Imigran Jepun di Sabah Pasca Perang Dunia Kedua: Satu Tinjauan dari Aspek Hubungan Etnik

Authors

  • Md. Saffie Abdul Rahim

DOI:

https://doi.org/10.51200/manu.v22i.7

Abstract

Kedatangan pemodal Jepun pada tahun 1884 menjadi titik permulaan kewujudan minoriti imigran Jepun di Sabah. Imigran Jepun yang bermigrasi membawa bersama dialek bahasa serta budaya yang pelbagai dan berbeza dengan masyarakat di Sabah. Tambahan pula pelbagai peristiwa semasa yang melibatkan Jepun seperti Perang Cina-Jepun 1894–1895, Perang Cina-Jepun 1937–1945 dan pendudukan mereka di Asia Tenggara (1941–1945) menyebabkan sentimen anti-Jepun sentiasa berlaku. Walaupun selepas perang dan setelah Sabah mencapai kemerdekaan, hubungan etnik masyarakat Jepun di Sabah tetap terjalin akrab. Jumlah masyarakat Jepun pasca Sabah merdeka, sama ada sebagai pelawat atau pemastautin mengalami peningkatan yang berterusan. Justeru, kajian ini bertujuan menganalisis hubungan etnik imigran Jepun di Sabah bermula dari tahun 1945 hingga 1980-an. Penyelidikan ini disempurnakan dengan menggunakan kajian perpustakaan dan temu bual. Kaedah penyelidikan perpustakaan dilakukan melalui sumber primer dalam bentuk dokumen bertulis dan surat khabar yang diperoleh daripada Arkib Negeri Sabah dan British National Archives (London). Temu bual digunakan bagi membolehkan usaha dokumentasi fakta yang tidak terdapat dalam bentuk sumber penulisan diperoleh. Melalui analisis dan kaedah penyelidikan yang digunakan, kajian ini mendapati masyarakat Jepun di Sabah tidak bersifat asimilasi sepenuhnya tetapi hanya bersifat masyarakat majmuk sahaja.

Downloads

Published

2016-01-21

How to Cite

Abdul Rahim, M. S. (2016). Imigran Jepun di Sabah Pasca Perang Dunia Kedua: Satu Tinjauan dari Aspek Hubungan Etnik. MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa, 22. https://doi.org/10.51200/manu.v22i.7

Issue

Section

Artikel/Article
Total Views: 924 | Total Downloads: 3148