MEMIKIR ULANG PERSOALAN POLITIK PEMBANGUNAN DALAM PRU-14: KAJIAN KES P. 169 KOTA BELUD
RETHINKING THE ISSUE OF POLITICAL DEVELOPMENT IN GE-14: CASE STUDY IN P. 169 KOTA BELUD
DOI:
https://doi.org/10.51200/ejk.vi.1646Keywords:
Pembangunan, PRU-14, calon, Kota Belud, Sabah, Development, GE-14Abstract
Makalah ini memberi tumpuan kepada usaha memikir ulang kepentingan politik pembangunan di kawasan P.169 Kota Belud menjelang tibanya Pilihan Raya Umum ke-14 kelak. Tema politik pembangunan dipilih kerana ia merupakan aspek penting dalam kemajuan sosioekonomi sesebuah kawasan khususnya bagi kawasan Kota Belud yang masih memerlukan pembangunan fizikal. Wujud tafsiran yang beragam dalam kalangan saintis sosial tentang definisi politik pembangunan namun kesatuan makna yang tidak mutlak berhubung tafsiran politik pembangunan, ialah suatu jenis perubahan yang berlangsung melalui para individu dan kelompok dalam sesebuah masyarakat menerusi suatu gerak kuasa untuk mencetuskan pembaikan dari segi kuantitatif dan kualitatif mengikut keadaan tertentu bagi kehidupan sosial. Keadaan sosiallah menjadi pemangkin kepada pembangunan untuk berlaku mengikut tahap literasi yang semakin celik dari masa ke masa. Jika diimbas dari segi geografi negeri Sabah, masih terdapat kawasan bandar kecil mahupun pedalaman yang memerlukan usaha pembangunan yang lebih jitu dari pihak pemerintah. Dalam Pilihan Raya Umum ke-13, Barisan Nasional (BN) telah dinafikan majoriti 2/3 di Parlimen seperti PRU-12, namun diselamatkan oleh negeri Sabah selaku sebuah negeri di Malaysia Timur yang sering menjadi benteng kepada mereka untuk mempertahankan diri bagi kekal menerajui tampuk pemerintahan di Malaysia dengan sumbangan 22 kerusi daripada 25 kerusi yang ada. Sebanyak 1,000 borang soal selidik diedarkan di tiga Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu N.06 Tempasuk, N.07 Kadamaian dan N.08 Usukan, diikuti sesi Focus Group Discussion (FGD) dengan penduduk tempatan yang mempunyai kearifan tentang senario politik di Kota Belud. Dapatan kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa sebelum parlimen dibubarkan pada 7 April 2018, isu pembangunan menjadi penanda aras utama kepada pengundi untuk membuang undi terhadap calon yang bakal mewakili mereka pada Pilihan Raya Umum ke-14 kelak, selain daripada isu peningkatan kos sara hidup serta isu nasional yang lain. Makalah ini akan mengupas perihal kepuasan pengundi berkaitan politik pembangunan yang telah dijalankan menjelang PRU-14 kelak.
Abstract
This paper focuses on the effort of rethinking the importance of politics of development in the P.169 Kota Belud area, in anticipation of the upcoming GE-14. The theme of politics of development was chosen because of its importance in the socio-economic development of an area like Kota Belud which is struggling in its physical development. There exists a diverse interpretation among Social Scientists on the definition of politics of development. A non-absolute interpretation of politics of development is a type of change that was affected by individuals and groups in society through a certain force to trigger improvements in social life both quantitatively and qualitatively. It is social conditions that are a catalyst to development, dependent on an increasing level of literacy. Geographically scanning the state of Sabah it is apparent that there are still areas, both urban and rural, that require more solid development efforts from the ruler. Barisan Nasional (BN) was denied the two-thirds majority in Parliament at the GE-13, unlike during GE-12. Yet is was rescued by the Sabah State who secured 22 of the 25 seats available, and further proved its role as a key contributor to BN in defending their position as the ruling coalition party of Malaysia. A total of 1,000 questionnaires were distributed in the three State Legislative Assembly namely N.06 Tempasuk, N.07 Kadamaian and N.08 Usukan followed by Focus Group Discussions (FGD) with locals who have wisdom about the Kota Belud political scenario. The findings of the study show that prior to the dissolution of parliament on 7 April 2018, the issue of development was the main parameter for voters in anticipation of GE-14, alongside the issues of increasing costs of living and other national issues. This paper will discuss voter satisfaction with regards to the politics of development that has been carried out, in anticipation of GE-14.
