KONSEPTUAL KUALITI KERJA EKONOMI GIG DAN FAKTOR YANG MEMPENGARUHINYA SEMASA PANDEMIK COVID-19: SATU ANALISIS SOROTAN LITERATUR SISTEMATIK

Authors

  • Nurul Hafiza Labin
  • Dzurizah Ibrahim

Keywords:

sorotan literatur sistematik, ekonomi gig, kualiti pekerjaan, COVID-19

Abstract

Kualiti pekerjaan ekonomi gig dapat dikonsepkan sebagai suatu kondisi pekerjaan yang tidak teguh iaitu kurang jaminan dari aspek upah, keselamatan dan kesihatan menyebabkan pekerja berdepan dengan kemerosotan kualiti pekerjaan. Namun begitu, konsep yang mengambil kira senario pandemik masih kurang dibincangkan dalam kajian kontemporari. Hal ini disebabkan bentuk kualiti pekerjaan adalah berbeza berdasarkan faktor-faktor yang mempengaruhinya. Oleh itu, analisis sorotan sistematik ini dilaksanakan bagi meneroka konsep dan faktor mempengaruhi kualiti pekerjaan ekonomi gig dengan kira pandemik COVID-19, menggunakan kaedah PRISMA. Kaedah ini adalah suatu analisis menerusi proses inclusion, exclusion, dan eligibility berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Hasil analisis yang dilaksanakan, terdapat tujuh tema yang dibincangkan mengenai konseptual kualiti pekerjaan ekonomi gig semasa pandemik iaitu (1) ketidaktentuan pendapatan; (2) persekitaran pekerjaan tidak selamat; (3) tiada jaminan pekerjaan; (4) autonomi dan fleksibiliti terbatas; (5) tiada penghormatan pekerjaan; (6) tiada manfaat perlindungan sosial; dan (7) kandungan pekerjaan tidak menentu. Manakala terdapat lima tema ditemukan bagi faktor mempengaruhi kualiti pekerjaan tersebut iaitu (1) kondisi ketidakteguhan pekerjaan; (2) sistem teknologi algoritma; (3) pasaran buruh; (4) peranan badan/institusi/kerajaan; dan (5) peranan pelanggan. Dapatan analisis ini diharap dapat dijadikan sumbangan bermakna dalam konteks kajian kualiti pekerjaan dan ekonomi gig.

Author Biographies

Nurul Hafiza Labin

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, 
Jalan UMS, Universiti Malaysia Sabah,
88400 Kota Kinabalu, Sabah.

Dzurizah Ibrahim

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Jalan UMS, Universiti Malaysia Sabah, 
88400 Kota Kinabalu, Sabah.

Published

2023-06-30
Total Views: 789 | Total Downloads: 853