SPESIES TUMBUHAN DALAM MAKANAN TRADISI MASYARAKAT BUGIS DI PULAU SEBATIK, MALAYSIA

PLANT SPESIES USED IN THE TRADITIONAL CUISINE OF THE BUGIS COMMUNITY IN SEBATIK ISLAND, MALAYSIA

Authors

  • Rosdiana Yandre
  • Jury Foo @ Jurry Bt. F. Michael

Keywords:

Spesies tumbuhan, Makanan tradisi, Masyarakat Bugis, Plant species, Traditional cuisine, Bugis community

Abstract

Kebergantungan manusia terhadap tumbuhan dapat dikenalpasti melalui penggunaan tumbuhan dalam kehidupan. Kertas kerja ini membincangkan nilai tumbuhan yang digunakan dalam makanan tradisi masyarakat Bugis di Pualu Sebatik, Malaysia, semasa menyambut perayaan Hari Raya Aidilfiitri. Kawasan kajian tertumpu di Wallace Bay, iaitu kawasan tumpuan masyarakat Bugis yang masih giat membuat makanan tradisi semasa perayaan. Pengumpulan data dilakukan melaui kaedah pemerhatian ikut serta di lapangan dan temubual. Maklumat yang dikumpul kemudiannya dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan terdapat 15 spesies tumbuhan daripada 12 famili digunakan dalam makanan tradisi sebagai bahan utama, pembungkus makanan dan penambah perisa. Manakala analisis bentuk hidup dan kegunaan tumbuhan menunjukkan masyarakat Bugis sangat bergantung kepada spesies tumbuhan daripada famili Zingiberaceae dalam masakan tradisi. Kajian ini penting bagi mengenal pasti nilai spesies tumbuhan dalam kehidupan masyarakat Bugis dan memahami kaedah pengurusan spesies tumbuhan tersebut bagi tersebut bagi kelangsungna makanan tradisi.

Author Biographies

Rosdiana Yandre

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Jalan UMS, Universiti Malaysia Sabah, 
88400 Kota Kinabalu, Sabah. 

Jury Foo @ Jurry Bt. F. Michael

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Jalan UMS, Universiti Malaysia Sabah, 
88400 Kota Kinabalu, Sabah. 

Published

2023-06-30
Total Views: 657 | Total Downloads: 542