TELUK MARUDU BERDASARKAN CATATAN PETA ALEXANDER DALRYMPLE
DOI:
https://doi.org/10.51200/jba.v1i1.1248Abstract
Peta Kepulauan Borneo dicatat dan dilakar seawal tahun 1525 oleh Antonio Pigaffeta dengan nama Burne yang merujuk kepada Brunei. Namun, pada tahun 1537, utara Sabah dicatatkan dalam kartografi awal oleh Caspar Viegas, orang pertama yang meletakkan kedudukan Teluk Marudu dalam peta. Hanya pada tahun 1770 sebuah peta khusus telah dihasilkan merangkumi kawasan perairan di utara Sabah termasuk Teluk Marudu oleh Alexander Dalrymple. Peta ini dihasilkan dengan kaedah pemetaan yang teliti dengan menyatakan beberapa nama tempat dan lokasi persekitaran semula jadi serta budaya. Kajian ini menjelaskan kedudukan nama tempat yang dicatat dalam kartografi masa kini tentang antikuiti tempat tersebut. Melalui kajian ini, kewujudan penempatan awal di sekitar Teluk Marudu pada abad ke-18 dapat dikenal pasti.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Penyerahan manuskrip mensyaratkan bahawa manuskrip tidak pernah diterbitkan di tempat lain ataupun sedang dipertimbangkan untuk penerbitan oleh penerbit lain. Jika dan apabila manuskrip telah diterima untuk penerbitan, maka penulis bersetuju untuk memindahkan secara automatik hak cipta kepada penerbit ©Universiti Malaysia Sabah. Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula dalam bentuk apa pun atau dengan cara apa pun tanpa kebenaran bertulis terbelih dahulu daripada penerbit.
Permintaan kepada Penerbit untuk kebenaran hendaklah dialamatkan kepada:
Penerbit UMS,Tingkat Bawah Perpustakaan,Jalan UMS, Universiti Malaysia Sabah,88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.Tel: (+6088) 320000 Ext. 1015Fax: (+6088) 320446 E-mail: penerbit@ums.edu.my
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Submission of article implies that the article has not been previously published elsewhere nor is under consideration for publication by another publisher. If and when the article is accepted for publication, the authors agree to automatic transfer of the copyright to the publisher ©Universiti Malaysia Sabah. All rights reserved. No part of this publication may be reproduced in any form or by any means, without the prior written permission of the publisher.
Requests to the Publisher for permission should be addressed to:
Penerbit UMS,Ground Floor Library,Jalan UMS, Universiti Malaysia Sabah,88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.Tel: (+6088) 320000 Ext. 1015Fax: (+6088) 320446 E-mail: penerbit@ums.edu.my