Dasar Dominasi Ekonomi Berasaskan Sumber Laut di Pantai Timur Borneo Utara Semasa Zaman Kesultanan Sulu (1704–1878)
DOI:
https://doi.org/10.51200/jba.v2i1.1615Keywords:
Ekonomi kelautan, Kesultanan Sulu, Borneo Utara, Maritime economy, Sultanate of Sulu, North BorneoAbstract
Abstrak
Artikel ini membincangkan dasar pemerintahan Kesultanan Sulu dalam pembangunan ekonomi kelautan di pantai timur Borneo Utara. Terdapat empat dasar utama, iaitu dasar pengawalan ekonomi, dasar monopoli perdagangan, dasar dominasi ekonomi berasaskan sumber laut dan dasar amalan perlanunan dan perhambaan. Artikel ini memfokus dasar dominasi ekonomi berasaskan sumber laut yang menjadi agenda utama dalam pembangunan ekonomi di pantai timur Borneo Utara. Kepentingan dasar ini adalah berikutan perkembangan pesat Pelabuhan Jolo dan permintaan bahan mentah yang tinggi oleh China. Dasar ini dilaksanakan oleh golongan pembesar Sulu yang bertindak sebagai pemodal dalam aktiviti memungut, menangkap dan memasarkan. Dasar ini berjaya mencapai matlamat untuk menguasai kekayaan sumber laut di perairan pantai timur Borneo Utara. Kejayaan dasar ini membuktikan Kesultanan Sulu sebagai sebuah kerajaan yang berpentaskan laut sebagai teras kuasa politik dan ekonomi di rantau Asia Tenggara.
Abstract
This paper discusses the policy of the Sultanate of Sulu in maritime economic development on the east coast of North Borneo. There are four main policies, namely the policy of economic control, trade monopoly policy, policy of seabased economic dominance and the policy for the practice of piracy and slavery. This paper focuses on the policy of seaÂbased economic domination, which is a major agenda in economic development on the east coast of North Borneo. The importance of this policy is due to the rapid development of Jolo port and the high demand of China for raw materials. The policy is implemented by the Sulu officials which act as financiers in the activities of collecting, capturing, and marketing. This policy succeeded in achieving the goal to dominate the wealth of marine resources in the seas of the east coast of North Borneo. The success of this policy proved the Sulu Sultanate as a seaÂbased government as the cornerstone of political and economic power in the Southeast Asian region.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Penyerahan manuskrip mensyaratkan bahawa manuskrip tidak pernah diterbitkan di tempat lain ataupun sedang dipertimbangkan untuk penerbitan oleh penerbit lain. Jika dan apabila manuskrip telah diterima untuk penerbitan, maka penulis bersetuju untuk memindahkan secara automatik hak cipta kepada penerbit ©Universiti Malaysia Sabah. Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula dalam bentuk apa pun atau dengan cara apa pun tanpa kebenaran bertulis terbelih dahulu daripada penerbit.
Permintaan kepada Penerbit untuk kebenaran hendaklah dialamatkan kepada:
Penerbit UMS,Tingkat Bawah Perpustakaan,Jalan UMS, Universiti Malaysia Sabah,88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.Tel: (+6088) 320000 Ext. 1015Fax: (+6088) 320446 E-mail: penerbit@ums.edu.my
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Submission of article implies that the article has not been previously published elsewhere nor is under consideration for publication by another publisher. If and when the article is accepted for publication, the authors agree to automatic transfer of the copyright to the publisher ©Universiti Malaysia Sabah. All rights reserved. No part of this publication may be reproduced in any form or by any means, without the prior written permission of the publisher.
Requests to the Publisher for permission should be addressed to:
Penerbit UMS,Ground Floor Library,Jalan UMS, Universiti Malaysia Sabah,88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.Tel: (+6088) 320000 Ext. 1015Fax: (+6088) 320446 E-mail: penerbit@ums.edu.my