References
Asmady Idris & Suzalie Mohamad. (2014). Kelangsungan dominasi Barisan Nasional di Sabah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13. Kajian Malaysia. 32 (2), 171–206.
Bank Negara Malaysia. (2012). Siaran Akhbar Bank Negara Malaysia. 23 Mei.
Berita Awani. (2018). Kos sara hidup isu keempat paling dibimbangi rakyat Malaysia – kajian, 18 April.
Berita Harian. (2015). Najib tiba di Tawau, teruskan lawatan kerja sehari di Sabah. 10 Mei.
Berita Harian. (2016). Najib tiba di Kota Kinabalu. 27 Ogos.
Chaudhry, M. D. (1971). The economic of development. Economic Development and Culture Change, 20 (1), 166–169.
Corning, P. A et al. (1988). Political development and political evolution [with Commentaries]. Politics and the Life Science, 6 (2), 141–172.
Eko Prayitno Joko et al. (2016). Belia dan kelangsungan hegemoni Barisan Nasional: Kajian kes pilihan Raya Umum 13 di Sabah. Jurnal Komunikasi Borneo: Edisi Khas Konvokesyen ke-18 UMS, 1–18.
H. Roeslan Abdulgani. (1976). Soetomo yang saya kenal. Jakarta: Yayasan Idayu. http://www.sabah.gov.my. Diakses pada 8 Februari 2018. http://www.utusanborneo. com.my. Diakses pada 4 April 2018. https://www.mcmc.gov.my/skmmgovmy/ media. Diakses pada 3 April 2018.
Jabatan Perangkaan. (2015). Buku Tahunan Perangkaan Sabah 2014. Kuala Lumpur: Jabatan Perangkaan.
Lee Kuok Tiung & Mohd Safar Hashim. 2016. Artikulasi isu-isu sejarah dalam media massa di Malaysia. Jebat. 43 (1), 1– 18.
Junaidi Awang Besar et al. (2012). Politik pembangunan dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai, Sarawak. Geografia: Malaysia Journal of Society and Space, 8 (2), 88–97.
Junaidi Awang Besar et al. (2012). Pengaruh populariti calon, sentimen nasional dan politik pembangunan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) P. 185 Batu Sapi Sabah. Geografia: Malaysia Journal of Society and Space. 8, 23–34.
Meier, G. M. & Stiglitz, J. E. (2001). Frontiers of development economics: The future in perspective. New York: Oxford University Press.
Mohammad Faizal Rashid. (2014). Kesejahteraan sosial dalam memartabatkan komuniti Suluk: Ruang dan cabaran. Jurnal Kinabalu. 20, 81–102.
Mohd Hamdan Adnan & Mahat Jamal. (2014). Pilihan Raya Umum Malaysia Ke-13: Faktor-faktor penentu kemenangan di Sabah. Jurnal Komunikasi Borneo, 1, 55–76.
Mohd Hariszuan Jaharudin. (2014). Pilihan Raya Umum Ke-13: Perubahan budaya politik Malaysia dan krisis legitimasi moral Barisan Nasional. Kajian Malaysia, 32 (2), 149–169.
Muhammed Abdul Khalid. (2017). Antara dua darjat: Agihan pendapatan di Malaysia. Bangi: Dubook Press.
Portal Jabatan Penerangan Malaysia. Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Diakses pada 3 April 2018.
Rohana Yusof. (2010). Asas sains sosial. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Saat Awg. Damit & Syaruddin Awg. Ahmad. (2008). Koorientasi pendapat terhadap isu dan reputasi pemimpin dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-12 di Sabah. Jurnal Kinabalu Edisi Khas. Pilihan Raya Umum Ke-12: Antara Perubahan dan Pengekalan Tradisi, 14, 56–71.