INTERPRETASI LAKUAN ILOKUSI BAHASA SEARLE (1969) DALAM TEKS UCAPAN MENTERI PENDIDIKAN SEMPENA HARI GURU 2025

Authors

  • SARA BEDEN

DOI:

https://doi.org/10.51200/manu.v37i1.7381

Keywords:

Ilokusi, Direktif, Asertif, Ekspresif, Teks Ucapan

Abstract

Abstrak Lakuan bahasa merupakan tindakan sosial yang menentukan keberhasilan komunikasi dan hubungan antara individu yang sewajarnya disampaikan menerusi lakuan ilokusi yang jelas dan mudah difahami. Walau bagaimanapun,  penggunaan lakuan bahasa yang kurang jelas oleh penutur dalam sesebuah  wacana menyebabkan mesej tidak dapat dicakna dan dihadamkan  oleh pendengar sehingga mengekang usaha untuk memahami hajat komunikatif.  Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkategori dan menganalisis Lakuan Ilokusi Bahasa Searle (1969) dalam teks ucapan  Menteri Pendidikan Malaysia sempena sambutan Hari Guru bagi tahun 2025. Lakuan Ilokusi Bahasa Searle (1969) menggarisi lima lakuan bahasa, iaitu direktif, asertif, komisif, ekspresif dan deklaratif yang digunakan sebagai landasan kajian ini.  Kajian ini mengaplikasikan pendekatan kualitatif dengan kaedah analisis teks dan kajian kepustakaan. Hasil dapatan menunjukkan bahawa kelima-lima Lakuan Bahasa Searle  digunakan dengan signifikan dalam teks ucapan bagi menerbitkan kesan arahan, menzahirkan penegasan,  mengekspresikan penghargaan, memberikan komitmen dan menyatakan gelaran. Dapatan juga memperlihatkan bahawa dalam satu perkara wujud  lebih daripada satu lakuan ilokusi bagi memperlihatkan kepentingannya. Sementara penggunaan kata kerja dan kata bantu yang signifikan  oleh Menteri Pendidikan, menjadikan ilokusi bahasa lebih berkesan agar warga pendidikan mengambil tindakan bagi mewujudkan perubahan dalam bidang pendidikan. Kesimpulannya, kajian ilokusi memberikan impak yang signifikan bagi memanifestasikan hajat komunikatif dalam pelbagai wacana.

Author Biography

SARA BEDEN

IPG Kampus Tun Abdul Razak,
Jalan Datuk Mohd Musa,
94300  Kota Samarahan.

References

Abd Ganing Laengkang, Rohaidah Haron, & Razak Ab Karim. (2019). Ilokusi bahasa ekspresi Tun Dr. Mahathir: Kajian kes terhadap 40

artikel Chedet.CC. E-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan, 127–137.

Aminnudin Saimon, Lisa Licson, Nur Aisyah Mohamad Taufek, Siti Hajar Japar, & Siti Nor Asmira Razali. (2021). Ilokusi bahasa arahan dalam teks ucapan perdana menteri berkaitan perintah kawalan pergerakan (PKP). PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, 12(1), 63–78.

Austin, J. L. (1962). How to do things with words. Oxford University Press.

Bach, K., & Harnish, R. M. (1979). Linguistics communication and speech acts. The MIT Press.

Cerny, M. (2007). On the function of speech acts in doctor-patient communication. Linguistica Online, 1–15. http://www.phil.muni.cz/linguistica/art/cerny/cer-001.pdf

Chaer, A., & Agustina, L. (2010). Sosiolinguistik. Rineka Cita.

Dylgjeri, A. (2017). Analysis of speech acts in political speeches. European Journal of Social Sciences Studies, 2(2), 19–26. https://doi.org/10.5281/zenodo.344518

Hanna, N., & Richards, D. (2019). Speech act theory as an evaluation tool for human-agent communication. Algorithms, 12(79), 1–17. https://doi.org/10.3390/a12040079

Harshita Aini Haroon, Noor Asliza Abdul Rahim, Noriha Basir, & Zaliza Zubir. (2020). Ilokusi ucapan Zahid Hamidi dalam PAU 2017 dan 2018. GEMA Online Journal of Language Studies, 20(2), 96–114.

Idris Aman. (2004). Bahasa dan kepimpinan: Pengkhalayakan wacana Perdana Menteri Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad. Jurnal Akademika, 65, 3–25.

Indirawati Zahid, & Muhammad Nasri Selamat. (2022). Lakuan ilokusi dalam kenyataan Perdana Menteri Singapura untuk mengekang penularan COVID-19. Jurnal Bahasa, 22(1), 77–104. https://doi.org/10.37052/jb22(1)no4

Jaafar Muhamad. (1995). Asas pengurusan. Penerbit Fajar Bakti.

Kamus dewan edisi keempat. (2019). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus dewan perdana. (2021). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khairunnisa Ahmad, & Lalu Nurul Yaqin. (2025). Analisis tindak tutur ilokusi dalam Titah KDYMM: Suatu kajian pragmatik. International Journal of Linguistics and Indigenous Culture, 3(3), 157–180. https://doi.org/10.36312/tdexwh32

Lerman, C. L. (1985). Media analysis of a presidential speech: Impersonal identity forms in discourse. In T. A. Van Dijk (Ed.), Discourse and communication: New approaches to the analysis of mass media discourse and communication (pp. 185–215). Walter de Gruyter.

Maisarah Ahmad Kamil, & Fatin Fatinah Shamshul Bahrn. (2020). A speech act analysis of the prime minister’s speech pertaining to the movement control order (MCO) to address the COVID-19 pandemic in Malaysia. International Journal of Modern Languages and Applied Linguistics, 4(4), 1–13.

Mey, J. L. (2001). Pragmatics: An introduction (2nd ed.). Blackwell.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa, & Abdul Hamid Mahmood. (2015).

Tatabahasa dewan edisi ketiga. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nor Azian Abdul Aziz. (2005). Analisis kesantunan berbahasa: Satu kajian kes [Tesis sarjana tidak diterbitkan]. Universiti Malaya.

Nura Siti Mufiah, & Muhammad Yazid Nur Rahman. (2018). Speech acts analysis of Donald Trump’s speech. Project (Professional Journal of English Education), 1(2), 125–132.

Nurul Afifah Adila Mohd Salleh, Maslida Yusof, & Karim Harun. (2021). Kajian lakuan bahasa di Malaysia: Analisis terhadap trend data. Jurnal Linguistik, 25(2), 96–110.

Sara Beden. (2023). Lakuan bahasa Bach & Harnish (1979) dalam teks Manifesto Parti Sarawak Bersatu (PSB) dalam PRN12. Jurnal Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, 44, 83–107.

Sara Beden. (2025). Lakuan bahasa Bach & Harnish (1979) dalam cerpen komsas bertajuk “Munsyi”. Jurnal Linguistik, 29(1), 80–98.

Searle, J. R. (1969). Speech acts: An essay in the philosophy of language. Cambridge University Press.

Searle, J. R. (1979). Expression and meaning. Cambridge University Press.

Wijana, P. D. (1996). Dasar-dasar pragmatik. Penerbit Andi.

Yule, G. (1996). Pragmatics. Oxford University Press.

Published

2026-04-21

How to Cite

BEDEN, S. (2026). INTERPRETASI LAKUAN ILOKUSI BAHASA SEARLE (1969) DALAM TEKS UCAPAN MENTERI PENDIDIKAN SEMPENA HARI GURU 2025. MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa (PPIB), 37(1), 146–166. https://doi.org/10.51200/manu.v37i1.7381
Total Views: 0 | Total Downloads: 0