SHEIKH HASABOLLAH AL DZAHIRI DAN SUMBANGANNYA DALAM BIDANG DAKWAH DI DAERAH SANDAKAN DARI TAHUN 1960 HINGGA TAHUN 1971
Sheikh Hasabollah Al Dzahiri and His Contribution to the Field of Dakwah in the Sandakan District from 1960 to 1971
DOI:
https://doi.org/10.51200/jba.v10i1.7196Keywords:
Ulama, Sumbangan, Dakwah, Sandakan, Arab PeranakanAbstract
Ulama dan dakwah tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan golongan ini. Ulama berasal dari perkataan alim yang bermaksud ilmuan Islam atau seseorang yang tinggi ilmu pengetahuan terutama tentang hal ehwal agama dan mengamalkan ilmu yang dipelajarinya. Kehidupan para ulama sentiasa terisi dengan kegiatan dakwah yang bermanfaat kepada masyarakat Islam. Justeru itu penulisan ini akan melihat peranan dan sumbangan seorang tokoh pendakwah yang terlibat dalam usaha penyebaran ilmu agama di Sabah dan khususnya di daerah Sandakan pada awal abad ke 20. Nama Sheikh Hasabollah Al Dzahiri mungkin tidak asing bagi penduduk sekitar kerana nama pendakwah ini terpahat kemas di masjid yang dikatakan antara yang tertua di negeri Sabah iaitu Masjid Sheikh Hasabollah Al Dzahiri yang terletak di daerah Sandakan. Jalur keturunan sebelah ayah Sheikh Hasabollah berasal dari Hadramawt, Yaman manakala ibunya pula berasal dari suku kaum Suluk dan dikenali sebagai Arab Peranakan yang telah berasimilasi dengan budaya dan cara hidup masyarakat tempatan pada zamannya. Beliau dikatakan terlibat dengan dunia dakwah dan berperanan memberi sumbangan aktif menyalurkan ilmu agama kepada penduduk Islam di sekitar daerah ini dan menjadikan masjid jamek daerah Sandakan yang kini dikenali sempena nama tokoh ulama ini iaitu Masjid Sheikh Hasabollah Al Dzahiri sebagai pusat penyebaran dakwahnya.
References
Senarai Rujukan
Buku dan Jurnal
Abu Hanifah Haris. (2020). Penglibatan Orang Arab Dalam Kegiatan Perdagangan dan Politik di Johor: Peranan dan Sumbangan Sayyid Muhammad Bin Ahmad Al-Sagoff (1836-1906). Jurnal Persatuan Muzium Malaysia, Bil. 39: 94-120.
Goodlet, Ken. (2009). Tawau The Making of a Tropical Community. Opus Publication.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Latifah Abdul Latif, Siti Nor Baya Yacob, Anita Ismail, Adibah Sulaiman, Mashitah Sulaiman, & Azmir Mohd Nizah. (2016). Arab Hadhrami dan Arab Peranakan di Malaysia. Al Hikmah. 8(2):21.
Latifah Abdul Latiff, Siti Nor Azhai Mohd Tohar, Farah Laili Muda@Ismail, Anita Ismail. (2018). Sumbangan Orang Arab Terhadap Perkembangan Pendidikan Madrasah atau Sekolah Arab di Malaysia. Al Hikmah. 10(2):46.
Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin, Pg Mohd Faezulfikri Ag. Omar, & Noor Afiqah Athirah Hajimin. (2020). Tun Mustapha dan Pengukuhan Islam di Sabah: 1963 – 1973. Akademia. 90(1). 182.
Mohamad Shauki, Mohd Radzi, Asmady Idris, Rizal Zamani Idris, & Sukura@Fatimah Mohd Hidup. (2007). Masyarakat Arab (Keturunan Syed) Di Tawau, Sabah: Tinjauan Terhadap sejarah Pertapakan dan Sumbangan Dari Aspek Sosial. Borneo Research Journal. 1.
Nur A’thiroh Masyaa’il Tan Binti Abdullah@ Tan Ai Pao & Abdul Imam Basirun. (2014). Pendekatan Dakwah United Sabah Islamic Association (USIA) Terhadap Peribumi Di Negeri Sabah: Tinjauan Dari Segi Ekonomi. Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam. UKM.
Shukri Ahmad. (2000). Aplikasi Konsep Ulama Dan Intelektual Satu Penilaian Kritis. Universiti Malaya.
Syamruddin Nasution, Abd. Ghofur. (2017). Perkembangan Islam di Sabah Malaysia (Perspektif Sosio-Historis). Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau, Indonesia. Toleransi: Media Komunikasi umat Beragama. 9(2).
T Ichtiar Baru Van Hoeve. (1994). Ensiklopedia Islam. Jakarta. 5.
Laman Sesawang
Juzaimie Jazlan. 2016. Masjid warisan 130 di Sandakan, Berita Harian,13 Jun 2020.
SABK Madrasah Al-Attas Al-Arabiah Johor. (2015). Pengasas Madrasah Al Attas. Dipetik dari maajjohor.wixsite.com/sabmaaj/sejarah-madrasah-alattas diakses pada 19 Jun 2020.
Sandakan. 9 Jun 2015. Dipetik daripada https://web.archive.org/web/20150609043351/http://ww2.sabah.gov.my/mps/sdk/history.html diakses pada 19 Jun 2020.
Kertas Kerja
Siti Noorasikin Tumiran, Ezad Azraai Jamsari & Kaseh Abu Bakar. (2011). Personaliti Termasyhur Singapura: Syed Mohamed bin Ahmed Alsagoff. PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011.
Temu Bual
Salmah Sheikh Umar Al Thohiri. (2020). Latar belakang Sheikh Hasabollah At Thohiri. Ditemubual pada 16 Jun 2025
Syed Ridzuan As Segaf. (2020). Latar belakang Sheikh Hasabollah At Thohiri. Ditemubual pada 16 Jun 2025.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Penyerahan manuskrip mensyaratkan bahawa manuskrip tidak pernah diterbitkan di tempat lain ataupun sedang dipertimbangkan untuk penerbitan oleh penerbit lain. Jika dan apabila manuskrip telah diterima untuk penerbitan, maka penulis bersetuju untuk memindahkan secara automatik hak cipta kepada penerbit ©Universiti Malaysia Sabah. Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula dalam bentuk apa pun atau dengan cara apa pun tanpa kebenaran bertulis terbelih dahulu daripada penerbit.
Permintaan kepada Penerbit untuk kebenaran hendaklah dialamatkan kepada:
Penerbit UMS,Tingkat Bawah Perpustakaan,Jalan UMS, Universiti Malaysia Sabah,88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.Tel: (+6088) 320000 Ext. 1015Fax: (+6088) 320446 E-mail: penerbit@ums.edu.my
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Submission of article implies that the article has not been previously published elsewhere nor is under consideration for publication by another publisher. If and when the article is accepted for publication, the authors agree to automatic transfer of the copyright to the publisher ©Universiti Malaysia Sabah. All rights reserved. No part of this publication may be reproduced in any form or by any means, without the prior written permission of the publisher.
Requests to the Publisher for permission should be addressed to:
Penerbit UMS,Ground Floor Library,Jalan UMS, Universiti Malaysia Sabah,88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.Tel: (+6088) 320000 Ext. 1015Fax: (+6088) 320446 E-mail: penerbit@ums.edu.my