DIASPORA WARIS KETURUNAN KERABAT PENGIRAN TEMANGGONG ABDUL MOMIN AMIRUL FAZA@RAJA TUA DI NEGERI SABAH

The Diaspora of Pengiran Temenggung Abdul Momin Amirul Faza@Raja Tua Descendant on Sabah

Authors

  • Fatmah Sidek Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
  • Fazli Abdul Hamid Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah

DOI:

https://doi.org/10.51200/jba.v10i1.7195

Keywords:

Pengiran Temanggong Abdul Momin Amirul Faza@Raja Tua, Kerabat Diraja Brunei, Negeri Sabah, Salasilah, Kesultanan Brunei

Abstract

Kajian ini adalah tentang seorang tokoh Kesultanan Brunei pada akhir abad ke-18 iaitu Pengiran Temanggong Abdul Momin Amirul Faza yang di akhir hayatnya telah bermastautin di pantai barat utara Borneo. Negeri Sabah merupakan sebahagian daripada empayar Kesultanan Brunei sepanjang abad ke-18 dan ke-19. Tokoh Kesultanan Brunei yang merupakan seorang Wazir ini dikenali juga dengan gelaran Raja Tua. Raja Tua telah dititahkan oleh Sultan Omar Ali Saiffudin I ke pantai barat utara Borneo pada akhir abad ke-18 untuk mempertahankan wilayah Brunei daripada ancaman musuh dan lanun. Sepanjang menjunjung titah Sultan Brunei di pantai barat utara Borneo, Raja Tua telah mendirikan rumahtangga dengan wanita tempatan. Hasil perkahwinan Raja Tua dengan wanita tempatan, Raja Tua telah dikurniakan beberapa orang putera dan puteri. Sehingga kini, putera dan puteri Raja Tua melahirkan ramai keturunan beliau di Negeri Sabah. Persoalannya, dimanakah kedudukan keturunan Raja Tua di Negeri Sabah? Siapakah mereka dan bagaimana mereka terkait sebagai keturunan Raja Tua di Sabah. Kajian ini mendapati bahawa suatu fakta yang amat menarik mengenai keturunan kerabat Raja Tua di Negeri Sabah adalah sehingga kini, mereka masih menyimpan salasilah keturunan mereka walaupun Negeri Sabah telah menjadi sebahagian daripada wilayah Malaysia. Kajian berbentuk kualitatif ini adalah menggunakan kaedah rujukan kepustakaan terutamanya di Pusat Sejarah Brunei, Arkib dan perpustakaan. Selain itu, kaedah temubual dan pemerhatian digunakan untuk mendapatkan maklumat dan data tentang keturunan Raja Tua di Negeri Sabah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa waris keturunan Raja Tua berada di beberapa pelusuk negeri Sabah dan mereka sehingga kini masih menyimpan salasilah mereka. Kajian ini penting untuk meningkatkan pengetahuan sejarah tentang latar belakang masyarakat pelbagai kaum di Negeri Sabah terutamanya masyarakat Melayu Brunei. Sejarah tokoh Brunei ini penting dalam meningkatkan jati diri kaum Brunei dan mengekalkan warisan budaya Brunei di Sabah.

References

Senarai Rujukan

Laporan Kerajaan

Jawatankuasa Induk Perayaan Bulan Kemerdekaan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2002. (2002). Perayaan Bulan kemerdekaan Peringkat Negeri Sabah.

Unit Salasilah, Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi. (1997). Salasilah Pengiran Temenggong Abdul Rauf Ibnu Pengiran Anak Abdul Rahman. Brunei Darussalam: Pusat Sejarah Brunei.

Unit Salasilah, Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi. (2023). Salasilah YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. Bandar Seri Begawan: Pusat Sejarah Brunei.

Unit Salasilah, Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi. (2023). Salasilah Pengiran Temenggong Abdul Momin Amirul Faza. Bandar Seri Begawan: Pusat Sejarah Brunei.

