UPACARA MONSUUNG DAHUNGAN (SAJIAN KUALA SUNGAI) DI KIMANIS

Monsuung Dahungan Ceremony in Kimanis

Authors

  • zainuddin Baco Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah

DOI:

https://doi.org/10.51200/jba.v10i1.7203

Keywords:

Monsuung Dahungan, Kadazan-Dusun, Kimanis, Adat Tradisional, Ritual, Warisan Budaya Tidak Ketara

Abstract

Upacara Monsuung Dahungan merupakan salah satu adat tradisional yang masih diamalkan oleh masyarakat Kadazan-Dusun di Kimanis, Sabah. Adat ini berfungsi sebagai ritual pendamaian antara manusia dengan alam spiritual bagi mengekalkan keseimbangan kosmos yang dipercayai menjadi asas kepada kesejahteraan hidup masyarakat setempat. Artikel ini bertujuan membincangkan latar belakang konsep adat dalam konteks kepercayaan tradisional Kadazan-Dusun, sejarah dan struktur masyarakat Kadazan-Dusun di Kimanis, serta menghuraikan secara terperinci pelaksanaan upacara Monsuung Dahungan. Perbincangan meliputi peringkat persediaan, proses ritual utama seperti Menggambo, Menavit dan Monsuung Dahungan, pantang larang yang dikuatkuasakan, serta kes-kes pelanggaran adat yang pernah berlaku. Artikel ini turut meneliti keunikan kerjasama antara masyarakat Kadazan-Dusun dan Melayu Brunei dalam menjayakan upacara ini, walaupun kedua-duanya mempunyai latar belakang agama dan budaya yang berbeza. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Monsuung Dahungan bukan sahaja berperanan sebagai mekanisme spiritual untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan komuniti, malah menjadi simbol kesepakatan sosial dan keharmonian antara etnik di Kimanis. Walau bagaimanapun, kelangsungan adat ini berhadapan cabaran akibat pengaruh pemodenan, pendidikan moden dan perubahan sosioekonomi. Oleh itu, pemeliharaan adat ini perlu dilihat sebagai sebagai warisan budaya dan identiti penting masyarakat Kadazan-Dusun di Kimanis.

References

Senarai Rujukan

Buku dan Jurnal

Dayu Sansalu. (2008). Kadazan-Dusun di Sabah: Pendidikan dan Proses Pemodenan 1881-1967. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Evans, Ivor H.N. (1923). Studies in Religion, Folklore and Custom in British North Borneo and The Malay Peninsula. London: Cambridge University Press.

Hanafi Hussin. (2003). Bobohizan dan Peranannya di Kalangan Masyarakat Kadazan di Daerah Penampang, Sabah. Jati, Jurnal Jabatan Pengajian Asia Tenggara. 8. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Jacqueline Pugh-Kitigan. (2012). Kadazan-Dusun. Kuala Lumpur: Institusi Terjemahan & Buku Malaysia.

Owen Rutter. (1925). The Pagans of North Borneo. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Saidatul Nornis Hj. Mahali, Mohd Sarim Hj. Mustajab dan Suraya Sintang. (2007). Pluraliti Etnik Dan Budaya di Sabah, Kota kinabalu; Penerbit Universiti Malaysia Sabah.

Siti Aidah Hj. Lokin. (2004). Sejarah, Sosioekonomi dan Kebudayaan Suku Kaum Bisaya Sabah. Dlm. Sarim Mustajab (ed.). Warisan Budaya Sabah Etnisiti dan Masyarakat. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.

Victor Turner. (1974). Dramas, Fields, And Metaphors: Symbolic Action in Human Society. United Kingdom: Cornell University Press.

Whelan, F.G. (1968). A History of Sabah. Singapura: Heinemann Educational Books.

Williams, T. R. 1965. The Dusun: A North Borneo Society. New York: Holt, Rinehart & Winston.

Temu Bual

Guslin Ajak. 57 Tahun, Pengerusi Adat Istiadat, Kimanis. 19 – 26 April 2014.

Palin Along. 57 Tahun, Bendahari Adat Istiadat, Kimanis. 19 – 26 April 2014.

Published

2025-12-31

How to Cite

[1]
Baco, zainuddin 2025. UPACARA MONSUUNG DAHUNGAN (SAJIAN KUALA SUNGAI) DI KIMANIS : Monsuung Dahungan Ceremony in Kimanis. Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History). 10, 1 (Dec. 2025), 279–296. DOI:https://doi.org/10.51200/jba.v10i1.7203.
Total Views: 7 | Total Downloads: 5