Adat Kematian Masyarakat Borneo dan Asia: Satu Tinjauan Perbandingan dari Aspek Budaya dan Pendekatan Kajian

Authors

  • Halina Sendera Mohd. Yakin

DOI:

https://doi.org/10.51200/manu.v22i.9

Abstract

Makalah ini diupayakan untuk membuat analisis perbandingan terhadap literatur kesarjanaan berhubung adat kematian masyarakat Borneo dan Asia. Penelitian bersifat kualitatif ini mengaplikasikan teknik analisis kandungan berdasarkan kajian pustaka terhadap beberapa kajian terdahulu dalam bentuk tesis sarjana dan doktor falsafah, serta buku yang memperincikan adat kematian dalam masyarakat Borneo dan Asia.


Antaranya, masyarakat peribumi di Sabah, Sarawak, Indonesia dan Republik Rakyat Cina. Berpandukan kepada perspektif strukturalisme, tinjauan literatur berhubung kematian dalam kalangan masyarakat Borneo dan Asia memperlihatkan beberapa konsep sejagat berhubung aspek ritual dan persamaan dari sudut pendekatan penyelidikan sarjana berkenaan. Makalah ini diharap mampu memberi sumbangan positif terhadap masyarakat berkenaan dan para pengkaji serta ahli akademik dalam bidang tertentu.

Downloads

Published

2016-01-21

How to Cite

Mohd. Yakin, H. S. (2016). Adat Kematian Masyarakat Borneo dan Asia: Satu Tinjauan Perbandingan dari Aspek Budaya dan Pendekatan Kajian. MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa, 22. https://doi.org/10.51200/manu.v22i.9

Issue

Section

Artikel/Article
Total Views: 1877 | Total Downloads: 5601