NUNUK RAGANG SEBAGAI SIMBOL IDENTITI ETNIK DUSUN DALAM CERITA RAKYAT SABAH “KISAH AYAM SAKTI DAN TEMPAYAN” KARYA KUNIAH@ANTHONIA GILUNG

Nunuk Ragang as a Symbol of Dusun Ethnic Identity in Sabah Folklore: Kisah Ayam Sakti dan Tempayan by Kuniah@Anthonia Gilung

Authors

  • Rosmah Derak Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
  • Saidatul Nornis Hj. Mahali Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
  • Noorafini Kassim

DOI:

https://doi.org/10.51200/jba.v10i1.7193

Keywords:

Nunuk Ragang, Mitos, Animisme, Etnik Dusun, Cerita Rakyat

Abstract

Cerita rakyat Sabah yang menghimpunkan pelbagai bentuk kearifan tempatan milik kaum peribumi Sabah sudah banyak diterbitkan di pasaran. Kisah Ayam Sakti dan Tempayan karya Kuniah@Anthonia Gilung adalah salah satu contoh cerita rakyat tentang asal-usul etnik Dusun yang dipercayai berasal dari Nunuk Ragang. Kepercayaan ini menjadi lambang dan identiti yang dipercayai oleh etnik Dusun sehingga ke hari ini. Oleh itu, kertas kerja ini bertujuan untuk menganalisis bagaimana Nunuk Ragang itu telah menjadi simbol etnik Dusun yang sangat akrab dengan alam sekitar dan semangat kekitaan yang sangat kukuh antara satu sama lain. Kajian tekstual dan pembacaan rapi akan digunakan untuk menganalisis cerita rakyat ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kepercayaan terhadap cerita Nunuk Ragang bukan hanya dianggap sekadar mitos tetapi lebih kepada falsafah dan pandangan hidup mereka. Kepercayaan animisme sudah sebati dengan diri mereka dan menganggap bahawa alam semula jadi mempunyai roh atau semangat yang perlu dihormati oleh manusia. Selain itu, semangat gotong royong dan saling hormat menghormati sangat menebal dalam diri mereka yang berkekalan sehingga ke hari ini. Impak kepada kajian ini menunjukkan bahawa cerita rakyat Sabah sangat penting untuk didokumentasikan sama ada dalam bentuk penulisan kreatif mahupun penulisan yang bersifat ilmiah agar kepercayaan dan pegangan etnik Dusun sentiasa diingati oleh generasi pada masa kini.

References

Buku dan Jurnal

Asmiaty Amat & Lokman Abdul Samad. (2015). Sumbangan penulis wanita dalam sejarah penulisan kreatif di Sabah. Jurnal Gendang Alam, 5, 23-38.

Budi Anto Mohd Tamring, Veronica Petrus Atin & Nelson Justin Adeh. (2023). Asal-usul Kampung Nelumad: Analisis dari perspektif mitos dan legenda masyarakat Dusun di Ranau, Sabah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(8), 1-19.

Dayu Sansalu. (2017). Warisan sejarah Kadazan Dusun. Kota Kinabalu: Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA).

Fausto Borlocco. (2013). Identity and the State in Malaysia. Routledge.

Fee, L. Y., & On, L. K. (2012). Investigating the Relationship between Kadazandusun Beliefs about Paddy Spirits, Ridding in Harvest and Paddy-related Sundait. Southeast Asia Journal of General Studies, 92-96.

Florina Jumil & Norjietta Julita Taisin. (2017). Nilai Pendidikan dalam Tangon-Tangon Masyarakat Kadazandusun. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, 8, 36-46.

Jolius, J. (2023). Tugu Nunuk Ragang, Ranau: Simbol Budaya dan Kepercayaan Masyarakat Dusun. Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History), 8(1), 169-188.

Kuniah@Anthonia Gilung. (2018). “Kisah Ayam Sakti dan Tempayan.” Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Minah Sintian. (2023). Meneroka pandangan dunia masyarakat Dusun tradisional dalam pelestarian alam sekitar melalui aktiviti penanaman padi. Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 16(1), 33-56.

Mohd. Yaakub Hj. Johari. (1989). Issues in the Identification and Classification of Indegenous Ethnic Groups in Sabah and Sarawak, Sarawak Museum Journal, 40(60), 209-218.

Saimin Ginsari. (2022). Sejarah Migrasi Dusun di Sabah. Tuaran: Penerbit Institut Pendidikan Guru Kampus Kent.

Tesis

Bede John. (1996). Sejarah Perkembangan Sosio-Ekonomi Masyarakat Kadazan/Dusun di Sabah: Tumpuan kepada daerah Tambunan. Tesis Sarjana Muda-tidak diterbitkan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Published

2025-12-31

How to Cite

[1]
Derak, R., Hj. Mahali, S.N. and Kassim, N. 2025. NUNUK RAGANG SEBAGAI SIMBOL IDENTITI ETNIK DUSUN DALAM CERITA RAKYAT SABAH “KISAH AYAM SAKTI DAN TEMPAYAN” KARYA KUNIAH@ANTHONIA GILUNG: Nunuk Ragang as a Symbol of Dusun Ethnic Identity in Sabah Folklore: Kisah Ayam Sakti dan Tempayan by Kuniah@Anthonia Gilung. Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History). 10, 1 (Dec. 2025), 83–96. DOI:https://doi.org/10.51200/jba.v10i1.7193.
Total Views: 26 | Total Downloads: 12