HAK PEMILIKAN SUNGAI TULIN PENGIRAN ABDUL RAUF DI PANTAI BARAT UTARA BORNEO(1822-1898)

Authors

  • FATMAH SIDEK Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah
  • BILCHER BALA Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah

DOI:

https://doi.org/10.51200/manu.v37i2.7481

Keywords:

Kesultanan Brunei, Pengiran Abdul Rauf, Sungai Tulin, Kolonial British, Tanah Karambunai

Abstract

Abstrak Kajian ini meneliti isu hak pemilikan Sungai Tulin di pantai barat utara Borneo pada abad ke-19 dengan memberi tumpuan kepada kes Pengiran Abdul Rauf. Berdasarkan bukti dokumen seperti wasiat, perjanjian pajakan, watikah penganugerahan wilayah, dan salasilah keturunan, kajian ini mengupas fenomena pertindihan hak milik yang berlaku dalam kalangan elit tempatan serta implikasinya terhadap struktur pemilikan tanah tradisional. Permasalahan utama kajian tertumpu kepada pertikaian yang timbul susulan perjanjian pajakan bertarikh 20 November 1891 antara Pengiran Jalaludin dan pihak British North Borneo Company, yang mencetuskan persoalan tentang kesahihan pemilikan Sungai Tulin oleh Pengiran Abdul Rauf. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis sumber primer dan sekunder yang diperoleh daripada arkib seperti Arkib Negeri Sabah, Pusat Sejarah Brunei, serta koleksi peribadi waris keluarga. Dapatan kajian menunjukkan bahawa walaupun Pengiran Abdul Rauf memiliki beberapa Sungai Tulin seperti Sungai Kinarut, Sungai Menggatal dan Sungai Mengkabong, namun hak milik ke atas Sungai Mengkabong telah berpindah kepada kerabat lain dalam Kesultanan Brunei seawal tahun 1851. Selain itu, kajian ini turut mendapati bahawa campur tangan kuasa kolonial British telah mempercepatkan perubahan struktur pemilikan tanah, di mana beberapa Sungai Tulin akhirnya jatuh ke tangan pihak kolonial antara tahun 1883 hingga 1898. Kajian ini signifikan dalam menjelaskan dinamika pemilikan tanah tradisional, konflik elit tempatan, serta kaitannya dengan isu kontemporari seperti pertikaian hak milik dan tuntutan tanah Karambunai di Sabah.

Author Biographies

FATMAH SIDEK, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

BILCHER BALA, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

References

Abdul Karim Abdul Rahman. (1994). Brunei abad ke-19: Cabaran dan campur tangan British. Dalam M. A. Latif, H. Mohd Noor, & R. Ampal (Ed.), Brunei di tengah-tengah Nusantara. Bandar Seri Begawan: Pusat Sejarah Brunei.

Abdul Karim Abdul Rahman. (2008). Keruntuhan empayar Brunei abad ke-19: Satu kajian dari sudut ekonomi. Bandar Seri Begawan: Pusat Sejarah Brunei.

A Rahman Tang Abdullah, Pandikar Amin Mulia, & Mohd Sohaimi Esa. (2022). Status Perundangan Sabah Dalam Sejarah: Perubahan Dalam Pembentukan Entiti Politik Dalam Era Prakolonial Dan Kolonial: The Legal Status of Sabah in History: The Changes in the Formation of Political Entity in Pre-Colonial and Colonial Eras. MANU Journal of Humanities, 33(2), 175–192. https://doi.org/10.51200/manu.v33i2.4086

Awang Asbol Haji Mail. (2011). Kesultanan Melayu Brunei abad ke-19: Politik dan struktur pentadbiran. Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei.

Awang Asbol Haji Mail. (2012). Sejarah dan pensejarahan Brunei: Dinamika pembentukan dan transformasi. Bandar Seri Begawan: Pusat Sejarah Brunei.

Awang Asbol Haji Mail. (2008). Institusi Wazir, Ceteria dan Menteri pada abad ke-19. Sosiohumanika, 1(2), 79–114.

Awang Mohd. Jamil Al-Sufri. (1997a). Survival Brunei dari perspektif sejarah. Bandar Seri Begawan: Pusat Sejarah Brunei.

Awang Mohd. Jamil Al-Sufri. (1997b). Tarsilah Brunei II: Zaman kegemilangan dan kemasyhuran. Bandar Seri Begawan: Pusat Sejarah Brunei.

Awang Mohd. Jamil Al-Sufri. (2001). Tarsilah Brunei: Sejarah awal dan perkembangan Islam. Bandar Seri Begawan: Pusat Sejarah Brunei.

Awang Mohd. Jamil Al-Sufri. (2002). Sejarah Sultan-Sultan Brunei menaiki takhta. Bandar Seri Begawan: Pusat Sejarah Brunei.

Awang Mohd Jamil Al-Sufri. (2019, August 17). Temu bual di Pusat Sejarah Brunei.

Bala, B. (2005). Thalassocracy: A history of the medieval Sultanate of Brunei Darussalam. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah Press.

Black, I. D. (1983). A gambling style of government: The establishment of the Chartered Company’s rule in Sabah, 1878–1915. Oxford: Oxford University Press.

Black, I. D. (1968). The ending of Brunei rule in Sabah, 1878–1902. Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, 41(2), 185–187.

Brown, D. E. (1974). Brunei: The structure and history of a Bornean Malay Sultanate. American Anthropologist, 76(1), 123–135. https://doi.org/10.1525/aa.1974.76.1.02a00060

Colonial Office. (1822). Surat wasiat Pengiran Jalaludin kepada Pengiran Abdul Rauf (18 Rabiul Awal 1238).

