STESEN KERETA API PERTAMA DI BORNEO UTARA: STESEN KERETA API BUKAU, 1896-1945
The First Railway Station in North Borneo: Bukau Railway Station, 1896-1945
DOI:
https://doi.org/10.51200/jba.v6i1.3521Keywords:
Borneo Utara, Sistem Pengangkutan Tradisional, Sosial, Stesen Kereta Api, ApiAbstract
Kajian ini membincangkan tentang sejarah Stesen Kereta Api Bukau yang merupakan stesen kereta api pertama di Borneo Utara. Kajian ini bertujuan untuk melihat bagaimana perkembangan Stesen Kereta Api Bukau dalam lingkungan masa 1896 hingga 1945. Fokus kajian ini akan meneliti tentang sejarah awal pembinaan Stesen Kereta Api Bukau semasa pentadbiran SBBU yang menjadi titik permulaan kewujudan stesen kereta api yang pertama di Borneo Utara. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui pendekatan sejarah. Sumber primer bagi kajian ini pula adalah berdasarkan Rekod Pejabat Tanah Jajahan, North Borneo State Secretariat File (Jabatan Arkib Negeri Sabah), Laporan Tahunan Borneo Utara, Laporan Tahunan Negeri Sabah, Laporan Tahunan Kereta Api Borneo Utara dan Akhbar BNBH. Sumber sekunder pula terdiri daripada buku, jurnal dan akhbar. Pihak SBBU terpaksa menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran semasa membina Stesen Kereta Api Bukau. Dapatan kajian menunjukkan walaupun menghadapi keadaan yang sukar pihak SBBU tetap komited dalam mengembangkan sistem pengangkutan kereta api di Borneo Utara. Hasil kajian adalah penting untuk rujukan dalam mengetahui sejarah stesen kereta api terawal di Borneo Utara.
References
Arkib
Arthur J. West, “Report or Proposed Railway in British North Borneo”, dlm. Paper Respecting the Pioneer Light Railway from Sipitang to Tenom.
BNBH, 16 Jun 1898.
BNBH, 16 Oktober 1897.
BNBH, 16 September 1897.
CO 874/218, Various Legal Document.
CO874/130, Court to West, 3 September 1897.
CO874/261 Correspondence Governor to Court 1896. A. J. West Report on Proposed Railway in British North Borneo, 24 Mei 1986.
North Borneo Annual Report 1962, North Borneo: Authority Government Printing Department.
Report of British North Borneo Railway October 1944.
Buku dan Jurnal
Amarjit Kaur. (1994). ‘Hantu’ and Highway: Transport in Sabah 1881-1963”. Dlm. Modern Asian Studies, Februari 1994. Cambridge: Cambridge University Press.
Ibbotson, Ross. (2018). The Building of the North Borneo Railway and the Founding of Jesselton, Kota Kinabalu: Opus Publications.
King, Victor. T. (1999). Moving Picture: More Borneo Travel, New York: Oxford University Press.
Patricia Regis. (1992). Panduan kepada Pameran Lokomotif Wap Sabah. Kota Kinabalu: Jabatan Arkib dan Muzium Negeri Sabah.
Rutter, Owen. (1922). The Travels of Tiadatha. London: T. Fisher Unwin.
Tregonning, K. G. (1967). Home Port Singapore: A History of the Straits Steamship Company Limited 1890-1965. Singapore: Oxford University Press.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Penyerahan manuskrip mensyaratkan bahawa manuskrip tidak pernah diterbitkan di tempat lain ataupun sedang dipertimbangkan untuk penerbitan oleh penerbit lain. Jika dan apabila manuskrip telah diterima untuk penerbitan, maka penulis bersetuju untuk memindahkan secara automatik hak cipta kepada penerbit ©Universiti Malaysia Sabah. Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula dalam bentuk apa pun atau dengan cara apa pun tanpa kebenaran bertulis terbelih dahulu daripada penerbit.
Permintaan kepada Penerbit untuk kebenaran hendaklah dialamatkan kepada:
Penerbit UMS,Tingkat Bawah Perpustakaan,Jalan UMS, Universiti Malaysia Sabah,88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.Tel: (+6088) 320000 Ext. 1015Fax: (+6088) 320446 E-mail: penerbit@ums.edu.my
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Submission of article implies that the article has not been previously published elsewhere nor is under consideration for publication by another publisher. If and when the article is accepted for publication, the authors agree to automatic transfer of the copyright to the publisher ©Universiti Malaysia Sabah. All rights reserved. No part of this publication may be reproduced in any form or by any means, without the prior written permission of the publisher.
Requests to the Publisher for permission should be addressed to:
Penerbit UMS,Ground Floor Library,Jalan UMS, Universiti Malaysia Sabah,88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.Tel: (+6088) 320000 Ext. 1015Fax: (+6088) 320446 E-mail: penerbit@ums.edu.my