERAK DAN KESANNYA KE ATAS PEMILIKAN TANAH ORANG MELAYU: KAJIAN KES DI KINTA, 1874-1941.

Authors

  • NUR AIN MOHAMMAD MOKHTAR Bahagian Sejarah, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia
  • SITI NOOR HAFIZAH MOHAMED SHARIF Universiti Sains Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.51200/manu.v37i1.5732

Keywords:

perundangan tanah British, orang Melayu, isu kehilangan tanah, Kinta

Abstract

Abstrak  Artikel ini membincangkan mengenai pembaharuan sistem pemilikan tanah negeri Perak dan kesannya ke atas orang Melayu di Kinta. Sebelum British memperkenalkan perundangan tanahnya, orang Melayu di Perak telah pun memiliki undang-undang tradisionalnya yang tersendiri. Namun, terdapat dalam kalangan pentadbir kolonial yang menolak kewujudan peraturan-peraturan tanah dalam undang-undang tradisional ekoran tidak terdapat sebarang dokumen pendaftaran tanah secara bertulis yang dapat mengesahkan peraturan-peraturan tanah ini benar-benar diamalkan oleh orang Melayu di Perak. Kesimpulan-kesimpulan yang muncul daripada tafsiran pentadbir-pentadbir kolonial ini kemudiannya telah mendorong British untuk memperkenalkan perundangan tanah baharu yang lebih sesuai dengan sistem ekonomi British. Namun, selepas pelaksanaan perundangan tanah British, telah timbul isu kehilangan tanah dalam kalangan orang Melayu. Isu ini sering kali dikaitkan dengan sikap orang Melayu suka berhutang. Hal ini menyebabkan British menguatkuasakan Enakmen Tanah Simpanan Melayu (TSM) 1913. Di Kinta, enakmen ini dikuatkuasakan pada tahun 1915 bagi menyelesaikan isu kehilangan tanah dalam kalangan orang Melayu. Sungguhpun demikian, didapati bahawa isu kehilangan tanah orang Melayu masih berlaku sekali pun selepas penguatkuasaan TSM oleh pentadbir British. Kegagalan ini telah menimbulkan persoalan, apakah isu hutang orang Melayu merupakan punca utama kehilangan tanah orang Melayu di Kinta. Kajian ini mendapati punca utama kepada isu ini bukanlah kerana sikap orang Melayu suka berhutang. Sebaliknya, isu ini berpunca daripada peraturan sewa tanah yang termaktub di bawah perundangan tanah British. Artikel ini telah menggunakan pendekatan sejarah berdasarkan analisis sumber-sumber primer yang terdiri daripada rekod rasmi British seperti The Perak Government Gazette, Federated Malay States Government Gazette, dan Laporan Banci.

Author Biographies

NUR AIN MOHAMMAD MOKHTAR, Bahagian Sejarah, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia

Bahagian Sejarah,
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan,
Universiti Sains Malaysia,
11800 Minden, Pulau Pinang, Malaysia.

SITI NOOR HAFIZAH MOHAMED SHARIF, Universiti Sains Malaysia

Bahagian Sejarah,
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan,
Universiti Sains Malaysia,
11800 Minden, Pulau Pinang, Malaysia.

References

A Rahman Tang Abdullah. (2018). Transisi Ekonomi Dalam Masyarakat Melayu: Ekonomi Wang Era Permulaan Kapitalisme di Tanah Melayu. Jurnal Kinabalu, 21, 97-125.

Ahmad Nazri Abdullah. (1985). Melayu dan Tanah. Petaling Jaya: Media Intelek.

Andaya, B. W. dan Andaya, L. Y. (1982). A History of Malaysia. Edisi ke-2, London and Basingstoke: The Macmillan Press Ltd.

Anderson, J. (1824). Political and Commercial Considerations Relative to the Malayan Peninsula and the British Settlements in the Straits of Malacca. British Goverment: Printed under authority of Government by William Cox.

Ani Ahmad. (2000). Tanah Rizab Melayu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Satu Kajian Kes Terhadap Aspek Perumahan di Kampung Dato' Keramat. Tesis Sarjana. Universiti Malaya.

Azizah Kassim. (1985). Politics Of Accommodation: A Case Study of Malay'squatters in Kuala Lumpur. Tesis PhD. Universiti of London.

CO 438: Annual Report on the Social and Economic Progress of the People of Perak, 1888-1938. Perpustakaan Hamzah Sendut 1: Universiti Sains Malaysia. (on microfilm 1488).

Federated Malay States (F.M.S) Government Gazette, 1909-1941.

Hale, A. (1885). On Mines and Miners in Kinta. JMBRAS: Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society, 16, 303-320.

Jelani Harun. (2008). Undang-Undang Kesultanan Melayu dalam Perbandingan. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Jomo, K. S. (1990). Growth and Structural Change in the Malaysian. London: Palgrave Macmillan.

Lim, Teck Ghee. (1976). Origins of a Colonial Economy: Land and Agriculture in Perak, 1874-1897. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Maxwell, W. E. (1884). The Law and Customs of the Malays with Reference to The Tenure of Land. JSBRAS: Journal of the Straits Branch of the Royal Asiatic Society, 13, 75-220.

Nik Haslinda Nik Hussain. (2011). Pentadbiran Kolonial dan Isu Pemilikan Tanah di Kelantan, 1881-1941. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Noor Aisha Abdul Rahman. (2006). Colonial Image of Malay Adat Laws: A Critical Appraisal of Studies on Adat Laws in the Malay Peninsula during the Colonial Era and Some Continuities. Leiden: Brill.

Rigby, J. (1929). Law: Part II, The Ninety-Nine Laws of Perak. Kuala Lumpur: F.M.S Govt. Press.

Siti Noor Hafizah. (2019). Penghijrahan Masyarakat Melayu Ke Kerian, Perak, 1816-1941. Tesis PhD. Universiti Sains Malaysia.

Siti Noor Hafizah. (2023). Pengaruh Islam Dalam Ekonomi Melayu Tradisional Perak Sebelum Penjajahan British (Kurun Ke-16 – 19 Masihi). MANU: Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, 34 (1), 42-62.

The Perak Government Gazette, 1888-1902.

Ummadevi Suppiah dan Sivachandralingam Sundara Raja. (2016). The Chettiar Role in Malaysia’s Economic History. Kuala Lumpur: Universiti Malaya

Ummadevi Suppiah. (2013). Kegiatan peminjaman wang chettiar di Tanah Melayu, 1896-1957. Tesis PhD. Universiti Malaya

Winstedt, R. O. (1953). Old Malay Legal Digest and Malay Customary Law. JMBRAS: Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society, 1, 17-29.

Wong, David. (1975). Tenure and Land Dealings in The Malay State. Singapore: Singapore University Press.

Published

2026-01-30

How to Cite

MOKHTAR, N. A. M. ., & MOHAMED SHARIF, S. N. H. (2026). PEMBAHARUAN PERUNDANGAN TANAH OLEH PENTADBIR BRITISH DI PERAK DAN KESANNYA KE ATAS PEMILIKAN TANAH ORANG MELAYU: KAJIAN KES DI KINTA, 1874-1941. MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa (PPIB), 37(1), 72–86. https://doi.org/10.51200/manu.v37i1.5732
Total Views: 27 | Total Downloads: 14