ELEMEN PEMIKIRAN DALAM NOVEL KOMSAS TINGKATAN 5 BERDASARKAN TEORI SPB4K

Elements of Thought in Novel KOMSAS Level 5 Based on Theory SPB4K

Authors

  • ROHAYATI JUNAIDI
  • MADIAWATI MAMAT @ MUSTAFFA
  • NORAZIMAH ZAKARIA

DOI:

https://doi.org/10.51200/manu.v36i1.6493

Keywords:

Novel, pemikiran, KOMSAS, Teori SPB4K, watak dan perwatakan, thoughts, theory SPB4K, character and characteristic

Abstract

Abstrak Karya sastera merupakan wadah penting bagi penulis untuk menyampaikan pelbagai bentuk pemikiran yang dapat memberikan ilmu dan manfaat kepada masyarakat. Aspek yang digarap dalam karya sastera amat signifikan untuk diteliti kerana masyarakat dapat mengetahui aspek-aspek yang memberi kesan terhadap pembangunan masyarakat. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis aspek pemikiran yang terkandung dalam novel-novel Komponen Sastera (KOMSAS) Tingkatan 5, iaitu Bimasakti Menari (2015) karya Sri Rahayu Mohd Yusop, Tirani (2015) karya Beb Sabariah, Silir Daksina (2010) karya Nizar Parman, dan Songket Berbenang Emas (2016) karya Khairuddin Ayip. Kajian ini mengaplikasikan pendekatan kualitatif dengan kaedah analisis kandungan dan kajian kepustakaan. Kaedah ini dipilih kerana pengumpulan dan penganalisisan data berpaksikan kandungan teks yang dianalisis menggunakan Teori Struktur Pemikiran Bersepadu Empat Komponen (SPB4K) yang diperkenalkan oleh Mohd Yusof Hasan (2012). Teori SPB4K merangkumi empat dimensi utama pemikiran, iaitu pemikiran kerohanian, pemikiran kebitaraan, pemikiran kesaintifikan dan pemikiran kekreatifan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa watak, perwatakan dan peristiwa yang digambarkan dalam teks-teks KOMSAS yang dikaji sarat dengan elemen pemikiran kesaintifikan, kekreatifan, kebitaraan dan kerohanian. Keempat-empat dimensi pemikiran ini berperanan sebagai wahana penting dalam pembentukan modal insan melalui karya sastera. Hal ini diperlihatkan menerusi pemaparan nilai agama yang bertunjangkan al-quran dan sunnah, watak dan perwatakan yang memiliki ciri-ciri individu cemerlang, pelbagai ilmu pengetahuan sebagai nilai tambah dan nilai kreativiti dalam pembentukan karya. Namun, aspek kerohanian dan kebitaraan yang paling dominan dalam keempat-empat teks KOMSAS. Penerapan keempat-empat elemen pemikiran tersebut diharap dapat memberi nilai tambah dalam pembangunan modal insan dalam kalangan generasi muda. Kesimpulannya, teks KOMSAS yang dipilih sebagai teks KOMSAS mengandungi pelbagai bentuk pemikiran yang lahir daripada buah fikiran dan kreativiti penulis. Pemikiran-pemikiran ini berperanan sebagai wadah untuk menyampaikan maklumat, nilai dan ilmu pengetahuan kepada pembaca.

Abstract Literary works serve as a vital medium for writers to convey various forms of thought that can impart knowledge and provide benefits to society. The elements embedded in literature are significant for academic inquiry, as they offer insights into values and ideas that influence societal development. Accordingly, this study aims to analyse the dimensions of thought embedded in selected Form Five literary component (KOMSAS) novels, namely Bimasakti Menari (2015) by Sri Rahayu Mohd Yusop, Tirani (2015) by Beb Sabariah, Silir Daksina (2010) by Nizar Parman, and Songket Berbenang Emas (2016) by Khairuddin Ayip. This study applies a qualitative approach using content analysis and literature review methods. These methods were selected as the data collection and analysis are centred on the textual content of the novels, guided by the Theory of Integrated Thought Structure with Four Components (SPB4K) proposed by Mohd Yusof Hasan (2012). The SPB4K theory comprises four main dimensions of thought: spiritual thought, exemplary thought, scientific thought, and creative thought. The findings indicate that the characters, characterisation, and events portrayed in the selected KOMSAS texts are rich with elements of scientific, creative, exemplary, and spiritual thought. These four dimensions serve as crucial instruments in shaping human capital through literary works. This is evident in the portrayal of religious values rooted in the Qur’an and Sunnah, characters with exemplary traits, the inclusion of diverse forms of knowledge as value-added elements, and creative expression in literary construction. However, spiritual and exemplary thoughts emerged as the most dominant aspects across all four novels. The integration of these four elements is hoped to contribute added value to the development of human capital among the younger generation. In conclusion, the KOMSAS text selected showcases diverse perspectives originating from the author’s intellectual insights and creative expression. These elements function as effective vehicles for transmitting knowledge, values, and information to readers.

Author Biographies

ROHAYATI JUNAIDI

Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim, Perak

MADIAWATI MAMAT @ MUSTAFFA

Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya,
50603 Kuala Lumpur

NORAZIMAH ZAKARIA

Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim, Perak

References

Beb Sabariah. (2015). Tirani. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Farra Humairah Mohd. (2018). Pemikiran dalam cerpen kanak-kanak pilihan dari tahun 2012 hingga 2015. (Tesis Doktor Falsafah). Sedang: Universiti Putra Malaysia.

