MA63: PERJANJIAN MALAYSIA 1963 SEBAGAI DOKUMEN SEJARAH DAN KEDUDUKAN PERUNDANGANNYA DALAM KONTEKS MASA KINI

Authors

  • A Rahman Tang Abdullah Professor Madya, Program Sejarah
  • Bilcher Bala Professor Madya, Program Sejarah
  • Pandikar Amin Haji Mulia mantan Speaker Dewan Rakyat (Parlimen) Malaysia, April 2008 – Mei 2018.

DOI:

https://doi.org/10.51200/jba.v3i2.1627

Keywords:

Perjanjian Malaysia, Sabah, Sarawak, Sejarah Perundangan, Gagasan Malaysia, Malaysia Agreement, Legal History, Malaysia Plan

Abstract

Abstrak
Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tidak hanya dihargai sebagai satu dokumen sejarah. Malahan kepentingannya terletak pada nilai perundangannya dalam hubungannya dengan penubuhan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Ini kerana MA63 mengandungi peruntukan perundangan berkenaan hak istimewa dan jaminan perlembagaan yang diberikan kepada Sabah dan Sarawak berhubung dengan penyertaan kedua-dua negeri tersebut dalam Persekutuan. Namun tampaknya wujud kekeliruan terhadap aplikasi perundangannya dalam konteks masa kini. Ini merujuk kenyataan politik ‘untuk mengembalikan status Sabah dan Sarawak berteraskan MA63’. Makalah ini membincangkan MA63 sebagai dokumen sejarah dan perundangannya dalam konteks masa kini. Perbincangan ini didasarkan kepada analisis ke atas isi kandungan dokumen MA63 berserta dengan fakta ilmiahnya. Hasil dapatan perbincangan makalah bertujuan membuktikan kefahaman terhadap MA63 telah diaplikasikan secara anakronistik akibat daripada kompleksiti dalam menghubungkaitkan dokumen dan peristiwa sejarah kepada konteks masa kini.

Abstract
The Malaysia Agreement of 1963 (MA63) is not merely appreciated as a Historical Document. In fact, its significance lays down in its value in Legality in relations to the foundation of the Federation of Malaysia in 1963. This is because MA63 contains legal provisions concerning the special rights and constitutional safeguards granted to Sabah and Sarawak pertaining to the inclusion of those two states into the federation. Nevertheless, it seems that there is confusion in its legal application in the current context. This relates to the political statements ‘to return the status of Sabah and Sarawak according to MA63’. This article discusses MA63 as a historical document and its legal status in the contemporary context. This discussion is based on an analysis of the content of the MA63 document as well as its factual knowledge. It aims to prove the understanding of the MA63 that been applied in an anachronistic manner due to the complexity of linking the document and historical events to contemporary context.

Author Biographies

A Rahman Tang Abdullah, Professor Madya, Program Sejarah

Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah.

Bilcher Bala, Professor Madya, Program Sejarah

Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah.  

Downloads

Published

2018-12-31

How to Cite

[1]
Abdullah, A.R.T., Bala, B. and Haji Mulia, P.A. 2018. MA63: PERJANJIAN MALAYSIA 1963 SEBAGAI DOKUMEN SEJARAH DAN KEDUDUKAN PERUNDANGANNYA DALAM KONTEKS MASA KINI. Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History). 3, 2 (Dec. 2018). DOI:https://doi.org/10.51200/jba.v3i2.1627.
Total Views: 4142 | Total Downloads: 5740