Colonial Office. (1851). Watikah Penganugerahan Sungai Mengkabong (C.O. 874/40).

Colonial Office. (1877a). Grant by Pengiran Temenggung of Brunei of the Provinces of Kimanis and Benoni (29 December 1877).

Colonial Office. (1877b). Grant by Sultan of Brunei of territory comprising Gaya Bay and Sepanggar Bay (29 December 1877).

Colonial Office. (1877c). Grant by Sultan of Brunei of territories from Paitan to Sibuku Rivers (29 December 1877).

Colonial Office. (1877d). Grant by Sultan of Sulu of territories from Sulaman Rivers to Paitan River (29 December 1877).

Colonial Office. (1891). Grant of Mengkabong River, Karambunai, Menggatal, Api-Api, Kinarut and Inanam (C.O. 874/55, 20 November 1891).

Colonial Office. (1892). Memo by Creagh (C.O. 874/213, 14 February 1892).

Colonial Office. (1897). Grant of Kinarut and Dinawan (C.O. 874/54, 14 May 1897).

Colonial Office. (1898a). Grant of Menggatal, Mengkabong, Api-Api, Simbulan, Napas and Tembalang (C.O. 874/54, 23 March 1898).

Colonial Office. (1898b). Grant of Mengkabong (C.O. 874/54, 30 March 1898).

Colonial Office. (1898c). Grant of Menggatal (C.O. 874/54, 2 April 1898).

Colonial Office. (1898d). Grant of sovereign rights over Inanam, Menggatal, Api-Api, Membakut, Mengkabong and Kuala Lama (30 March 1898).

Crisswell, C. N. (1971). The establishment of a residency in Brunei (PhD thesis). University of Hong Kong.

Dalrymple, S. E. (1884). The Tawaran and Putatan Rivers, North Borneo. Journal of the Straits Branch of the Royal Asiatic Society, 13, 261–272.

Dalrymple, S. E. (1884). Report on the Putatan sub-district. Retrieved from https://archive.org

Dg. Junaidah Binti Awang Jambol, & Baszley Bee Bin Basrah Bee. (2021). Perjanjian Penyerahan Wilayah Utara Borneo 1865, 1877 Dan 1878: Tinjauan Awal Terhadap Perbandingan Intipati Perjanjian: North Borneo Territory Surrender Agreements 1865, 1877 And 1878: A Preliminary Review of The Comparison of The Contents in The Agreement. MANU Journal of Humanities, 32(1). 125-152. https://doi.org/10.51200/manu.v32i1.3323

Fatmah Sidek. (2018). Sejarah pentadbiran Pengiran Abdul Rauf di Borneo Utara, 1822–1898 (Tesis Sarjana). Universiti Malaysia Sabah.

Fadzil Abdul Ghani. (2024, February 20). Temu bual di Kg. Gayang, Tuaran, Sabah.

Irwin, G. (1986). Nineteenth century Borneo: A study of diplomatic rivalry. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pengiran Asmara Pengiran S. Osman. (2023, August 20). Temu bual di Kg. Rampayan, Menggatal.

Sarawak News. (1878). Straits Times Overland Journal. Retrieved from http://eresources.nlb.gov.sg

Singh, D. S. R. (2003). The making of Sabah, 1865–1941. Kuala Lumpur: University of Malaya Press.

Sweeney, P. L. Amin. (1968). Silsilah Raja-Raja Brunei. Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, 41(2), 1–82.

Tarling, N. (1971). Britain, the Brookes and Brunei. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

The British North Borneo Herald. (1883, June 1).

The British North Borneo Herald. (1883, July 1).

The British North Borneo Herald. (1885, September 1).

Treacher, W. H. (1889). British Borneo: Sketches of Brunei, Sarawak, Labuan and North Borneo. Journal of the Straits Branch of the Royal Asiatic Society, 20, 13–74.

Treggoning, K. G. (1958). Under Chartered Company rule: North Borneo 1881–1946. Singapore: University of Malaya Press.

Unit Salasilah, Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi. (1995). Salasilah Pengiran Temenggong Abdul Rauf. Bandar Seri Begawan: Pusat Sejarah Brunei.

Unit Salasilah, Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi. (1996). Salasilah Pengiran Pemanca Harimau Mohamad Daud. Bandar Seri Begawan: Pusat Sejarah Brunei.

Unit Salasilah, Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi. (2013). Salasilah Pengiran Abdul Rauf Ibnu Pengiran Abdul Rajit. Bandar Seri Begawan: Pusat Sejarah Brunei.

Wright, L. R. (1970). The origins of British Borneo. Hong Kong: Hong Kong University Press.

Yusry Sulaiman, Mosli Tarsat, & Rizal Zamani Idris. (2023). Pemerintahan Tradisional Semasa Zaman Sultan Abdul Momin Di Sungai Tuaran (1877-1885): Traditional Government During the Time of Sultan Abdul Momin in Tuaran River (1877-1885). MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa, 33(2), 147–174. https://doi.org/10.51200/manu.v33i2.4831

Published

2026-09-23

How to Cite

SIDEK, F., & BALA, B. (2026). HAK PEMILIKAN SUNGAI TULIN PENGIRAN ABDUL RAUF DI PANTAI BARAT UTARA BORNEO(1822-1898). MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa (PPIB), 37(2). https://doi.org/10.51200/manu.v37i2.7481
Total Views: 13 | Total Downloads: 8