SEJARAH ADAT SOGIT: MASYARAKAT DUSUN LIWAN, SARAYO, RANAU
History of Sogit Traditional Practice: Dusun Liwan Community, Sarayo, Ranau
DOI:
https://doi.org/10.51200/jba.v9i1.6000Keywords:
Sogit, Dusun Liwan, SarayoAbstract
Amalan sogit merupakan salah satu amalan secara tradisinya merupakan satu amalan turun temurun yang telah diamalkan sejak dahulu lagi terutamanya masyarakat Dusun Liwan di daerah Ranau. Ianya juga menjadi satu bentuk yang mengikat norma kehidupan masyarakat pada zaman dahulu. Hal ini menjadikan sogit salah satu identiti ataupun warisan budaya penting bagi masyarakat di Sabah. Walaubagaimanapun, dalam konteks masyarakat pada masa kini, amalan sogit kurang diketahui dan diamalkan. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti kemunculan institusi agama, undang-undang serta pemahaman oleh generasi muda dan beberapa aspek lain. Artikel ini akan membincangkan mengenai latar belakang masyarakat Dusun Liwan di Ranau. Dalam artikel ini juga akan mengupas beberapa jenis pengamalan adat sogit serta perubahan pelaksanaan adat sogit dalam kalangan masyarakat Dusun Liwan di Sarayo, Ranau. Oleh itu, diharapkan agar artikel ini menjadi satu medium dalam pendokumentasian, memelihara, dan meningkatkan pemahaman tentang warisan budaya yang berharga ini, serta menyumbang kepada usaha-usaha pelestarian adat istiadat masyarakat Dusun untuk generasi akan datang.
References
Buku dan Jurnal
Nur Anis Aswirah Sabilin. (2024). Sejarah Pengamalan Adat Sogit: Masyarakat Dusun Liwan, Sarayo. Ranau. Tesis Sarjana Muda. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah. (Tidak Diterbitkan).
Nurul Adawiya Animbok. (2023). Adat Sogit: Sebuah Amalan Kaum Kadazandusun. Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History). 8(1): 91-104.
Pg Ismail Pg Musa, Siti Zubaidan Ismail dan Narizan Abdul Rahman. (2018). Amalan Sogit Ke Atas Anak Negeri Sabah Beragama Islam Di Mahkamah Anak Negeri: Kajian Dari Perspektif Hukum. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari. 19: 1-16.
Siaw Yan-Li, Azmawaty Mohammad Nor Awang Azman Awang Pawi, (2023). Warisan Tradisional dan Kebudayaan: Suku Kaum Dusun Ranau. Kuala Lumpur : Universiti Malaya Press.
Syamsul Azizul Marinsah, Abdul Hair Beddu Asis dan Mohammad Firdaus Hasnim. (2022). Amalan Sogit Dalam Kalangan Masyarakat Dusun Di Ranau, Sabah: Analisis Dari Perspektif Sosiobudaya dan Hukum Islam. Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (MANU). 33(2): 105-128.
Temu Bual
Janie Rajim. 67 Tahun. Penduduk Kampung Tagudon Lama, Ranau. Adat Sogit Dusun Liwan. 4 Julai 2024.
Masidin Maradan. 69 Tahun. Bekas Ketua Kampung Tinatasan, Ranau. Adat Sogit Dusun Liwan. 3 Julai 2024.
Ramran Sikula. 67 Tahun. Penduduk Kampung Torolobou, Ranau. Adat Sogit Dusun Liwan. 3 Julai 2024.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Penyerahan manuskrip mensyaratkan bahawa manuskrip tidak pernah diterbitkan di tempat lain ataupun sedang dipertimbangkan untuk penerbitan oleh penerbit lain. Jika dan apabila manuskrip telah diterima untuk penerbitan, maka penulis bersetuju untuk memindahkan secara automatik hak cipta kepada penerbit ©Universiti Malaysia Sabah. Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula dalam bentuk apa pun atau dengan cara apa pun tanpa kebenaran bertulis terbelih dahulu daripada penerbit.
Permintaan kepada Penerbit untuk kebenaran hendaklah dialamatkan kepada:
Penerbit UMS,Tingkat Bawah Perpustakaan,Jalan UMS, Universiti Malaysia Sabah,88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.Tel: (+6088) 320000 Ext. 1015Fax: (+6088) 320446 E-mail: penerbit@ums.edu.my
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Submission of article implies that the article has not been previously published elsewhere nor is under consideration for publication by another publisher. If and when the article is accepted for publication, the authors agree to automatic transfer of the copyright to the publisher ©Universiti Malaysia Sabah. All rights reserved. No part of this publication may be reproduced in any form or by any means, without the prior written permission of the publisher.
Requests to the Publisher for permission should be addressed to:
Penerbit UMS,Ground Floor Library,Jalan UMS, Universiti Malaysia Sabah,88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.Tel: (+6088) 320000 Ext. 1015Fax: (+6088) 320446 E-mail: penerbit@ums.edu.my