Status pemakanan dan perkembangan kognitif murid luar bandar

Nutritional status and cognitive development of rural students

Authors

  • Na'imah Yusoff
  • Sabariah Sharif
  • Aza Sherin Mohd Yusuf
  • Ismail Ladama
  • Mohd Yusof Abdullah
  • Mohd Sobri Ismail
  • Anuar Din

DOI:

https://doi.org/10.51200/jpp.v2i1.8158

Keywords:

pengambilan tenaga, perkembangan kognitif, status pemakanan, energy intake, cognitive development, nutritional status

Abstract

Kajian ini merupakan kajian awal bertujuan untuk memprofilkan pengambilan tenaga, tabiat pemakanan, status pemakanan dan perkembangan kognitif 46 orang murid kelas pemulihan berumur antara sepuluh dan 12 tahun murid luar bandar di sebuah pulau yang terletak di negeri Sabah. Data antropometri (berat dan tinggi) diukur menggunakan pita dan penimbang berat. Instrumen 24-hour Diet Recall dan perisian NUTRICAL pula digunakan untuk mengumpul maklumat pengambilan tenaga daripada makanan harian berdasarkan Saranan Pengambilan Nutrien (RNI) Malaysia. Penentuan status pemakanan murid pula dibuat berdasarkan klasifikasi National Centre For Health Statistic (NCHS), manakala perkembangan kognitif bukan lisan diukur menggunakan ujian TONI-3. Hasil kajian menunjukkan pengambilan tenaga daripada makanan harian kebanyakan murid yang terlibat berada di bawah paras RNI yang disyorkan dengan hanya segelintir kecil murid mengambil tenaga mencukupi berdasarkan umur dan jantina. Masalah status pemakanan paling serius dalam kalangan murid luar bandar ialah kesusutan dan kerencatan. Murid perempuan didapati mempunyai status pemakanan lebih tinggi berbanding murid lelaki. Sebahagian besar murid mencatat perkembangan kognitif bukan lisan di bawah paras purata.

 

This study was a preliminary study aimed at profiling the energy intake, dietary habits, nutritional status, and cognitive development of 46 rural students aged between 10 and 12 years who were enrolled in remedial classes on an island in the state of Sabah. Anthropometric data, including body weight and height, were measured using a measuring tape and weighing scale. A 24-hour Diet Recall instrument and NUTRICAL software were used to collect information on daily dietary energy intake based on the Malaysian Recommended Nutrient Intake (RNI). The students’ nutritional status was determined based on the classification of the National Center for Health Statistics (NCHS), while non-verbal cognitive development was assessed using the TONI-3 test. The findings indicated that the daily dietary energy intake of most of the participating students was below the recommended RNI level, with only a small proportion of students consuming adequate energy according to their age and gender. The most serious nutritional problems among the rural students were wasting and stunting. Female students were found to have better nutritional status than male students. The majority of the students recorded non-verbal cognitive development levels below the average range. 

References

Aza Sherin Mohd Yusuf. 2001. Hubungan defisiensi iodin dengan perkembangan fizikal dan mental murid sekolah di pinggir pantai dan pedalaman Sabah. Tesis Sarjana Sains, Universiti Malaysia Sabah.

Aminah A, Norimah, A. K. dan Suriah A. R. 1994. Pengambilan makanan murid-murid sekolah rendah daerah Kluang, Johor. Kumpulan kertas kerja UKM 27:309-318.

Budi, U., Laila, F., Eti, S., Dini, D. dan Kusheri, S. 2000. Feeding patterns, nutrient intake and nutritional status among children 0-23 months of age in Indramayu, West Java. Malaysia Journal of Nutrition 6(2):147-170.

Carlos, T. 2004. Maternal and child nutrition in Timor Leste. Malaysia Journal of Nutrition 10(2):125-130.

Chee, H. L., Khor, G. L., Fatimah, A., Wan Abdul Manan, W. M., Mohd Nasir, M. T., Nik Shanita, S., Norimah, A. K., et al. 2002. Nutritional assessment of pre-school children in rural villages of the family dynamics, lifestyles and nutrition study (1997-2001): II. Prevalence of undernutrition and relationship to household.Socio-economic indicators. Malaysia Journal of Nutrition 8(1):33-53.

Chen, S. T. 1976. Comparative growth oMalay, Chinese and Indian schoolchildren in Malaysia. Southeast Asian Journal of Tropical Medicine and Public Health 7(3):443-450.

Chong, Y. H., Tee, E. S., Kandiah, M., Hanis, H., Teo, P. H. dan Siti, M. S. 1984. Status of community nutrition in poverty kampungs. Institute for Medical Research Malaysia Bulletin No 22. Kuala Lumpur.

Kementerian Kesihatan Malaysia. 2006. Recommended nutrient intakes for Malaysia 2006. Kuala Lumpur.

Kementerian Pelajaran Malaysia. Portal rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia dalam http://www.gov.my/?act=search & id=0 & keyword=RMT

Khor, G. L. dan Tee, E. S. 1997. Nutritional assessment of rural villages and estates in Peninsular Malaysia II, Nutritional status of children aged 18 years and below. Malaysia Journal of Nutrition 3:21-47.

Na’imah Yusoff, Sabariah Sharif, Aza Sherin Mohd Yusuf, Ismail Ladama, Mohd Yusof Abdullah, Mohd Sobri Ismail, Anuar Din, dan Jusiah Idang. 2009. Status pemakanan dan perkembangan kognitif murid luar bandar di kawasan pesisir. Poster Pertandingan Penyelidikan dan Inovasi (PEREKA) 2009. Universiti Malaysia Sabah.

Norimah A. K., dan Lau, Kah Kheng. 2000. Nutritional status among Chinese preschoolers in Subang Jaya, Selangor. Malaysian Journal of Nutrition, 6 (1), pp.45—53. ISSN 1394-35X.

Soon, S. D. dan Khor, G. L. 1995. Taraf pemakanan murid berumur satu hingga enam tahun di FELDA Sg. Koyan, Pahang. Malaysia Journal of Nutrition 1: 115-128.

Shuigao, J. 2000. Changing nutritional status of preschool children—The recent experience in China. Malaysia Journal of Nutrition 6(2):197-202.

Wan Nudri Wan Daud dan Aminah Abdullah. 1996. Kandungan makronutrien di dalam makanan yang terdapat di kantin sekolah rendah. Malaysia Journal of Nutrition 2:67-77.

World Health Organization. 1983. Measuring change in nutritional status. Geneva.

Published

2010-12-31

How to Cite

Na’imah Yusoff, Sabariah Sharif, Aza Sherin Mohd Yusuf, Ismail Ladama, Mohd Yusof Abdullah, Mohd Sobri Ismail, & Anuar Din. (2010). Status pemakanan dan perkembangan kognitif murid luar bandar: Nutritional status and cognitive development of rural students. Jurnal Pemikir Pendidikan, 2(1), 1–17. https://doi.org/10.51200/jpp.v2i1.8158
Total Views: 5 | Total Downloads: 5

Most read articles by the same author(s)