SEJARAH PEMBANGUNAN EKONOMI SABAH: CABARAN PELAKSANAAN 2 YEARS EXIT PROGRAMME (2YEP) SEBAGAI STRATEGI PEMBASMIAN KEMISKINAN

History of Sabah's Economic Development: The Challenges of Implementing 2 Years Exit Programme (2YEP) as a poverty Eradication Strategy

Authors

  • Joshua anak Jalin
  • Marsitah Mohd Radzi

DOI:

https://doi.org/10.51200/jba.v7i1.4222

Keywords:

Kemiskinan, pembangunan ekonomi, 2 Years Exit Programme (2YEP)

Abstract

Dalam sejarah pembangunan ekonomi sejak mula bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Singapura dalam pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, banyak cabaran yang dihadapi oleh kerajaan dan masyarakat dalam membangunkan ekonomi negeri Sabah. Walaupun pelbagai isu sering dipolitikkan dan diperdebatkan khususnya dalam hal yang berkaitan dengan perbezaan jurang pembangunan ekonomi masyarakat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sejak menjadi gabungan dalam pembentukan Malaysia, Sabah masih tetap berdiri sebagai sebuah negeri yang berdaulat sehingga hari ini. Dalam mendepani perbezaan jurang ekonomi dalam kalangan masyarakat, kerajaan telah melaksanakan pelbagai dasar pembangunan yang berteraskan kepada pembasmian kemiskinan serta meningkatkan taraf ekonomi rakyat. Pelaksanaan dasar-dasar ini tidak dinafikan telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan nasional secara umum, iaitu insiden kemiskinan mutlak negara terus menurun setiap tahun daripada 49.3 peratus pada tahun 1970 kepada 12.4 peratus pada tahun 1992 dan seterusnya kepada 6 peratus pada tahun 2002, dan 5.6 peratus pada tahun 2019. Walau bagaimanapun, penurunan ini tidak menggambarkan keadaan sebenar pembangunan ekonomi masyarakat di Sabah. Hal ini terbukti apabila direkodkan bahawa Sabah mempunyai kadar kemiskinan negara tertinggi sejak 2004 hingga 2019. Sabah juga merupakan negeri yang mempunyai jumlah penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang tertinggi sejak 2010 hingga 2015. Senario ini seolah-olah menggambarkan bahawa program pembangunan ekonomi yang dilaksanakan kerajaan tidak mendatangkan kesan ketara kepada taraf hidup masyarakat Sabah. Justeru, artikel ini membincangkan cabaran dalam dasar pembangunan ekonomi masyarakat di Sabah melalui pelaksanaan 2 Years Exit Programme (2YEP) sebagai strategi pembasmian kemiskinan di Sabah oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Matlamat program ini adalah untuk membantu penerima bantuan menerapkan kesedaran untuk berubah dan berusaha menjana pendapatan serta hidup berdikari tanpa bergantung pada bantuan kerajaan sebagai sara hidup. Kajian ini menggunakan pendekatan penyelidikan kualitatif kajian kes. Hasil kajian ini mendapati terdapat tiga cabaran dalam menjayakan 2YEP di Sabah iaitu, cabaran organisasi cabaran dalaman dan cabaran luaran. 

Author Biographies

Joshua anak Jalin

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Jalan UMS, Universiti Malaysia Sabah, 
88400 Kota Kinabalu, Sabah

Marsitah Mohd Radzi

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Jalan UMS, Universiti Malaysia Sabah, 
88400 Kota Kinabalu, Sabah

References

Dokumen Arkib dan Kerajaan

Bahagian Kebajikan Produktif, Jabatan Kebajikan Masyarakat. (2016). Terma Rujukan Pengurusan Projek Rintis 2 Years Exit Programme. Putrajaya: Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Jabatan Kebajikan Masyarakat. (2017a). Jabatan Kebajikan Masyarakat. http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php

Jabatan Kebajikan Masyarakat. (2017b). Laporan Statistik 2017 Jabatan Kebajikan Masyarakat. Putrajaya: Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Jabatan Kebajikan Masyarakat. (2018). Laporan Statistik 2018 Jabatan Kebajikan Masyarakat. Putrajaya: Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sabah. (2021). Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sabah.

Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. (2019). Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (pp. 1–190). Putrajaya: Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

Undang-Undang Malaysia. (2006). Perlembagaan Persekutuan. Jadual Kesembilan, (Perkara 74, 77).

Unit Perancang Ekonomi, J. P. M. (2017). Poverty incident according to ethnic groups, class and state, Malaysia, 1970-2016. http://epu.gov.my/sites/default/files/Jadual 7 - Insiden Kemiskinan Mengikut Kumpulan Etnik%2C Strata dan Negeri%2C Malaysia%2C 1970-2016_0.pdf

Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. (2020). Dapatan Kajian Semula Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2019 Malaysia. Kenyataan Media. Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

Buku dan Jurnal

Abdillah Kiky Kirina, & Junaenah Sulehan. (2015). Kemunduran sosioekonomi dan penyisihan sosial komuniti bumiputera di Bandaraya Kuching: Kajian kes di Kampung Kudei Baru dan Kampung Sinar Budi Baru Batu Kawa. Geografia: Malaysian Journal of Society and Space, 13(13), 131-141.

Baker, S. E., & Edwards, R. (2012). How many qualitative interviews is enough? National Centre for Research Methods Review Paper, 1-42.

Banovcinova, A., Levicka, J., & Veres, M. (2014). The impact of poverty on the family system functioning. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 132, 148-153.

Bazeley, P. (2009). Analysing qualitative data: More than identifying themes. The Malaysian Journal of Qualitative Research, 2(2), 6–22.

Becker, G. S. (1993). Human capital a theoretical and empirical analysis, with special reference to education. London: The University of Chicago Press, Ltd.

Chambers, R. (1995). Poverty and livelihoods: Whose reality counts? Environment & Urbanization, 7(1), 173-204.

Chamhuri Siwar, Mohd Khairi Ismail, Nurul Ashikin Alias & Siti Zalikha Zahari. (2019). Kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) di Malaysia: Mengenal pasti trend, ciri, isu dan cabaran. Dlm. Chamhuri Siwar, Mohd Azlan Shah Zaidi & Norizan Abdul Razak. Pemerkasaan B40: Kesejahteraan Strategi dan Implikasi Sosioekonomi. Bangi: Penerbit UKM.

Creswell, J. W. (2007). Qualitative enquiry and research design, choosing among five approaches. Washington: Sage Publications, Inc.

Creswell, J. W. (2016). 30 essential skills for qualitative researcher. Washington: Sage Publications, Inc.

Denzin, N. K. (2001). The reflexive interview and a performative social science. Qualitative Research, 1(1), 23–46.

Dg. Suria Hj. Mulia. (2004). Strategi dan program pembasmian kemiskinan luar bandar di Sabah: Satu kajian awal. Siri Penerbitan Penyelidikan Sains Sosial No.1. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.

Edward Sung & Burongoh. (1994). Berganding tangan ke arah masyarakat berdikari. Kota Kinabalu: Jabatan Hal Ehwal Awam Yayasan Sabah.

Eisner, E. W. (1997). The new frontier in qualitative research methodology. Qualitative Inquiry, 3(3), 259-273.

Hudson, J., & Kuhner, S. (2009). Towards productive welfare? A comparative analysis of 23 OECD countries. Journal of European Social Policy, 19(1), 34-46.

Jayamalar Jaganathan. (2015). A study on participation as individual empowerment in Malaysian welfare reform. IOSR Journal of Humanities and Social Science (IOSR-JHSS), 20(12), 1-8.

Khairul Amri Ahmad. (2015). Pendekatan kebajikan produktif di kalangan usahawan kebajikan di Kedah: Satu penilaian. Tesis Sarjana (Tidak diterbitkan). Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia.

Khairul Amri Ahmad. (2019). Keberkesanan Sistem Pengurusan Kes (CMS) Kerja Sosial. Proceedings of the MASW-JKM-ISM International Social Work Symposium 2019. Kuala Lumpur: Institut Sosial Malaysia.

Kyungbae Chung. (2004). Generative Balanced Model of Welface. Dlm. Gilbert, N. Modernizing the Korean Welfare State. New York: Routledge.

Mansur, K., & Kogid, M. (2008). Koridor Pembangunan Sabah SDC Harapan dan Cabaran Sabah. Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke III PERKEM III. Port Dickson, Negeri Sembilan. 2008: 576-589.

