ADAT SOGIT: SEBUAH AMALAN KAUM KADAZANDUSUN

Sogit Custom: A Practice of The Kadazandusun People

Authors

  • Nurul Adawiya Binti Animbok

Keywords:

Warisan, Adat Sogit, Kadazandusun

Abstract

Adat sogit berbentuk warisan tak ketara kerana ia dapat diamati sebagai sebuah ilmu dan kepakaran yang ditafsir melalui nilai-nilai adat serta budaya. Warisan itu sendiri dari segi istilah dapat difahami sebagai sesuatu yang berharga serta bernilai dan ia akan diwarisi oleh generasi terkemudian agar diamalkan secara berterusan. Hakikatnya, adat sogit merupakan sebuah adat yang sinonim bagi kaum Kadazandusun. Ia telah diamalkan sejak zaman pra-kolonial di Sabah dan sehingga kini adat ini masih diadaptasi dalam kehidupan mereka. Adat sogit membolehkan sebuah kesejahteraan bermasyarakat dapat diwujudkan selaras dengan fungsinya iaitu membentuk kawalan atau batas tingkah laku individu (Feaddora,2018: 6). Pada dasarnya, kajian ini berobjektif untuk mengetengahkan amalan warisan adat ini kepada masyarakat luar. Kajian ini turut memperlihatkan isu serta cabaran yang timbul dalam pengamalan adat ini pada masa kini. Sebagai usaha penambaikan amalan adat ini di masa hadapan, beberapa cadangan bagi tujuan pemantapan pengurusan sumber warisan ini juga dinyatakan.

References

Budi Anto Mohd Tamring. (2018). Mikorot Dalam Konteks Kebudayaan Etnik Dusun di Sabah: Sebuah Analisis Dari Perspektif Hubungan Etnik. MANU, (27), 93-120.

Darimbang, J.B. (2021). Pendekatan Keseimbangan dan Keadilan dalam Undang- Undang Adat Masyarakat Kimaragang di Sabah, Malaysia. Journal of Borneo Social Transformation Studies (JOBSTS),7(1),187-210.

Haji Awg Asbol bin Haji Mail. (2011). Kesultanan Brunei Abad Kesembilan Belas: Sistem Politik dan Struktur Pentadbiran. (Tesis Doktor Falsafah) Universiti Malaya.

Jamaluddin, J. (2016). Penubuhan Mahkamah Anak Negeri Sabah: Bidang Kuasa dan Sumbangannya kepada Anak Negeri 1884-2009. (Tesis Sarjana) Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohammad Firdaus Hasmin., Syamsul Azizul Marinsah., & Suraya Sintang. (2022). Amalan Sogit Masyarakat Dusun di Sabah Dalam Menghadapi Musibah Kematian: Analisis Perspektif Islam. Journal of Islamic, 7(47), 220-233.

Mosli Tarsat. (2009). Kerelevanan dan Prospek Jawatan Ketua Anak Negeri di Sabah: Satu Perspektif Sejarah. SOSIOHUMANIKA, 2(2), 227-252.

Pg Ismail Pg Musa. (2018). Amalan Sogit Ke Atas Negeri Sabah yang Beragama Islam di Mahkamah Anak Negeri: Kajian Dari Perspektif Hukum. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, (19), 1-17.

Suraya Sintang. (2003). Penganutan Agama Islam dan Kristian di Kalangan Masyarakat Kadazandusun di Sabah. Jurnal Usuluddin, (18), 59-80.

Syamsul Azizul Marinsah., Abdul Hair Beddu Asis., & Mohammad Firdaus Bin Hasmin. (2022). Amalan Sogit Dalam Kalangan Masyarakat Dusun di Ranau, Sabah: Analisis Dari Perspektif Sosiobudaya dan Hukum Islam. MANU, 33(2), 105-128.

Syamsul Azizul Marinsah., Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin., Abang Mohd Razif Abang Muis., & Irma Wani Othman. (2021). Amalan Sogit Dalam Masyarakat Kadazandusun di Kampung Tuarid Liawan Keningau Sabah: Analisis Terhadap Perubahan Pengamalan Ritual. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 6(40), 61-72.

Published

2023-12-21

How to Cite

[1]
Animbok, N.A. 2023. ADAT SOGIT: SEBUAH AMALAN KAUM KADAZANDUSUN: Sogit Custom: A Practice of The Kadazandusun People. Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History). 8, 1 (Dec. 2023), 91–104.
Total Views: 941 | Total Downloads: 463