PENEROKAAN BENTUK KEBERGANTUNGAN DAN AKSESIBILITI TELEFON BIMBIT DALAM KALANGAN GELANDANGAN MENURUT PERSPEKTIF MODEL TAM DAN TEORI KETERGANTUNGAN MEDIA

EXPLORATION OF MOBILE PHONE DEPENDENCE AND ACCESSIBILITY AMONG THE HOMELESS ACCORDING TO THE PERSPECTIVE TAM MODEL AND MEDIA DEPENDENCY THEORY

Authors

  • Mohd Alif Bin Jasni Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok Kedah, Malaysia
  • Siti Hajar Abu Bakar Ah Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur
  • Noralina Omar Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur
  • Norruzeyati Che Mohd Nasir Institute for Psychotherapy, Correctional & Rehabilitation (iPSYCORE), Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok Kedah, Malaysia

Keywords:

kebergantungan, aksesibiliti , gelandangan , telefon bimbit , Model TAM , Teori Ketergantungan Media, dependency , accessibility , homelessness , mobile phones, TAM Model, Media Dependency Theory

Abstract

Penggunaan telefon bimbit kini menjadi semakin meluas dalam kalangan gelandangan yang menggunakan telefon bimbit sebagai kegunaan peribadi dalam kehidupan seharian mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana, penggunaan telefon bimbit ini mempunyai pelbagai kemudahan yang dapat diakses dengan mudah. Telefon bimbit didapati dapat membantu gelandangan untuk melakukan pelbagai jenis aktiviti dengan hanya mengakses kepadanya. Sebuah kajian kualitatif yang dilakukan dengan menemubual sembilan (9) orang gelandangan yang memiliki telefon bimbit bagi meneroka pandangan mereka terhadap bentuk kebergantungan dan aksesibiliti mereka terhadapnya. Dapatan kajian mengenai pandangan terhadap kebergantungan telefon menemui beberapa tema termasuk menghabiskan masa menggunakan telefon, bergantung pada telefon untuk mendapatkan maklumat, dan selesa menghantar mesej berbanding bersemuka. Manakala berkenaan pandangan terhadap aksesibiliti telefon bimbit, dapatan kajian menemui tema seperti keupayaan untuk berkomunikasi dengan orang ramai, harga telefon yang mampu milik, penggunaan telefon bimbit yang mudah dengan kepelbagaian aplikasi, menyediakan medium media sosial, menyelesaikan masalah geografi dari segi perhubungan, dan akhir sekali mempunyai rangkaian internet walaupun masih terhad. Kajian ini didasari oleh Model TAM, dan Teori Ketergantungan Media. Dapatan kajian telah menyokong teori dan model yang digunakan dalam meneroka tentang pandangan terhadap aksesibiliti dan kebergantungan telefon bimbit gelandangan ini.

 

The use of mobile phones is now becoming more widespread among homeless people who use mobile phones as personal use in their daily lives. This is said to be so because, the use of these mobile phones has various services that can be easily accessed. Mobile phones have been found to help homeless people to perform various types of activities by simply accessing them. A qualitative study conducted on nine (9) homeless people who own a mobile phone to explore their view regarding their level of dependence and accessibility to it. The findings regarding the phone dependence found several themes including spending time using the phone, relying on the phone for information, and being comfortable sending messages rather than face to face. Meanwhile, regarding the view of accessibility of mobile phones, the findings show themes such as the ability to communicate with the public, affordable phone prices, easy use of mobile phones with a variety of applications, providing social media medium, solving geographical problems in terms of communication, and finally having internet network even limited. This study is based on the TAM Model, and Media Dependency Theory. The study have supported the theories and model used in exploring the view toward the accessibility and dependability of these homeless mobile phone.

Published

2022-06-23
Total Views: 1265 | Total Downloads: 2087