McClelland, D. C. (1961). The achieving society. New York: Van Nostrand Company, Inc.

Merriam, S. B., & Tisdell, E. J. (2015). Qualitative research: A guide to design and implementation (E4th Ed.). United State: John Wiley & Sons, Inc.

Midgley, J. (2014). Social development: Theory and practice. California: SAGE Publications Ltd.

Mohd Koharuddin bin Mohd, & Balwi. (2005). Pembangunan luar bandar di Malaysia: Gerakan Desa Wawasan (GDW) sebagai mekanisme pembangunan masyarakat luar bandar. Jurnal Teknologi, 42(E), 31-48.

Nur Shaslinda Abdul Kadir, Ubong Imang & Colonius Atang. (2018). Cabaran pelaksanaan program Gerakan Desa Wawasan dalam memajukan kawasan luar bandar di Sabah. Geografi, 6(2), 76-89.

Ong, F. S., & Hamid, T. A. (2010). Social protection in Malaysia – Current state and challenges towards practical and sustainable social protection in East Asia: A compassionate community. Dlm. Asher, M. G., Oum S. & Parulian, F. (Ed.). Social Protection in East Asia – Current State and Challenges. ERIA Research Project Report 2009-9. Jakarta: ERIA.

Paul Porodong. (2000). Pembangunan luar bandar di Sabah: Pengalaman Koperasi Pembangunan Desa (KPD) di Daerah Kudat. Jumal Kinabalu, (6), 118-135.

Putri Noorafedah Megat Taajudin. (2021). Penerokaan pemerkasaan mampan melalui program kebajikan produktif dalam kalangan usahawan bimbingan Melayu Muslim di Malaysia. Tesis Doktor Falsafah (Tidak diterbitkan). Pengajian Sains Sosial, Universiti Putra Malaysia.

Putri Noorafedah Megat Tajudin, Khairuddin Idris, Nur Aira Abd Rahim, & Mohd Mursyid Arshad. (2020). Keusahawanan mampan melalui proses pemerkasaan sosioekonomi dalam kalangan usahawan bimbingan Program 2 Years Exit Programme yang berjaya di Negeri Sembilan, Malaysia. Community: Pengawas Dinamika Sosial, 6(1), 83-91.

Radieah, M. N., & Khelghat-Doost, H. (2019). 1 AZAM Programme: The challenges and prospects of poverty eradication in Malaysia. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 9(1), 345-356.

Rozaimy Ridzuan, Noor Amira Syazwani Abd Rahman, Ju Soon Yew, Nur Hidayahtul Nabihah Manas, & Kong Lai Kuan. (2020). Productive welfare policy: An innovative way in social safety net in Malaysia. International Journal of Public Policy and Administration Research, 7(1), 16–22.

Sharifah Norazizan et al. (2017). Laporan Akhir: Kajian Keberkesanan Bantuan Kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia – Jabatan Kebajikan Masyarakat, Malaysia.

Strauss, A. L., & Corbin, J. M. (1998). Basics of qualitative research: Techniques and procedures for developing grounded theory. California: SAGE Publications, Inc.

Yin, R. K. (1994). Design and methods. Applied social research methods series. (Vol. 5). California: SAGE Publications, Inc.

Zakiyah Jamaluddin & Norzalinda Mohd Ali Hanafiah. (2018). Poverty Eradication through Productive Welfare Approach in Malaysia. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences. 8(9): 1186–1192.

Zakiyah Jamaluddin & Norzalinda Mohd Ali Hanafiah. (2021). Poverty eradication and entrepreneurship development through productive welfare in Malaysia. Sains Humanika, 13(2), 27–36.

Published

2022-12-22

How to Cite

[1]
Joshua anak Jalin and Marsitah Mohd Radzi 2022. SEJARAH PEMBANGUNAN EKONOMI SABAH: CABARAN PELAKSANAAN 2 YEARS EXIT PROGRAMME (2YEP) SEBAGAI STRATEGI PEMBASMIAN KEMISKINAN : History of Sabah’s Economic Development: The Challenges of Implementing 2 Years Exit Programme (2YEP) as a poverty Eradication Strategy. Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History). 7, 1 (Dec. 2022), 259–283. DOI:https://doi.org/10.51200/jba.v7i1.4222.
Total Views: 243 | Total Downloads: 240