Farra Humairah Mohd. & Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi. (2016). Pemikiran kerohanian dalam cerpen kanak-kanak pilihan mutakhir kesan positif kepada kanak-kanak. Journal of Malay Language, Education and Literature, 7, 35-51.

Hashim Musa, Normahdiah Sheik Said, Rozita Che Rodi & Siti Sarah Ab Karim. (2012). Hati budi Melayu: Kajian keperibadian sosial Melayu ke arah penjanaan Melayu gemilang. GEMA Online™ Journal of Language Studies, 12 (1), 163-182.

Hasrina Baharum & Nordiana Hamzah. (2017). Teks KOMSAS sebagai sumber pembelajaran dan pengajaran peribahasa melayu melalui pendekatan kontekstual. Proceedings of the International Conference on the Teaching and Learning of Languages (ICTLL), 151-165.

Kaithiri Arumugam, Rohaya Md Ali & Phat Awang Deng. (2020). Pemikiran Siti Zainon Ismail dalam buku bergambar kanak-kanak Siri Sahabat Siti Kecil. Journal of Educational Research and Indigenous Studies, 1 (1), 1-15.

Khairuddin Ayip. (2016). Songket Berbenang Emas. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mahaletchimi Balakrishnan. (2010). Pemikiran bersepadu dalam prosa Melayu tradisional komsas. [Tesis PHD Sastera Melayu]. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Putra Malaysia.

Marzalina Mansor, Nor Hafidah Ibrahim & Hasmawati Hassan. (2017). Pemikiran dalam novel Sebalik Yamashita dan Percivel. International Seminar on Generating Knowledge Through Research, UUM-UMSIDA, 25-27 Oktober, Universiti Utara Malaysia, Malaysia ISSN. 2548-6160.

Mohamed Hatta Shaharom. (2022). Sastera tanpa sains tiada kemajuan, sains tanpa sastera tiada keanggunan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Yusof Hasan. (2007). Teori pemikiran pendidikan global. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mohd. Yusof Hasan. (2012). Minda Melayu global. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Nizar Parman. (2010). Silir Daksina. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Norazimah Zakaria, Naffi Mat, Hasrina Baharum & Minah Sintian. (2016). Unsur pemikiran kreatif masyarakat Melayu tradisi melalui teks sastera tulisan dan lisan terpilih. Journal of Social Science, 2, 67-74.

Nor Huda Ahmad Razali & Norazimah Zakaria. (2018). Pemikiran Puteri Sa’dung dalam Hikayat Seri Kelantan. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 11 (1), 70-87.

Normaizatul Anis Ahmad & Halis Azhan Mohd Hanafiah. (2019). Pemikiran Islam dalam konteks sosioekonomi dalam kumpulan cerpen Cahaya Pelita Nurani. Jurnal Pengajian Melayu, 30, 167-187.

Nurhamizah Hashim, Eizah Mat Hussain, Asbah Razali & Natasah Mat Madmin. (2020). Pemikiran dalam novel Semanis Kyuho karya Ghazali Lateh. Jurnal Pengajian Melayu, 31, 151-168.

Othman Puteh. (2010). Cerpen Melayu selepas perang dunia kedua. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Puteri Roslina Abdul Wahid, Nurul Fatin Zulkarnaini, Nur Azimah Bukhari & Nurul Haniza Samsudin. (2018). Khazanah Melayu serumpun dalam era baharu. Dlm. Indirawati Zahid, Norhayati Ab Rahman & Pramono, (Eds.), Pemikiran masyarakat Melayu dalam pantun terkini: Analisis pantun-pantun dalam media sosial (twitter) (pp.37-55). Kuala Lumpur: Pusat Kajian Kecemerlangan Melayu, Universiti Malaya.

Samsina Abdul Rahman. (1990). Puisi-puisi sayembara anugerah puisi Putra: Kajian pemikiran dan nilai estetik. (Tesis sarjana). Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Siti Khariah Mohd. Zubir. (2011). Pemikiran pengarang dalam Novel Jeriji Kasih karya Ramlah Abdul Rashid. Jurnal Pusat Penataran Ilmu & Bahasa, 17, 147-169.

Siti Khariah Mohd. Zubir & Nur Aisyah Abdullah. (2015). Pemikiran Khadijah Hashim dalam novel Badai Semalam dan Laila Azwa Gadisku untuk membangunkan sahsiah belia. Jurnal Bahasa dan Sastera Melayu, 5, 145-173.

Sri Rahayu Mohd Yusop. (2012). Bimasakti Menari. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Sohaimi Abdul Aziz. (2014). Teori dan kritikan sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zaitul Azma Zainon Hamzah & Ahmad Fuad Mat Hassan. (2011). Bahasa dan pemikiran dalam peribahasa Melayu. GEMA Online™ Journal of Language Studies, 11(3), 31-51.

Published

2025-06-17

How to Cite

ROHAYATI JUNAIDI, MADIAWATI MAMAT @ MUSTAFFA, & NORAZIMAH ZAKARIA. (2025). ELEMEN PEMIKIRAN DALAM NOVEL KOMSAS TINGKATAN 5 BERDASARKAN TEORI SPB4K: Elements of Thought in Novel KOMSAS Level 5 Based on Theory SPB4K. MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa, 36(1). https://doi.org/10.51200/manu.v36i1.6493
Total Views: 58 | Total Downloads: 67