KONFLIK ISU TANAH MELIBATKAN PERIBUMI MURUT DENGAN PIHAK KOMPENI (SYARIKAT) BERPIAGAM BORNEO UTARA BRITISH

Land Issue Conflict Involving the Murut Native with the Chartered Company (Company) of British North Borneo

Authors

  • Eddie A. Julius

Keywords:

Murut, Konflik, Tanah, Kompeni, British

Abstract

 

Aspek perkembangan tanah di Sabah telah mengalami pemodenan ketika zaman pentadbiran pihak Kompeni (Syarikat) Berpiagam Borneo Utara British apabila diperkenalkan proklamasi atau undang-undang tanah. Antara proklamasi tanah terawal yang ada menyentuh berkaitan dengan kepentingan peribumi adalah melalui Proklamasi Tanah 1885. Transformasi aspek pemilikan tanah adat oleh masyarakat peribumi telah berlaku daripada kaedah tradisionalnya kepada kaedah moden melalui permohonan, persempadanan, pendaftaran dan pengeluaran geran tanah mengikut undang-undang tanah kerajaan. Dapat diketahui bahawa dasar tanah pihak Kompeni telah menimbulkan pelbagai pertikaian ataupun reaksi penentangan oleh masyarakat peribumi. Di antaranya ialah proses persempadanan kawasan tanah adat dan pelaksanaan cukai tanah. Kajian historiografi melalui pendekatan ‘Sejarah dari Bawah’ ini meneliti bagaimana timbulnya beberapa pertikaian antara peribumi Murut dengan Kompeni akibat pelaksanaan dasar tanah moden oleh pihak Kompeni. Fokus perbincangan mengupas konflik yang melibatkan peribumi Murut dengan pihak Kompeni berkaitan isu persempadanan, pemilikan dan pengusahaan tanah adat mereka. Kupasan kajian ini juga menyentuh aspek tindakan peribumi Murut yang telah memohon hak pemilikan tanah adat mereka secara sah dan beberapa kes rayuan ke atas permohonan pemilikan geran tanah yang tidak diluluskan oleh pihak Kompeni.

References

Dokumen Arkib

British North Borneo Herald, 1 Disember 1886.

British North Borneo Herald, 16 Ogos 1900.

North Borneo Secretariat, No. 1159 - Settlement of Lagud Reserve at Tenom.

North Borneo Secretariat, No. 1260 - Reserve Settlement of Melalap.

North Borneo Secretariat, No. 1356 - Settlements of Native Lands.

North Borneo Secretariat, No. 161 - Native Reserve Tenom.

North Borneo Secretariat, No. 284 - Shifting Cultivation and Ladang Ordinance.

Official Gazette, 1 Oktober 1913.

Official Gazette, 16 Oktober 1913.

Buku dan Jurnal

Black, Ian. (1983). A Gambling Style of Government: The Establishment of the Chartered Company’s Rule in Sabah, 1878-1915. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Clearly, M.C. (1992). Plantation Agriculture and the Formulation of Native Land Rights in British North Borneo, 1880-1930. Geographical Journal: 170-181.

Cook, Oscar. (2007). Borneo: The Stealer of Hearts, Kota Kinabalu: Opus Publications. First published 1924 by Hurst and Blackett Ltd., London.

Doolittle, Amity A. (2003, February). Colliding Discources: Western Land Laws and Native Customary Rights in North Borneo, 1881-1918. Journal of Southeast Asian Studies (JSEAS). 34 (1): 97-126.

Doolittle, Amity A. (2005). Property and Politics in Sabah, Malaysia: Native Struggles Over Land Rights. Washington: University of Washington Press.

Johnny, Marilyn, Mohd. Shauki Mohd Radzi dan Mosli Tarsat. (2015). Penentangan Pemimpin Tempatan terhadap Pelaksanaan Dasar Tanah British North Borneo Chartered Company (BNBCC) di Borneo Utara: 1881-1941. Jurnal Kinabalu. Vol. 21: 78-95.

Land Regulations, North Borneo. (1 August 1885). Journal of Straits Branch of the Royal Asiatic Society (JSBRAS). No. 15 (1885): 158-163.

Ranjit Singh, D.S. (2011). The Making of Sabah 1865-1941: The Dynamics of Indigenous Society. Kota Kinabalu: Pencetak Kerajaan Negeri Sabah.

Tregonning, K.G. (1958). Under Chartered Company Rule: North Borneo 1881-1946. Singapore: University of Malaya Press.

Wong Tze Ken, Danny. (2012, October). The Papar Land Protest, 1910-11, Journal of Southeast Asian Studies (JSEAS). Vol. 43. Issue 03: 422-440.

Published

2023-12-21

How to Cite

[1]
A. Julius, E. 2023. KONFLIK ISU TANAH MELIBATKAN PERIBUMI MURUT DENGAN PIHAK KOMPENI (SYARIKAT) BERPIAGAM BORNEO UTARA BRITISH: Land Issue Conflict Involving the Murut Native with the Chartered Company (Company) of British North Borneo. Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History). 8, 1 (Dec. 2023), 43–58.
Total Views: 179 | Total Downloads: 118