HISTORIOGRAFI POLITIK SABAH
Political Historiography of Sabah
DOI:
https://doi.org/10.51200/jba.v6i1.3527Keywords:
Historiografi Politik SabahAbstract
Wacana rekonstruksionisme merupakan sebuah wacana yang amat penting untuk dikedepankan khususnya dalam perbahasan ilmu di negara Malaysia yang masih agak ‘muda’. Hal ini demikian kerana bidang ilmu kita yang masih banyak dipengaruhi oleh pengaruh Barat atau bersifat Eurocentrism yang harus dipandang dengan lensa skeptisme. Rekonstruksi semula terhadap segala bidang ilmu yang pernah didominasi oleh wacana Barat merupakan suatu usaha untuk melepaskan diri daripada suatu ‘kepalsuan’ realiti yang telah dibingkaikan oleh mereka (Kuasa Barat) terhadap kita (Kaum Terjajah). Apabila menelaah karya-karya akademik yang dihasilkan oleh sarjana Barat, pasti akan ditemukan unsur dan penisbahan yang bersifat merendahkan dan jahat oleh mereka terhadap masyarakat peribumi. Penolakan secara total terhadap segala yang telah ditumpahkan oleh sarjana Barat ke dalam penulisan dan pengkajian mereka tentang masyarakat peribumi jelas adalah tindakan yang tidak adil. Hal ini demikian kerana di dalam hasil karya mereka itu, terselit kebenaran dan fakta yang boleh kita terima sebagai suatu sumbangan ilmu. Walaupun demikian, penerimaan tersebut haruslah dilakukan dengan cara yang bijak, jika tidak kita akan tergolong dalam golongan yang disebutkan oleh Syed Hussein Alatas sebagai “minda tertawan.”
References
Eko Prayitno Joko et al. (2019). Historiografi Politik Sabah. Kota Baharu: Kedaihitamputih.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Penyerahan manuskrip mensyaratkan bahawa manuskrip tidak pernah diterbitkan di tempat lain ataupun sedang dipertimbangkan untuk penerbitan oleh penerbit lain. Jika dan apabila manuskrip telah diterima untuk penerbitan, maka penulis bersetuju untuk memindahkan secara automatik hak cipta kepada penerbit ©Universiti Malaysia Sabah. Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula dalam bentuk apa pun atau dengan cara apa pun tanpa kebenaran bertulis terbelih dahulu daripada penerbit.
Permintaan kepada Penerbit untuk kebenaran hendaklah dialamatkan kepada:
Penerbit UMS,Tingkat Bawah Perpustakaan,Jalan UMS, Universiti Malaysia Sabah,88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.Tel: (+6088) 320000 Ext. 1015Fax: (+6088) 320446 E-mail: penerbit@ums.edu.my
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Submission of article implies that the article has not been previously published elsewhere nor is under consideration for publication by another publisher. If and when the article is accepted for publication, the authors agree to automatic transfer of the copyright to the publisher ©Universiti Malaysia Sabah. All rights reserved. No part of this publication may be reproduced in any form or by any means, without the prior written permission of the publisher.
Requests to the Publisher for permission should be addressed to:
Penerbit UMS,Ground Floor Library,Jalan UMS, Universiti Malaysia Sabah,88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.Tel: (+6088) 320000 Ext. 1015Fax: (+6088) 320446 E-mail: penerbit@ums.edu.my