DINAMIKA SEJARAH DAN KELANGSUNGAN IDENTITI SOSIOBUDAYA MASYARAKAT KENYAH DI ULU BARAM, SARAWAK

Historical Dynamics and the Continuity of Socio-Cultural Identity of the Kenyah Community in Ulu Baram, Sarawak

Authors

  • Yvette Thomas Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
  • Mohd Syafiq Zaini

DOI:

https://doi.org/10.51200/jba.v10i1.7210

Keywords:

Masyarakat Kenyah, Ulu Baram, Stratifikasi Sosial, Baram Regatta, Hak Tanah Adat (NCR)

Abstract

Kajian ini membincangkan evolusi sejarah dan dinamika sosiobudaya masyarakat Kenyah di daerah Ulu Baram, Sarawak. Fokus utama diberikan kepada proses migrasi dari wilayah Kalimantan dan Dataran Tinggi Usun Apau yang akhirnya membentuk penempatan rumah panjang yang signifikan di sepanjang Sungai Baram. Dapatan kajian menunjukkan bahawa struktur sosial tradisional yang terdiri daripada golongan paren (bangsawan), panyen (rakyat biasa), dan lipen (hamba) kekal menjadi teras kepada sistem kepimpinan dan pemeliharaan simbolisme adat meskipun dalam mendepani arus pemodenan. Selain itu, artikel ini menyerlahkan transformasi budaya yang penting, khususnya peralihan daripada amalan ngayau kepada penganjuran Baram Regatta sebagai mekanisme diplomasi bagi memupuk keamanan dan perpaduan antara etnik di pedalaman. Dari aspek ekonomi, kajian mendapati wujudnya ketegangan antara kelestarian pertanian padi bukit tradisional dengan impak aktiviti pembalakan komersial yang mengancam Hak Tanah Adat (NCR) serta biodiversiti hutan yang menjadi nadi kehidupan komuniti. Secara keseluruhannya, hasil kajian memperincikan bagaimana interaksi antara naratif sejarah, sistem kelas, dan adaptasi ekonomi menyumbang kepada pembentukan jati diri unik etnik Kenyah. Kajian ini memberikan sumbangan penting terhadap dokumentasi warisan Orang Ulu dalam konteks pembangunan sosioekonomi Sarawak yang mampan.

References

Senarai Rujukan

Buku dan Jurnal

Abdul Rahman Haji Ismail. (2005). Malaysia Sejarah Kenegaraan dan Politik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Adilawati Asri & Noria Tugang. (2024). Fungsi dan Signifikan Penciptaan Parang Ilang dalam Budaya Masyarakat Iban di Sarawak. Sains Insani. 9(2). Hlm 258–273.

Awang Norben Bin Ben. (2023). Rentap: Satu Penelitian ke Atas Motif dan Faktor Perjuangannya di Sarawak. Jurnal Borneo Arkhailogia (Warisan, Arkeologi & Sejarah). 8(1). Hlm 233-252.

Bilcher Bala. (1993). Masyarakat Kelabit dan Lun Bawang di Sarawak. Jebat. 21. Hlm 21-54.

Binti Maunah. (2015). Stratifikasi Sosial dan Perjuangan Kelas dalam Perspektif Sosiologi Pendidikan. Ta’allum: Jurnal Pendidikan Islam. 3(1). hlm.19-38.

Evelyne Hong. (1977). Kenyah Society in Transition: A Baram Case Study. Universiti Sains Malaysia.

Galvin, A.D. (1968). Mamat chants and ceremonies, Long Moh (upper Baram). Sarawak Museum Journal 16, hlm 235-248.

Liman Lawai. (2003). A History of the Kenyah Leppo’ Tau in Kayan Hulu Subdistrict, Apau Kayan. Social Science Research and Conservation Management in the Interior of Borneo, Bogor & Jakarta. CIFOR. hlm 177-198.

Maharam Mamat. (2015) Etika Alam Sekitar dalam Novel Jong Chian Lai dari Perspektif Pribumi. Jurnal Melayu. 14(2). Hlm 171-189.

Mashman, V. (2021). A Shield for the Rajah – a Gift from the Kenyah Badeng of Borneo in Rome. Jurnal Borneo-Kalimantan. 7(1). Hlm 1–19.

Mathilda, S., Pakpahan, B., & Tobing, S. (2021). Sistem Ladang Gilir Balik Sebagai Ekoteologi Masyarakat Dayak. Jurnal Teologi Berita Hidup. 4. Hlm 117-137.

Metcalf, P. (1979). The Baram District: A Survey of Kenyah, Kayan and Penan Peoples of Central Broneo. Sarawak Museum Journal. Special Issue. 22(43). Hlm 1-30.

Sarawak Museum Department. (1988). Customs And Traditions of The Peoples of Sarawak. Publicity and Film Sub-Committee.

Semiarto A. Purwanto & Haryono. (2019). Dimensi Adat dan Dinamika Komunitas Dayak di Kalimantan Timur. Antropologi Indonesia. 40(1). Hlm 67-87.

Tan Chee-Beng. (2023). The Badeng Kenyah of Belaga in Sarawak: Marginality, Changing Traditions and Development. Petaling Jaya: Strategic Information and Research Development Centre.

Walker, J. H. (2020). Power and Prowess: The origins of Brooke kingship in Sarawak. Routledge.

Wong, B. W. (2009). The social and economic impacts of a logging access road: a case study of Marudi Town, Sarawak, Malaysia. Tesis Sarjana. Universiti Adelaide.

Laman Sesawang

Haslina Bujang. (2017). Sarawak Regatta Since 1871. Dipetik daripada https://thepatriots.asia/sarawak-regatta-since-1871/. Diakses pada 5 Disember 2024.

Sudan Ajang. (2017). Adat Kayan-Kenyah Diiktiraf dan Masih Relevan, Utusan Borneo. Dipetik dari, https://www.utusanborneo.com.my /2017/10/07/adat-kayan-kenyah-diiktiraf-dan-masih-relevan. Diakses pada 5 Ogos 2025.

Utusan Borneo Online. (2023). Regata Baram 'Ibu Segala Regata' Yang Sarat Sejarah, Kata Penguang. Dipetik dari https://www.utusan borneo.com.my/2023/09/30/regata-baram-ibu-segala-regata-yang-sarat-sejarah-kata-penguang. Diakses pada 7 Ogos 2025.

Published

2025-12-31

How to Cite

[1]
Thomas, Y. and Zaini, M.S. 2025. DINAMIKA SEJARAH DAN KELANGSUNGAN IDENTITI SOSIOBUDAYA MASYARAKAT KENYAH DI ULU BARAM, SARAWAK: Historical Dynamics and the Continuity of Socio-Cultural Identity of the Kenyah Community in Ulu Baram, Sarawak. Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History). 10, 1 (Dec. 2025), 405–426. DOI:https://doi.org/10.51200/jba.v10i1.7210.
Total Views: 10 | Total Downloads: 7