Penggunaan bahan visual di kalangan guru teknikal
The use of visual materials among technical teachers
DOI:
https://doi.org/10.51200/jpp.v5i1.8209Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap penggunaan bahan visual di kalangan guru-guru teknikal, kemahiran guru-guru teknikal dalam literasi visual dan sikap mereka terhadap literasi visual. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk melihat limitasi yang dihadapi dalam penggunaan bahan visual dalam pengajaran di kelas. Rekabentuk kajian ini adalah berbentuk kuantitatif dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen. Populasi kajian adalah guru guru yang mengajar mata pelajaran teknikal sekolah menengah di Kota Kinabalu. Manakala sampel yang terlibat adalah sebanyak 120 guru yang dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak berstrata. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan analisis deskriptif bagi pemboleh ubah pengalaman mengajar, penggunaan bahan visual, sikap dan limitasi. Seterusnya objektif kajian adalah untuk melihat perbezaan pemboleh ubah berdasarkan pengalaman mengajar dan hubungan antara pemboleh ubah, analisis inferensi digunakan. Dapatan kajian menunjukkan tahap penggunaan bahan visual di kalangan guru teknikal adalah sederhana. Selain itu, tahap kemahiran guru teknikal juga didapati berada pada tahap tinggi dan guru-guru teknikal mempunyai sikap yang positif terhadap literasi visual. Walau bagaimanapun, guru-guru teknikal masih menghadapi limitasi yang sederhana dalam mengaplikasikan penggunaan bahan visual dalam pengajaran di kelas. Maka dapat disimpulkan bahawa walaupun menghadapi masalah tertentu namun guru-guru teknikal masih bersikap positif terhadap literasi visual dan mengaplikasikannya dalam pengajaran di kelas.
This study aimed to examine the level of use of visual materials among technical teachers, their visual literacy skills, and their attitudes towards visual literacy. In addition, the study aimed to identify the limitations faced in using visual materials in classroom teaching. The study employed a quantitative research design using a questionnaire as the research instrument. The study population consisted of teachers who taught technical subjects in secondary schools in Kota Kinabalu. A total of 120 teachers were selected as the sample using stratified random sampling. The data obtained were analysed using descriptive analysis for the variables of teaching experience, use of visual materials, attitudes, and limitations. Inferential analysis was subsequently used to examine differences in the variables based on teaching experience and the relationships between the variables. The findings showed that the level of use of visual materials among technical teachers was moderate. In addition, the level of technical teachers’ skills was found to be high, and technical teachers demonstrated positive attitudes towards visual literacy. However, technical teachers still faced moderate limitations in applying visual materials in classroom teaching. It can therefore be concluded that despite facing certain challenges, technical teachers remained positive towards visual literacy and applied visual materials in classroom teaching.
References
Abdul Rasid Jamian et al. (2012). Persepsi guru terhadap penggunaan kartun dalam transformasi pengajaran penulisan karangan Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2(1), 129–140.
Ahmad Rizal Madar, & Yahya Buntat. (2011). Keupayaan visualisasi pelajar melalui perisian animasi grafik. Universiti Teknologi Malaysia.
Ahmad Rizal Madar et al. (2008). Impact of teaching and learning method with multimedia application aided. The 6th International Malaysian Studies Conference, 5–7 Ogos 2008.
Asmaa Abdel-Moneim Mostafa. (2010). An exploration of teachers’ integration of visual literacy in the Egyptian language classroom. African Journal of Teacher Education.
Clutten, S. C. (2009). The development of a visual perception test for learners in the foundation phase. University of South Africa.
Drs. Tommy Suprapto, M. S. (2009). Pengantar teori dan manajemen komunikasi. MedPress (Anggota IKAPI).
Faridah Ibrahim et al. (2012). Bahasa komunikasi visual dan pengantaraan produk: Satu analisis semiotik. GEMA Online Journal of Language Studies, 12(1).
Gay, L. R., Mills, G. E., & Airasian, P. W. (2011). Educational research: Competencies for analysis and applications. Pearson Educational International.
Huseyin Yaratan. (2010). Middle school English language teachers’ perceptions of instructional technology implementation in North Cyprus. The Turkish Online Journal of Educational Technology, 9(2).
Kassim Abbas. (2009). Media dalam pendidikan. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Dasar Pendidikan Kebangsaan. KPM.
Khairuddin Nisa. (2012). Keberkesanan penggunaan koswer peta pintar rujukan grid terhadap pencapaian dan minat pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran geografi rujukan grid. Konvensyen Antarabangsa Institut Pendidikan Guru Malaysia dalam
Pembelajaran dan Pembangunan Guru, 19–21 November 2012, Kuala Lumpur, 10 hlm.
Lai Kim Leong et al. (2010). Satu kajian mengenai penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran pembelajaran matematik di sekolah rendah. Maktab Perguruan Batu Lintang.
Leavitt, M. (2012). Learning from visuals: How well-designed and well-used visuals can help students learn: An academic review. Arizona State University.
Mohd Hasril Amiruddin. (2009). Kemudahan, sikap dan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam kalangan guru-guru Program Pendidikan Khas Sekolah Menengah Teknik di Malaysia. Universiti Putra Malaysia.
Mohd Safarin Nordin et al. (2008). Kesan penggunaan bongkah 3-dimensi dalam pengajaran ke atas kemahiran visualisasi pelajar aliran teknikal Sekolah Menengah Teknik. Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Safarin Nordin et al. (2010). Kemahiran visualisasi dan gaya pembelajaran pelajar-pelajar sekolah-sekolah menengah daerah Johor Bahru dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Seminar Majlis Dekan-dekan Pendidikan IPTA 2010, “Keberhasilan
Pembelajaran Teras Kemenjadian Guru: Teori dan Amalan”, Concorde Hotel, Shah Alam, 2–3 Ogos 2010.
Mohd Safiee Hj Idris. (2008). Komunikasi interpersonal dalam pengajaran di kalangan guru-guru teknikal Sekolah Menengah Teknik di Negeri Melaka. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Uttal, D., H., & O'Doherty, K. 2008. Comprehending and Learning from Visualizations: A Developmental Perspective. Northwestern University.
Wan Ali Akbar Wan Abdullah et.al. 2010. Aplikasi Grafik Pegun dalam Meningkatkan Ingatan Pelajar dalam Bidang Hadis. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Widad Othman dan Lee Ming Fong. 2009. Peningkatan Tahap Kognitif Visualisasi Pelajar Jurusan teknikal Melalui Latihan-latihan Visualisasi. Universiti Terbuka Malaysia.
Zaidatun Tasir & Lim Bee Yeok. 2011. Tahap Pengetahuan, Sikap dan Masalah Penggunaan Komputer di Kalangan Guru sekolah Menengah Daerah Alor Gajah. Journal of Social Science, Volume3. Sept 2011. Page 83-103/issn: 223-733.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2014 Azura Mohd Nor, Sabariah Sharif

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.