Buku dan Jurnal

Awang Mohd Jamil Al-Sufri., (1997). Tarsilah Brunei II: Zaman Kegemilangan dan Kemasyuran. Bandar Seri Begawan: Pusat Sejarah Brunei, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Awang Mohd Jamil Al-Sufri. (1999). Pengiran Temanggong Abdul Momin Amirul Faza. Pusaka, bil. 9. Bandar Seri Begawan: Pusat Sejarah Brunei, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.

Datu Bandira Bin Datu Alang. (1992). Iranun: Sejarah dan Adat Tradisi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Keith, H. G. (1980). The United States Consul and the Yankee Raja. Monograph of the Brunei Museum Journal, No. 4. Bandar Seri Begawan: Muzium Brunei.

Sweeney, P. L. (1968). Silsilah Raja-Raja Brunei. Journal of the Straits Branch of the Royal Asiatic Society, Vol. 41 (2): 1-82.

Yusri Sulaiman, et. al. (2023). Sejarah Raja Tua dan Mengkabong yang Terletak di Pantai Barat Borneo Utara pada Abad ke-18. Sains Insani 2023, Volume 08 No 1: 01-14. Universiti Sains Islam Malaysia: Pusat Pengajian teras.

Tesis

Fatmah Binti Sidek. (2018). Sejarah Pentadbiran Pengiran Abdul Rauf Pengiran Abdul Rajit di Sungai Tulin Pantai Barat Borneo Utara, (1822-1898). Tesis Sarjana. Kota Kinabalu, Sabah: Universiti Malaysia Sabah.

Kertas Kerja

Fatmah Binti Sidek. (2017). Sejarah Lisan Raja Tua Mengkabong di Borneo Utara. Kertas kerja Seminar Kajian Manuskrip Borneo. (27-28 November 2017). Bandar Seri Begawan: Pusat Sejarah Brunei, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Laman Web

Kamus Bahasa Melayu. (t.th.) Dewan Bahasa dan Pustaka. Diaspora. https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=diaspora Diakses pada 14 Mac 2025.

Temubual

Pengiran Lo@Waden bin Pengiran Bakti bin Pengiran Dato Binting bin Pengiran Bendahara Din ibni Pengiran Temenggong Abdul Momin Amirul Faza. 87 tahun. Ditemubual pada 14 Februari 2025.

Datu Abdul Lali Datu Abah. 59 tahun. Kakitangan Pejabat Daerah Kota Marudu. Ditemubual pada 10 April 2025.

Encik Sahar Haji Piasin. 62 tahun. Ditemubual pada 21 Februari 2025.

OKK Tuan Haji Abdul Kadir Bin Datuk Haji Abdul Ghani. Mantan Ketua Anak Negeri Kudat. Ditemubual pada 7 Februari 2019.

Tuan Haji Bakri Bin Haji Salehin. Mantan kakitangan Pejabat Majlis Ugama Islam Daerah Kudat. Merupakan jalur keturunan Datu Budok @ Pengiran Budok. Ditemubual pada 13 April 2025.

Puan Hajah Mariani Binti Haji Mohd Onon. Guru Besar Sekolah Kebangsaan Lotong, Kudat. Merupakan cicit kepada Pengiran Ibrahim. Ditemubual pada 1 Mac 2024.

Encik Mahamuddin Haji Mohd Onon. 60 tahun. Merupakan waris keturunan Pengiran Dang Gelangan binti Pengiran Dato Ilang. Ditemubual pada 22 Februari 2025.

Published

2025-12-31

How to Cite

[1]
Sidek, F. and Abdul Hamid, F. 2025. DIASPORA WARIS KETURUNAN KERABAT PENGIRAN TEMANGGONG ABDUL MOMIN AMIRUL FAZA@RAJA TUA DI NEGERI SABAH: The Diaspora of Pengiran Temenggung Abdul Momin Amirul Faza@Raja Tua Descendant on Sabah. Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History). 10, 1 (Dec. 2025), 123–138. DOI:https://doi.org/10.51200/jba.v10i1.7195.
Total Views: 17 | Total Downloads: 8