PERKEMBANGAN AKTIVITI PERKAPALAN DAN PELABUHAN DI BORNEO UTARA: 1881-1941
Development of Shipping and Port Activities in North Borneo:1881-1941
DOI:
https://doi.org/10.51200/jba.v6i1.3514Keywords:
Perkapalan, Pelabuhan, Laluan Maritim, Borneo Utara, SBUBAbstract
Industri perkapalan dunia mengalami perubahan yang amat ketara setelah tercetusnya Revolusi Industri di Eropah dan juga pembinaan Terusan Suez sekitar abad ke-19 yang telah memendekkan perjalanan dari Barat ke Timur, sekali gus mengubah landskap dunia maritim ketika itu. Perahu layar dan juga tongkang-tongkang yang dahulunya digunakan oleh pelayar dan pedagang telah digantikan dengan kapal-kapal wap yang mampu belayar lebih lama dan tidak bergantung dengan cuaca. Malah, kapal-kapal wap ini juga mampu membawa muatan yang lebih banyak dan mempunyai ruang yang luas. Di Borneo Utara, aktiviti perkapalan dan pelabuhan semakin rancak apabila pihak SBUB mengambil alih pentadbiran Borneo Utara. Perkembangan laluan maritim dan aktiviti perdagangan semasa era imperialisme baharu telah menyebabkan kapal dari pelbagai syarikat perkapalan singgah di pelabuhan-pelabuhan utama di Borneo Utara untuk menjalankan aktiviti sehingga memberi impak kepada perkembangan industri perkapalan dan pelabuhan di Borneo Utara sendiri. Berdasarkan penggunaan sumber primer (laporan tahunan, surat dan akhbar kolonial) dan sumber kedua, artikel ini bertujuan untuk mengkaji hubung kait di antara aktiviti perkapalan dan kewujudan dan perkembangan pelabuhan di Borneo Utara. Secara khususnya, ia cuba merungkaikan persoalan tentang latar belakang dan motif syarikat perkapalan datang ke Borneo Utara, bagaimana pengoperasian kapal-kapal ini di Borneo Utara dan sejauh mana aktiviti yang melibatkan perkapalan ini telah memberi impak kepada perkembangan beberapa pelabuhan di tanah jajahan ini.
References
Dokumen Arkib
Annual Report of the Marine Department, 1950.
Annual Report of the Marine Department, 1957.
British North Borneo Herald, 17 April 1886.
British North Borneo Herald, 2 September 1891.
British North Borneo Herald, 6 Februari 1892.
British North Borneo Herald, 1 Januari 1897.
British North Borneo Herald, 11 Mac 1883.
British North Borneo Herald, 8 April 1892.
British North Borneo Herald, 22 April 1900.
British North Borneo Herald, 8 April 1892.
British North Borneo Herald, 19 Jun 1896.
Dokumen Gazetir Wilayah Persekutuan Labuan, Jawatankuasa Kebangsaan Geografi Malaysia, 2012.
Buku dan Jurnal
Hanizah Hj Idris. (2006). Perkembangan Perdagangan, Perkapalan dan Pelabuhan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Hanizah Hj Idris. (2006). Perkembangan Perdagangan, Perkapalan di British Borneo 1800-1963. Universiti Malaya. (Tesis Dr Falsafah).
Ismail Ali. (2016). Sejarah Pembudayaan Perahu Tradisi di Sabah. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
Shai, A. (1999). The Fate of British and French Films in China 1880-1949. New York: Springer.
Sullivan, Anwar & Cecilia Leong. (1981). Commemorative History of Sabah. Sabah State Government: Sabah Centenary Committee.
Tak Wing Ngo. (2001). Hong Kong’s History: State and Society Under Colonial Rule. United Kingdom: Taylor & Francis.
Tregonning, K.G. (1965). The Origin of the Straits Steamship Company in 1890, Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. vol.38, No.2 (208).
Warren, J.F. (1985). The Sulu Zone 1768-1898: The Dynamics of External Trade, Slavery and Ethnicity in the Transformation of a Southeast Asian Maritime State. Singapore: Singapore University Press.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Penyerahan manuskrip mensyaratkan bahawa manuskrip tidak pernah diterbitkan di tempat lain ataupun sedang dipertimbangkan untuk penerbitan oleh penerbit lain. Jika dan apabila manuskrip telah diterima untuk penerbitan, maka penulis bersetuju untuk memindahkan secara automatik hak cipta kepada penerbit ©Universiti Malaysia Sabah. Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula dalam bentuk apa pun atau dengan cara apa pun tanpa kebenaran bertulis terbelih dahulu daripada penerbit.
Permintaan kepada Penerbit untuk kebenaran hendaklah dialamatkan kepada:
Penerbit UMS,Tingkat Bawah Perpustakaan,Jalan UMS, Universiti Malaysia Sabah,88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.Tel: (+6088) 320000 Ext. 1015Fax: (+6088) 320446 E-mail: penerbit@ums.edu.my
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Submission of article implies that the article has not been previously published elsewhere nor is under consideration for publication by another publisher. If and when the article is accepted for publication, the authors agree to automatic transfer of the copyright to the publisher ©Universiti Malaysia Sabah. All rights reserved. No part of this publication may be reproduced in any form or by any means, without the prior written permission of the publisher.
Requests to the Publisher for permission should be addressed to:
Penerbit UMS,Ground Floor Library,Jalan UMS, Universiti Malaysia Sabah,88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.Tel: (+6088) 320000 Ext. 1015Fax: (+6088) 320446 E-mail: penerbit@ums.edu.my