KETOKOHAN ZAKARIA GUNN DALAM PEMBANGUNAN MASYARAKAT SABAH: MEMBENAM KEJUMUDAN, MEMBANGUN SEMANGAT PENCERAHAN
Keywords:
Historiografi nasional, historiografi kolonial, sejarah dari bawah, sejarah lisanAbstract
Telusuran terhadap historiografi nasional menyaksikan pendokumentasian pengalaman bersifat kebangsaan dalam kalangan masyarakat Malaysia sudah lama diaplikasikan agar matlamat menghadirkan “historiografi nasional” sebagai wacana tandingan kepada “historiografi kolonial” dapat direalisasikan. Walau bagaimanapun, kecenderungan tersebut tidak bersifat meluas kerana budaya penulisan biografi lebih banyak dipraktikan dalam kehidupan masyarakat di Semenanjung, sekaligus mempengaruhi pemaknaan “historiografi nasional” yang lebih berorientasikan “semenanjung centrik” atau “Melayu centrik”. Perkara ini perlu “difikirulang” memandangkan “historiografi nasional” adalah mengenai idea keseluruhan bangsa Malaysia yang seharusnya tidak dibatasi oleh pemisahan wilayah, pembangunan fizikal dan juga ideologi politik. Justeru, saintis sosial dan kemanusiaan di Malaysia bukan sahaja perlu memperluaskan tema penulisan dan pengaplikasian metod pengkajian, tetapi juga wilayah penelitian agar “historiografi nasional” yang disebarluaskan kepada bangsa Malaysia adalah “demokratik” sifatnya. Atas sebab itu, penulisan “sejarah dari bawah” perlu digerakkan bagi mengimbangi pendokumentasian “sejarah dari atas” manakala pemaparan “sejarah orang-orang besar” boleh dilengkapkan dengan mengetengahkan “sejarah orang biasa”. Begitu pula dengan pemusatan kepada penggunaan sumber dokumen sebagai paksi penulisan sejarah wajib diimbangi dengan pengaplikasian metod sejarah lisan yang dilihat lebih manusiawi dan mampu berfungsi menghadirkan semangat pembebasan dalam konteks “historiografi nasional”.
References
Abdullah Hussain (a). 1976. Tun Datu Mustapha Bapa Kemerdekaan Sabah. Kuala Lumpur: M.F.I.
Ahmat Adam. (2014). Melayu, Nasionalisme Radikal, Pembinaan Bangsa. Kuala Lumpur: Universiti Malaya Daily Express. AGABA Protes Budaya Kuning. 1966.
Dg. Noor Nina Shakinah Awang. (2016). Datuk Haji Zakaria Gunn (1912-1994). (Bahan Tidak Diterbitkan – Tesis Sarjana Muda). Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
Ismail Yusoff. (2004). Politik Dan Agama Di Sabah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kinabalu Times. Angkatan Gaya Baru (AGABA) Jadi Pelopor. 1961.
Kinabalu Times. Kent Lanchar Minggu Bahasa. 1966.
Majalah Majlis Silaturahim Persatuan Kemasyarakatan Melayu Tawau 2012: Kesinambungan Perjuangan Masyarakat Melayu Tawau, Tawau. (2012).
Sabah Times. Cheramah AGABA Sentuh Vursiti Dan Mata Pelajaran Kebangsaan. Oktober 1968.
Sabihah Osman (a). 1983. Malaya Muslim Political Participation in Sarawak and Sabah (1841-1951). (Bahan Tidak diterbitkan – Tesis Phd). Hull: University of Hull.
Sabihah Osman Dan Nordi Achie. (2011). Pelopor Persuratkhabaran Sarawak Dan Tokoh- Tokoh Sosiobudaya – Persuratan Sabah. Dlm. Abdul Rahman Ismail Dan Mahani Musa (Ed.), Akhbar Dan Tokoh Persuratkhabaran Malaysia Kurun Ke-20. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Sabihah Osman. (1985). Pentadbiran Pribumi Sabah 1881-1941. Kajian Etnografi Sabah Bil. 9. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sabihah Osman. (1990). Perkembangan Pelajaran Bumiputera Sarawak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Sabihah Osman. (2008). Pembangunan Politik Sabah: Satu Penelusuran Sejarah. Jurnal Kinabalu. Bil. 14.
Senarai Nama Ahli Jawatankuasa Acara Seminar Bahasa, AGABA. 1967.
Siti Aidah Lokin. (2007). Perubahan Sosioekonomi Dan Pentadbiran Masyarakat Peribumi Sabah (1881-1963). Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
Surat Awangku Amat Kepada Zakaria Gunn. 29 Januari 1947.
Surat Hussairi Hassan, Mohamad Othman Dan Dahlan Othman Kepada Zakaria Gunn. 29 April 1947.
Surat PKML Kepada Pegawai Daerah. 25 Februari 1947.
Surat Setiausaha PKMJ Kepada Konsulat Republik China, Jesselton. 7 Januari 1947.
Surat Tengku Noordin Berkenaan Pemberitahuan Kepada Ahli-Ahli PKML. 7 Januari 1947. Surat Tengku Noordin Kepada Abu Bakar. 22 Ogos 1946.
Surat Tengku Noordin. Pemuda-Pemuda Dan Pemudi-Pemudi Melayu Labuan. 20 Ogos 1946.
Swain, D.C. (1965). Problems for Practitioners of Oral History. The American Archivist.
Vol. 28(1): 63-69.
Temubual Eko Prayitno Joko Bersama Nora Zakaria Gunn. (9 Mei 2015). Kampung Likas, Kota Kinabalu.
Temubual Eko Prayitno Joko Dengan Yusak Sadi. (26 Mei 2016). Kampung Likas.
Published
How to Cite
Issue
Section
License
All right reserved. No part of this publication can be reproduced without prior written permission of the copyright holder. The written permission of the copyright holder must be obtained before any parts of this publication is stored in a retrieval system of any nature.
Requests for permission to duplicate an article, review or part of this journal should be addressed to the Chief Editor, MANU, Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.